Bab 15

829 48 8
                                    

                   "Delila, ini kedai baju untuk lelaki. Kenapa kita kena masuk sini?"Soal Encik Herry. Binggung dengan permintaan gadis itu. Katanya Shopping tetapi pergi ke kedai baju lelaki.

"Encik Herry dah lupa ke apa yang saya cakap tadi? Saya ke sini sebab nak belikan baju kemeja untuk Rayyan."Kata Delila. Baju Kemeja yang tergantung kemas dibelek-belek oleh Delila. Mujur sahaja dia sempat melihat saiz Kemeja Rayyan sebelum pergi ke situ.

"Untuk Tengku Rayyan? Eh.. kenapa pula nak belikan Tengku Rayyan? Tengku tu bukannya tak mampu beli Kemeja. Kalau Delila nak tahu, semua kemeja Tengku Rayyan berjenama mahal. Tak macam kualiti kat kedai ni."kata Encik Herry panjang lebar. Dilihatnya gadis itu yang masih sibuk memilih baju kemeja untuk majikannya itu.

Delila melepaskan Keluhan kecil sebelum memandang wajah Encik Herry.

"Sebenarnya, Delila dah buat kesilapan besar. Delila tolong iron baju Rayyan tapi disebabkan kecuaian Delila, kemeja Rayyan rosak. Kemeja tu pula hadiah dari papa. Delila, nampak Rayyan kecewa pagi tadi. Tu yang Delila nak belikan kemeja untuk Rayyan." Jelas Delila panjang lebar.

"Delila pasti ke yang Tengku Rayyan akan terima kemeja macam ni?"Soal Encik Herry.

"Delila tak ada duit nak beli mahal sampai harga ribu. Tapi, ni sebagai tanda minta maaf sebab dah buat Rayyan kecewa."Jawab Delila.

"Kenapa tak guna aje kad kredit yang Tengku Daniel bagi hari tu?"Soal Encik Herry.

"Tak nak lah.. lagipun Delila ada duit sendiri. Hasil tolong mak jual sayur kat pasar tempoh hari."Jawab Delila.

Terangguk-angguk kepala Encik Herry mendengar jawapan gadis itu. Hebat sungguh tengku Daniel memilih menantu sehingga dapat mengenal peribadi baik gadis itu. Pilihan yang tepat sekali.

Selang beberapa minit kemudian, Delila akhirnya mendapat kemeja berwarna biru laut yang sama walaupun jenama biasa.

"Yes! Ada pun kemeja sama."Kata Delila.

Tergelak kecil Encik Herry melihat gadis itu.

"Encik Herry tunggu Delila tau. Delila nak bayar kemeja ni kejap."Pamit Delila. Dia terus menuju ke kaunter pembayaran. Sempat lagi Delila meminta dikurangkan sedikit harganya. Pada mulanya penjual itu tidak mahu menurunkan harga tetapi kerana sudah putus asa dengan desakkan Delila, akhirnya Delila dapat separuh harga.

"Haiyaaah. Kalau jumpa lebih lamai olang macam you mesti Saya sudah bankrupt."Rungut aunty yang menjual baju kemeja itu. Tergeleng-geleng kepalanya. Mak cik itu berbangsa cina.

"Maaflah aunty, Saya cuma ada 25 ringgit je. Ada masa nanti Saya belanja aunty makan."Pujuk Delila.

"Yala.. suka hati you lah. You nampak kaya tapi banyak kedekut."Balas aunty yang berbangsa cina itu.

"Terima kasih aunty. Ada masa saya datang lagi ya. Boleh belikan baju separuh harga untuk abang saya."Kata Delila dengan nada gurauan.

Tergeleng-geleng kepala mak cik itu melihat Delila. Alahai jika dia terus berjumpa dengan Delila pasti kedai baju ini akan tutup.

"Oya, Nama aunty apa?"Soal Delila mesra.

"Panggil saja saya aunty Chong."Jawabnya ringkas.

"Okay aunty Chong. Nama Saya pula Delila. Nice to meet you. Kongsi pacai aunty."

Mak cik cina itu tergelak kecil mendengar ayat yang keluar dari bibir Delila. Kening Delila pula sudah bertaut pelik.

