Bab 10

841 48 2
                                    

                USAI Rayyan mandi, dia terus memakai pakaian kemudian, keluar dari bilik mandi. Kelihatan Delila sudah menunggu di atas katil bersaiz King dengan penuh mengoda. Tetapi, lain pula yang terjadi. Malah, Delila pula yang tergoda dengan wajah tampan Rayyan.

Rayyan memakai baju t-shirt putih yang dapat memperlihatkan tubuh tegapnya. rambutnya yang basah menutup sedikit bahagian dahi. Tuala kecil pula di letakkan di atas bahunya cuba mengeringkan rambutnya dengan tuala itu. Hidung macung dan bibir merah natural itu begitu mengoda Delila. Spontan Delila berdiri. Tidak berkelip matanya memandang Rayyan. Kaca mata bulat Diperbetulkan oleh Delila.

"Sayang.."Panggil Delila. Dengan pantas dia berlari anak ke arah Rayyan kerana ingin memeluknya. Tetapi jari telujuk Rayyan lebih pantas menolak dahi Delila sehingga Delila terundur beberapa tapak ke belakang.

"Don't you dare to touch me Delila. Kalau kau tak nak tulang kau patah."Tegas Rayyan. Matanya tepat mencerlung sepasang anak mata Delila.

Tetapi, Delila hanya tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya. Langsung tidak takut dengan amarannya. Rayyan mengerutkan kening.

Kenapa dengan perempuan ni? Langsung tak takut dengan aku. Muka aku dah cukup garang aku tunjuk.- Suara hati Rayyan.

"Kita tidur sama-sama malam ni ya."Kata Delila. Lengan Rayyan dipeluk oleh Delila.

"I said don't touch me!"Bentak Rayyan.  Tangan Delila terus terlerai daripada memaut lengan Rayyan. Rayyan medengus kasar.

Delila masih tersenyum memandang Rayyan. Sah gadis itu gila!

Rayyan mengeluh kecil sebelum mengeluarkan kata. Dia memandang Delila yang masih setia memandang Wajahnya.

"Kau tidur kat sofa. Aku tidur kat atas Katil."Arah Rayyan. Dia terus melangkah menuju ke arah katil bersaiz king itu.

"Tak nak. Saya nak tidur dengan awak."kata Delila.

"Jangan manja boleh tak? Kau tidur dekat sana. Jangan berani naik atas katil. Faham?"kata Rayyan, dingin.

Rayyan terus merebahkan tubuhnya atas katil kemudian memejamkan mata. Tidak sampai sesaat, dia berasa lengannya terasa berat. Spontan mata Rayyan terbuka luas. Kelihatan Delila sudah berbaring di lengan Rayyan.

Rayyan menolak tubuh Delila kemudian, segera berdiri daripada terus berbaring di situ.

"Kenapa? Awak tak dapat tidur ke?"Soal Delila. Keningnya sudah bertaut, pelik.

"Aku malas nak bergaduh dengan kau. Kau nak sangat tidur atas katil kan? Aku tidur atas sofa. Just stay there dan tidur." Kata Rayyan.

Rayyan mengambil bantal dan menuju ke arah sofa. Kemudian, dia berbaring atas sofa itu. Sejujurnya dia tidak terlalu selesa tidur di atas sofa kerana sofa itu agak keras tetapi, dia lebih rela, berbanding perlu sekatil dengan gadis itu.

Delila tersenyum penuh makna.

Alaah.. nak berasingan tidur konon. Ingat ni novel atau drama tv3 ke? Saya tak akan berputus asa!- Suara hati Delila Alisha.

Dia terus mengambil bantal dan berbaring di sebelah Rayyan.

"Delila!"Marah Rayyan.

Malah, Delila sengaja memekakkan telinganya. Matanya pula sengaja dipejam acah-acah tidur.

Rayyan bingkas bangun kemudian menuju ke arah katil dan baring di situ. Tetapi, Delila tidak mahu mengalah. Dia mengikuti suaminya berbaring di atas katil bersebelahan Rayyan tanpa menghiraukan amaran itu.

"Kenapa degil sangat kau ni, Delila?"Soal Rayyan, dingin.

"Degil? Awak cakap saya degil? Kenapa pula Saya degil, huh? Awak kan dah jadi suami sah Saya. So, kenapa pula kita kena berasingan tidur."Jawab Delila. Tidak mahu mengalah.

