Bab 18

738 44 4
                                    

KEESOKAN Harinya Rayyan awal pagi lagi sudah berada di office. Rayyan perlu datang office lebih awal untuk berjumpa dengan client penting. Baju kemeja yang dibeli oleh Delila pula diguna oleh Rayyan hari ini.

"Boss, hari ni Encik Andrew nak tunda perjumpaan. Dia kata jumpa petang nanti di club malam, Prince. Jam 5 petang."Jelas Irene memberikan informasi itu kepada Rayyan.

"Kenapa last minit pula nak tukar masa?"Soal Rayyan. Berkerut keningnya mendengar informasi dari PA itu. Geram dengan Sikap client yang suka tunda-tunda masa.

"So, macam mana boss? Kita cancel je ke perjumpaan hari ni dengan Encik Andrew?"Soal Irene. Dia menunggu jawapan dari majikannya.

Rayyan medengus kasar. Sudahlah pagi tadi awal bangun sebab mahu berjumpa dengan client penting last-last kena tunda pula pergi ke masa yang lain.

"Tak apa.. we will go to the club prince. Lagipun dia client penting."Ujar Rayyan.

"Ba.. baik boss.." Usai berkata begitu, Irene terus meminta diri untuk pergi dari situ.

Tanpa sedar, Jam tangan Irene sudah menunjukkan jam 4:50 petang. Dia bingkas bangun dari duduk. Beg galas dan fail di atas meja dicapai. Beg galas itu disangkut pada bahu kanannya. Kakinya terus diatur menuju ke bilik office Rayyan.

Pintu diketuk sebelum daun pintu ditolak.

"Boss, sekarang dah jam 4:52 petang. Kita perlu berjumpa dengan Encik Andrew jam 5 petang."Jelas Irene. Sekilas dia memandang jam tangan yang terlilit elok di pergelangan tangan kirinya.

"Okay. Fail dah awak siapkan?"Soal Rayyan. Dia menganggkat kepala memandang Irene.

"Sudah boss."Jawab Irene.

"Okay tunggu saya kat luar."Arah Rayyan.

Irene menunduk kecil sebelum keluar dari bilik office majikannya itu.

Sambil Irene berdiri di luar bangunan itu menunggu Rayyan. Dia mengingat semula apa yang dikatakan oleh Dokter Khairil semasa berada di hospital. Dia mengenal Dokter Khairil bukan sahaja kawan majikannya tetapi, seorang dokter yang merawat ibunya yang sedang terlantar di hospital. Peristiwa beberapa hari lalu terimbas kembali dibenak fikiran Irene.

"Hai Irene.. Saya tengok awak macam ada masalah je. Awak okay ke?"Soal Dokter Khairil.

"Err.. tak ada apa-apa.. Saya okay je.. cuma rindu ibu. Entah bila ibu akan tersedar dari koma."Jawab Irene seraya tersenyum nipis.

"Tengku Rayyan yang tolong membiayai kos perubatan ibu awak kan?"Soal dokter Khairil.

Irene mengangguk tanda mengiyakan.

Dokter Khairil tergelak kecil melihat riaksi Irene. Irene mengerutkan keningnya. Apa yang lawak?

"Opss sorry.. Saya rasa awak comel je sebab pandai sembunyikan perasaan awak. Sebenarnya, Saya tahu selama ni awak ada hati dengan majikan awak,kan?"Ujar Dokter Khairil.

Irene mengetap bawah bibirnya. Kepala tertunduk memandang lantai. Terlalu ketara sangat kah tindakannya? Sehingga diketahui oleh kawan baik majikannya itu.

"Irene.. awak perempuan yang baik. Rayyan memang sesuai untuk awak. Saya tengok Rayyan tak bahagia langsung dengan perempuan yang dia kahwin. Awak perlu selamatkan Rayyan daripada perempuan tu. Awak nak ke tengok Rayyan merana kerana berkahwin dengan perempuan yang dia tak cintai?" Dagu Irene diangkat menggunakan jari telujuknya untuk memaksa memandang wajahnya.

Tangan Dokter Khairil ditepis perlahan oleh Irene."Saya tak nak rosakkan rumah tangga orang, Dokter."

"Awak tak rosakkan rumah tangga orang. Awak tolong selamatkan Rayyan daripada menderita dengan perempuan tu. Saya nak terus terang dengan awak. Perempuan tu sebenarnya girlfriend Saya. Tapi, dia dipaksa untuk kahwin dengan Rayyan sebab parents dia nakkan harta Rayyan."Jelas Khairil panjang lebar.