"Siapa pachai? Mahu kongsi apa you dengan dia? Hahaha bukan kongsi pacai tapi, Gong Xi Fa Chai."Jelas aunty Chong cuba memperbetulkan ayat Delila. Tawanya dihamburkan melihat Delila.

Delila mengaruk tepi dahi. Dia turut tertawa sama walaupun tidak memahami apa yang lawak?

Encik Herry tersenyum melihat Delila dari jauh sedang tertawa mesra dengan wanita berumuran itu. Mungkin penjual baju kemeja itu. Dia segera menuju ke arah Delila.

"Jom Delila. Dah nak petang ni nanti Tengku Rayyan risau pula nanti."Ujar Encik Herry.

Delila hanya mengangguk tanda faham. Dia membuntuti Encik Herry menuju pada kereta marcades yang terpakir di depan kedai baju itu. Sempat dia melambaikan tangan kepada aunty Chong.


              DELILA menapak masuk ke dalam rumah banglo mewah itu. Dia terus menuju ke tingkat atas untuk menyimpan beg kertas yang berisi baju kemeja Rayyan. Dia ingin menyembunyikannya untuk memberikan Surprise. Pasti Rayyan akan berasa gembira. Bukan mudah meminta discount tadi. Mujur sahaja aunty Chong baik hati turunkan harga.

Usai, menyembunyikan baju kemeja Rayyan, Delila terus turun ke bawah kononnya ingin membantu Mak Leha. Tetapi, Terlebih dahulu dia melihat Rayyan masuk ke dalam rumah.

"Sayang... Meh sini Saya tolong angkat beg tu. Mesti sayang penat kan sebab seharian bekerja."Kata Delila.

Delila menghulurkan tangan tetapi ditepis kasar oleh Rayyan. Wajahnya serius.

"Aku ada nak cakap something dengan kau. Jumpa aku kat atas."Arah Rayyan. Nadanya dingin. Tidak ada secorek senyuman pada bibir Rayyan. Dia terus menaiki anak tangga menuju ke bilik.

"Mesti Rayyan Masih marah kat aku. Sebab aku dah buat mistake tentang kemeja tu kut."Bisik hati Delila. Entah mengapa hatinya rasa berdebar. Sepertinya riak wajah Rayyan tadi cukup menunjukkan sekejap lagi boom akan meletup.

Tanpa melengahkan masa, Delila terus menaiki anak tangga mengekor Rayyan menuju ke tingkat atas. Tambahan pula, dia ingin memberikan kemeja yang dibelinya tadi. Belum sempat Delila masuk, tangan Delila ditarik untuk memaksanya masuk. Pintu terus ditutup rapat.

"Okay just tell me apa yang kau nak? I will give all you want. Money? Kredit kad? But please get out from my life after this."Kata Rayyan. Dia berusaha menahan rasa marah dalam dirinya.

"Apa awak cakap ni sayang.. Saya tak pernah fikir macam tu. Berapa Kali Saya nak cakap, Saya kahwin dengan awak sebab Saya sayang awak. Saya ada shopping tadi sebab beli...."

"Sayang? Tak payah berlakon lagi Delila. Kau ingat aku tak tahu? Kau shopping guna duit papa. Lepas ni apa lagi Delila? Kau nak Kikis harta benda dan kekayaan aku,kan? Kau ingat aku bodoh ke apa?!"Cantas Rayyan. Sungguh emosinya jelas tidak dapat dikawal. Paling pantang bila seseorang berbohong padanya. Tetapi, sedikit rasa kecewa jika benar gadis itu hanya berlakon.

Niat Delila untuk mengambil beg kertas yang berisi kemeja Rayyan terhenti. Dia tidak tahu bagaimana untuk bertingkah depan Rayyan. Rayyan benar-benar marah.

"Saya minta maaf sebab rosakkan baju memeja awak pagi tadi. Shopping tu maksudnya beli baju aje kan? Apa kaitan dengan duit awak?"Soal Delila. Dia tertunduk. Takut membalas pandangan Rayyan.

"Aku tak ada mood nak ikut permainan kau. Selagi kau ada kat rumah ni selagi tu aku tak akan pulang."Kata Rayyan dengan nada dingin tanpa menjawab soalan Delila. Kaki terus diatur keluar dari bilik itu.

Bahkan, Rayyan langsung tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan Delila.

Oh My Tuan Rayyan! [Completed] ©Where stories live. Discover now