Rayyan terlalu penat untuk bergaduh dengan gadis itu. Kedua kelopak matanya pula sudah terasa berat untuk dibuka. Jujur dia mengantuk.

"Okay. You can sleep here with me. Tapi ingat, kau jangan berani sentuh aku. Aku tak suka."Jelas Rayyan. Malas ingin bertekak lidah dengan Delila.

Delila sudah tersenyum senang. Akhirnya, Rayyan mengalah juga. Dia tahu Rayyan pasti akan mengalah untuknya.

Bantal guling diletakkan ditengah oleh Rayyan.

"Jangan kau cuba nak pindahkan bantal guling ni. Faham?"Tegas Rayyan.

"Good night sayang."Ucap Delila dengan senyuman tidak lekang dibibirnya.

Rayyan menggelengkan kepalanya. Belum sampai sehari bersama gadis itu sudah hampir gila dibuatnya. Semua amarannya langsung tidak ditakutinya. Rayyan menekan remote kawalan jauh untuk mematikan lampu bilik.

Kedengaran dengkuran halus Rayyan. Itu bermaksud Rayyan sudah tidur. Delila tersenyum nakal.

Alaaah nak peluk sikit je.. takkan tak boleh. - Bisik hati Delila.

Delila. Bantal guling ditengah mereka dipindahkan. Perlahan-lahan dia mendekati Rayyan yang sudah terbuai mimpi.

Dia terus memeluk tubuh Rayyan. Kedua kelopak mata Rayyan yang terpejam, terbuka luas. Gadis itu tidak boleh dipercayai langsung! Rayyan menolak tubuh Delila sehingga Delila tergolek jatuh ke lantai.

"Aduh.."Delila mengadu kecil. Lututnya terasa sakit akibat jatuh dari katil.

"Aku dah cakap jangan sentuh aku Delila."Gumam Rayyan. Matanya terus dipejam semula. Dalam diam terbit senyuman pada bibir Rayyan. Rasakan pembalasannya.

Delila mengetap bibir. Mana ada suami isteri yang berkahwin semasa malam pertama cedera? Delila berputus asa. Dia mengambil bantal guling itu kemudian meletakkan semula ditengah katil.

"Good girl Delila."Bisik hati Rayyan.

Delila perlu tidur. Jika dia meneruskan niatnya Mungkin bukan setakat lutut sakit. tetapi, kepalanya juga akan sakit.

Selang beberapa minit kemudian, Delila terlelap. Tetapi, dengkuran Delila menyebabkan Rayyan tidak dapat tidur dengan tenang. Malah, Delila tidur terlalu gundah Sehinggakan ruang Delila lebih besar berbanding dirinya.

"Argghhhh! I can't sleep."Monolog Rayyan.

Gadis ini bukan sahaja menganggu sewaktu sedar malah, sewaktu tidur pun menganggu dirinya. Dia langsung tidak dapat tidur semalaman.

Rayyan mencapai telefon canggihnya yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil. Dia melihat skrin telefon canggih itu, Sudah menunjukkan jam 6 pagi.

Delila memeluk tubuh Rayyan tanpa sedar. Wajah Delila tenang sahaja tidur kali ini. Jujur, tanpa kaca mata bulat itu Delila kelihatan lebih cantik. Melihat gadis itu sudah nyenyak tidur dalam dakapannya. Jantung sudah mula berdetak laju seperti baru menamatkan satu larian.

And again? Why my heart beating so fast? - Bisik hati Rayyan.

Rambut yang sedikit menutupi wajah Delila diselak oleh Rayyan sehingga ke telinga. Kerana Dia ingin melihat wajah gadis itu. Sangkaannya tepat. Gadis itu cantik tanpa kaca mata bulat.

" kau cantik tanpa kaca mata bulat."Monolog Rayyan. Terbit senyuman pada bibirnya.

Rayyan menggelengkan kepalanya. Apa yang sudah dia fikirkan? Dia perlu lakukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa gadis itu hanya mahukan duit dan harta mereka. Dia perlahan-lahan menolak tubuh Delila sebelum dia bangun dari pembaringan. Rayyan melangkah menuju ke bilik mandi.

Oh My Tuan Rayyan! [Completed] ©Where stories live. Discover now