Bab 7

756 46 0
                                    

                     "Rayyan, jangan lupa hari ni kita kena berjumpa dengan keluarga Delila untuk berbincang tentang perkahwinan kamu. If you not coming, papa akan berikan syarikat tu pada Delila."Tegas Daniel. Daniel terpaksa menghubungi Rayyan menggunakan telefon kerana Rayyan berada di rumahnya sendiri pada hari ini.

"Papa dah keterlaluan. Papa sanggup berikan syarikat kita dengan orang asing hanya Kerana Rayyan tak datang?"Soal Rayyan. Kedengaran nada tidak puas hati Rayyan pada speaker telefon.

"Delila bukan orang asing Rayyan. She's will be your wife. So, jangan langgar perintah papa. Datang pada alamat yang papa dah bagi kalau masih nakkan syarikat tu. Kami tunggu Rayyan kat sana nanti."Jelas Daniel panjang lebar kepada anak lelakinya itu. Talian terus dimatikan oleh Daniel. Tidak mahu lagi dia mendengar alasan yang keluar dari mulut anak lelakinya itu.

Sementara di rumah banglo mewah Rayyan. Rayyan meraup Wajahnya. Jam pergelangan dilihat sekilas. Sudah menunjukkan jam 8 pagi.

"Mak Leha."Panggil Rayyan.

Mak Leha merupakan satu-satunya pembantu rumah Rayyan. Dia sudah menganggap Mak Leha sebagai keluarganya sendiri.

Terkoncoh-koncoh pembantu rumah yang berumur dalam lingkungan 45 tahun itu menuju ke arah Rayyan.

"Ya Tuan Rayyan?"

"Mak Leha tak payah masak hari ni. Saya tak ada kat rumah."Jelas Rayyan.

"Tuan, tuan Rayyan nak ke mana?"Soal Mak Leha lagi.

Rayyan melepaskan Keluhan berat sebelum memandang wajah tua Mak Leha yang berdiri di sebelahnya.

"Entah lah nak cakap macam mana Mak Leha. Saya dah cakap dengan papa yang Saya tak nak kahwin tapi papa tak nak dengar alasan dari Rayyan."Luah Rayyan. Soalan Mak Leha dibiarkan tidak berjawab.

Tangan Rayyan dipegang lembut oleh Mak Leha sambil tersenyum nipis memandang majikannya itu.

"Tuan Daniel tu cuma mahu yang terbaik untuk kamu Rayyan."Kata Mak Leha.

Rayyan terangguk-angguk faham. "Baik, jika itu yang papa nakkan. Rayyan akan buktikan pada papa yang perempuan tu cuma nakkan duit dan harta aje."Monolog Rayyan.

Berkerut kening Mak Leha mendengar ayat yang keluar dari bibir Majikannya itu. Bukankah Rayyan belum mengenali lagi gadis itu? Mengapa perlu menuduhnya sehingga sedemikian rupa?

"Mak Leha, malam ni saya balik lewat. So, Mak Leha tak perlu masak sebab saya makan luar aje hari ni. Saya pergi dulu."Pamit Rayyan.

Mak Leha hanya mengangguk tanda faham.

Langkah seribu terus dibuka oleh Rayyan menuju ke arah kereta mewah yang terpakir elok di luar rumah banglo itu. Rayyan segera masuk ke dalam tempat duduk pemandu kemudian, menghidupkan injin kereta.




                   SETIBANYA Encik Daniel dan Puan Ariyana sampai di perkarangan rumah sederhana Delila. Delila dan keluarga Delila menyambut kedatangan mereka. Usai masuk ke dalam rumah sederhana itu, mereka mempelawa Encik Daniel dan Puan Ariyana untuk duduk di sofa. Mug yang berisi air teh dituangkan oleh Delila ke dalam cawan kaca kemudian dihidangkan kepada Encik Daniel dan Puan Ariyana.

"Jemputlah minum."Pelawa Puan Maria sambil tersenyum senang. Mestilah senang. Tambahan pula, dia melihat kedua susuk orang kaya itu sedang duduk bersama mereka.