Melopong mulut Irene mendengar ayat yang keluar dari bibir Dokter Khairil. Jika begitu, Maka gadis yang berkahwin dengan Rayyan juga tak bahagia.

Kedua belah bahu Irene dipegang lembut oleh Dokter Khairil."sebab tu la Saya nak minta tolong pada awak Irene. Awak dapat Tengku Rayyan. dan saya akan dapat Delila."

"Irene?"

Suara maskulin Rayyan itu menyentakkan Irene. Lamunannya terus terhenti. Cepat-cepat Irene menganggkat kepala memandang majikannya yang sudah berdiri di sebelahnya.

"Err.. maaf boss.."

"Get in the car now Irene. Kita dah lambat ni." Sekilas Rayyan memandang jam tangannya. Sudah menunjukkan jam 5 petang.

Irene mengangguk laju. Dia terus masuk ke dalam perut kereta bersebelahan dengan pemandu. Rayyan tanpa melengahkan masa juga terus masuk ke dalam pintu pemandu. Tanpa sedar ada seseorang yang sedang menangkap gambar kedua susuk itu. Senyuman sinis terlakar dibibir si lelaki misteri itu.

Sesampainya Rayyan dan Irene di club prince itu, manusia di dalam club itu sibuk menari mengikut irama muzik. Malah, muzik di club malam itu pula membingitkan telinga Rayyan. Jika bukan kerana urusan kerja, Rayyan tidak mungkin akan ke situ. Encik Andrew sudah keterlaluan!

Rayyan berdiri di sebelah Encik Andrew yang sedang duduk sambil menikmati minuman haram itu.

"Oh hi Mr Rayyan. How are you? You look so handsome today. Come here. Join us."Pelawa Encik Andrew dengan ramah. Di Kiri dan kanan lelaki barat itu terdapat gadis yang tidak cukup kain.

Rayyan hanya menunduk kecil sebelum duduk berhadapan dengan Encik Andrew. Wajahnya serius sahaja tanpa secorek senyuman.

Rayyan memberikan isyarat tangan kepada Irene untuk memberikan fail dan pen kepadanya. Irene terus menghulurkan fail itu kepada Rayyan.

"Please keep your promise Mr Andrew. Please sign the project we have already agreed."Kata Rayyan. Tidak mahu berbasah basi dengan lelaki barat itu.

Encik Andrew tertawa besar. Diteguk sekali minuman haram itu sebelum kembali memandang wajah Rayyan. Irene yang duduk di sebelah Rayyan hanya memandang Encik Andrew dan majikannya silih berganti.

"You're late Mr Rayyan. How dare you being rude to your important client."Kata Encik Andrew.

"I'm sorry."Kata Rayyan sambil tertunduk. Tidak kurang seperti orang jepun menunduk hormat.

"It's okay Mr Rayyan. I'm understand. But, if you really sorry.. how about drunk with me? And you don't have to worry about the project because I will sign it."Balas Encik Andrew seraya tersenyum penuh makna. Gelas berisi minuman beralkohol itu diletakkan di hadapan Rayyan.

"I'm sorry I don't drink this alcohol."Tolak Rayyan,sopan.

"No no no.. you must do what I said. If you don't want drunk with me then, I will not sign the project."Ugut Encik Andrew. Lelaki barat itu Tersenyum sinis memandang Rayyan.

Irene menjadi gusar. Bagaimana kalau majikannya minum minuman beralkohol itu? Siapa yang akan memandu pulang nanti?

Rayyan melepaskan Keluhan kecil. Tangan ingin mencapai gelas berisi minuman Haram itu tetapi ditepis oleh Irene. Berkerut kening Rayyan memandang gadis itu.

"I will drinks this. I will drunk with you Mr Andrew. My boss allergic with alcohol."Tegas Irene.

Rayyan terdiam. Mulutnya bagai tekunci untuk berkata.

Kedengaran tepuk tangan dari Encik Andrew. Berasa suka dengan keberanian PA Tengku Rayyan.

"You have a good prisident Assistant Mr Rayyan. I will sign the project because of her."Kata Encik Andrew.

Tanpa melengahkan masa, Irene meneguk minuman haram itu dengan terpaksa. Dilihat wajah gadis itu seperti tidak tahan dengan bauan minuman itu. Sudah sepuluh gelas diteguk laju oleh Irene tanpa henti.

Oh My Tuan Rayyan! [Completed] ©Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu