Bab 29

811 42 0
                                    

HAMPIR setengah jam Irene menunggu Rayyan di hotel untuk dinner bersama Rayyan. tetapi, batang hidung Rayyan masih tidak kelihatan. Dia sudah sedia maklum bahawa Rayyan mempunyai urusan penting. Tetapi takkan Rayyan lupa akan perjumpaan mereka malam ini?

Sekilas Irene memandang jam tangan yang berada di pergelangan tangan kirinya. Sudah menunjukkan jam 7 malam.

"Rayyan lupa ke? Saya dah whatsaap tadi." Monolog Irene. Telefon touch skrin itu dilihat oleh Irene, Jelas Rayyan sudah membaca pesanan ringkas itu. Bluetick.

Dia sudah memasang perangkap untuk Rayyan. Sengaja dia membeli ubat perangsang untuk mengoda Rayyan. Semua itu kerana plan Dokter Khairil. Jika dia mengandung Maka, Delila akan terpisah dari Rayyan.

"Saya takkan lepaskan awak dengan mudah, Rayyan. Saya dah tunggu awak terlalu lama. It's not easy to let Delila make you to her!"Bisik hati Irene. Dia sudah tersenyum sinis.

Saat ini dia membuat plan licik untuk memastikan Rayyan datang berjumpa dengannya malam ini. Setahunya Rayyan tidak mungkin akan membiarkan seseorang dalam kesusahan tanpa membantunya.

Irene terus mendail nombor telefon Rayyan. Kemudian, Telefon itu didakapkan pada cuping telinganya. Sudah sepuluh Kali dia menelefon Rayyan tapi tidak dijawab panggilannya. Irene sudah mendengus kasar.

Irene terus menaip sesuatu pada Telefon touch screen itu.

Massage

Boss, tolong saya.. Saya takut.. ada sekumpulan lelaki ganggu Saya... Please datang. - Irene.

Usai menghantar pesanan ringkas itu kepada Rayyan. Dia terus memasukkan ubat perangsang itu pada minuman yang dipesannya untuk Rayyan. Sempat Irene melihat sekeliling hotel itu sekiranya ada yang melihat perbuatannya. Tidak ada seorang pun memandang ke arahnya.

"Today you will be mine not Delila." Bisik hati Irene.




USAI masak, Rayyan terus menghidangkan lauk itu di atas meja. Delila pula sudah tersenyum-senyum melihat Rayyan. Ingin sahaja dia memeluk suaminya itu. Tetapi, dia tahu suaminya tidak mungkin akan membenarkannya.

Kelihatan Puan Maria, Encik Leo dan Samuel sudah duduk di meja makan. Puan Maria melilau memandang sekeliling tempat itu. Cukup mewah.

"Kamu ni bertuah sebab ada suami yang serba boleh. Dah lah handsome, rajin kerja lepastu, pandai masak pula tu."Puji Encik Leo. Dia memandang sekilas Rayyan yang kini duduk di sebelah Delila.

Rayyan hanya tersenyum memandang bapa mentuanya itu. Rayyan terus mengambil air puteh yang berada di sebelah pinggan. Diteguknya sekali.

"Mesti lah.. bukan tu je ayah. Tapi.... Badan Rayyan tegap."Balas Delila. Dia tersengih-sengih kerang busuk.

Hampir tersembur air dari mulut Rayyan. Terbatuk-batuk Rayyan dibuatnya.

"Eh.. sayang okay tak ni?"Soal Delila, risau.

"Aku okay."Jawab Rayyan ringkas.

Malah, Puan Maria Dan Encik Leo sudah tertawa melihat riaksi Rayyan.

"Adik ni gatal."kata Samuel. Tergeleng-geleng kepalanya memandang Delila.

Mak Leha membawa kek untuk diletakkan di tengah meja.

"Sayang... Malam ni kita guna baju couple. Cepat lah tukar baju tu. "pinta Delila.

Rayyan hanya mengangguk. Malah, Delila sudah tersenyum bahagia.

Tiba-tiba telefon Rayyan berbunyi menandakan ada pemanggil. Sekilas dia melihat pada skrin Telefon, terpapar nama Irene. Sengaja dia tidak menyambut panggilan tersebut. Delila memandang sekilas skrin Telefon Rayyan. terpapar nama Irene.

Tidak lama kemudian, ada pesanan massage masuk. Rayyan terus membacanya.

Massage

Boss, tolong saya.. Saya takut.. ada sekumpulan lelaki ganggu Saya... Please datang. - Irene.

Berkerut kening Rayyan membaca pesanan ringkas itu. Dia melihat jam pada skrin telefon sudah menunjukkan jam 7 malam. Terbit rasa bersalah pada diri Rayyan. Semua ini Salahnya kerana membiarkan gadis itu menunggunya lama. Seharusnya dia memberitahu sahaja pada Irene bahawa dia tidak mahu berjumpa.

Rayyan bingkas bangun dari duduk.

"Sayang... Awak okay?"Soal Delila.

"Err.. Delila, kawan aku dalam masalah. Nanti aku explain. I'm really sorry Delila. I have to go now."Kata Rayyan.

"Mak, Ayah, Samuel.. Saya minta maaf. Saya ada urusan nak diselesaikan kejap. Kawan saya ada masalah."Pamit Rayyan kepada keluarga Delila.

Tanpa menunggu kata dari Delila, Rayyan terus berlari anak menuju ke pintu utama. Cepat-cepat dia menuju ke arah kereta.

Ada perasaan sedih melihat Rayyan pergi meninggalkannya disaat dia memerlukan masa bersama suami. Bahkan, Fikirannya selama ini untuk memakai baju couple yang dijahitnya tidak kesampaian.

Keadaan sunyi seketika, Ketika Rayyan tidak ada di situ. Nampak sangat Delila terlalu sedih. Bahkan, dia tahu Irene yang menelefon Rayyan tadi.

"Delila.. happy birthday.. kita nyanyi lagu untuk Delila ya."Kata Puan Maria berusaha mengubah keadaan.

Malah, Delila hanya mengangguk. Kemudian, tersenyum hambar.

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you Delila,
Happy birthday to you~

Kelihatan Mak Leha, Puan Maria, Encik Leo dan Samuel menyanyikan lagu 'hari jadi' itu dengan gembira. Tetapi, tanpa Rayyan semasa di hari ini begitu menyakitkan apatah lagi, suaminya pergi berjumpa dengan perempuan lain.

Benarlah kata orang bila kau terlalu mencintai seseorang, kau akan bertingkah bodoh. Aku tahu Rayyan tak mungkin akan mencintai aku. Kenapa aku berada di sini? Stupid Delila! Stupid! - suara hati Delila.

"Delila, make a wish?"Pinta Encik Leo. Setelah melihat anak perempuannya itu hanya berdiam Sejak tadi.

Delila tersentak. Dia terus menganggkat kepala memandang susuk yang disayanginya itu. Senyuman nipis diberikan oleh Delila. Delila menutup mata untuk wish.

Saya nak Rayyan Mikael berasa gembira. - Delila Alisha.

Kedua kelopak matanya terbuka semula. Dia meniup lilin itu. Tanpa sengaja air mata Delila jatuh membasahi pipinya.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Dapat mereka tangkap gadis itu terlalu sedih.

"Emm.. Delila, lepas ni Mak, ayah dan Sam akan pulang. Take your time sayang. Kalau ada apa-apa just call me."Kata Puan Maria.

Air mata yang mengalir itu diseka perlahan oleh Delila. Delila hanya mengangguk tanda faham.

Usai acara Sambutan hari jadi itu, Delila Masih duduk di situ. Malah, Mak Leha sudah memasukkan makanan itu ke dalam peti sejuk. Bahkan, keluarganya sudah pulang.

Nampaknya suaminya itu pulang lewat hari ini sama seperti tempoh hari semasa Tengku Daniel menelefonnya. Ada lagi kah fikiran positive untuk malam ini?

Delila masih menunggu Rayyan. Sudah dua jam berlalu. Dia masih duduk di situ. Air mata yang mengalir sesekali diseka oleh Delila.

Patut kah aku menunggunya lagi? Sedangkan aku tahu orang yang Rayyan ingin berjumpa ialah Ririn, First love Rayyan. Patut kah aku berpura-pura tidak tahu? - Suara hati Delila.

Oh My Tuan Rayyan! [Completed] ©Where stories live. Discover now