"Terima kasih."Ucap Encik Daniel. Cawan yang berisi teh itu dihirup sekali oleh Encik Daniel. Kemudian dia meletakkan semula cawan kaca itu pada meja.

"Ehem.. mana Rayyan?"Soal Encik Leo. Ingin juga dia tahu mengapa hanya mereka saja yang datang tapi susuk Rayyan tidak ada pula sejak tadi.

"Rayyan dalam perjalanan ke sini."Jawab Encik Daniel seraya tersenyum nipis. Puan Ariyana hanya memberikan senyuman. Tidak mahu banyak bicara.

Encik Leo, Puan Maria dan Samuel mengangguk tanda faham.

Selang beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi kereta diparkir di depan rumah mereka.

"Sorry, I'm late."

Suara maskulin itu menyentakkan mereka yang berada di situ. Encik Daniel Tersenyum melebar melihat anak lelakinya itu tiba.

"This is my son, Rayyan Mikael."Kata Encik Daniel memperkenalkan anak lelakinya itu.

Encik Leo, Puan Maria dan Samuel saling berpandangan antara satu sama lain. Lelaki itu terlalu tampan jika dibandingkan dengan Delila yang biasa saja. Encik Daniel tidak Salahkah dalam membuat keputusan? Delila pula sudah senyum-senyum sendiri memandang wajah tampan Rayyan Mikael.

"Err.. silakan duduk."Pelawa Puan Maria.

Rayyan menunduk kecil sebelum melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan Delila.

"Mereka berdua sesuai."kata Encik Daniel sambil tersenyum senang melihat anak lelakinya dan Delila duduk bersama.

"Sesuai?"Soal Encik Leo. Dia melihat Delila yang duduk bersama dengan Rayyan. Delila memperbetulkan kaca mata bulat miliknya sambil mencuri-curi memandang wajah tampan Rayyan. Ini kah yang dikatakan sesuai? Bagai langit dengan bumi. Jauh sekali daripada perkataan 'sesuai'.

Puan Maria mencubit kecil paha Encik Leo menyebabkan Encik Leo mengadu kecil.

Rayyan Tersenyum sinis memandang keluarga Delila. Pemakaian terlalu over walhal miskin. Dasar kampungan. Nampak sangat keluarga miskin itu hanya inginkan kekayaan mereka.

Sepanjang perbincangan, Rayyan hanya mendiamkan diri. Malas ingin masuk campur kerana dia sudah bersepakat dengan papanya akan menceraikan Delila selepas setahun.

Keadaan rumah Delila berhaba panas menyebabkan Rayyan berpeluh. Baju kameja berwarna putih yang digunanya dikibas-kibas oleh Rayyan. Boleh tahan panas juga rumah keluarga itu.

"Awak okay tak?"Bisik Delila pada telinga Rayyan.

Rayyan hanya memandang Delila yang duduk di sebelahnya dengan tatapan kosong. Dibiarkan saja soalan Delila tidak berjawab.

Delila menjadi risau sekiranya Rayyan tidak selesa dengan keadaan yang panas. Dia bingkas bangun dari duduk menyebabkan Rayyan memandang gadis itu pelik. Delila terus mengambil kertas kemudian duduk semula di sebelah Rayyan.

"Rayyan, awak jangan risau. Saya akan buat apa aje untuk awak."kata Delila sambil tersenyum comel.

Kertas itu dilipat menjadi dua bahagian oleh Delila kemudian berusaha mengipas Rayyan menggunakan kertas itu. Tergelak kecil Rayyan melihat Delila yang bersungguh-sungguh mengipasnya. Sah gadis itu gila.

"Good game Delila." Bisik Rayyan.

"Good game?" Soal Delila. Keningnya sudah bertaut, pelik. Permainan apa? Rayyan memandang tepat ke anak mata Delila. Malah, Delila hanya membalas pandangan Rayyan dengan binggung.

Sekilas Encik Daniel memandang anak lelakinya bersama dengan Delila. Tersenyum Encik Daniel melihatnya. Kemudian, dia meneruskan dengan menumpukan perbincangan tentang majlis kahwin yang akan dilaksanakan pada minggu depan.

Oh My Tuan Rayyan! [Completed] ©Where stories live. Discover now