Bab 1

1.1K 61 0
                                    

                    RAYYAN Mikael menghenyak punggungnya pada sofa yang sudah dikhaskan pada pejabat miliknya. Dia menyandarkan diri pada kepala sofa kemudian, melepaskan keluhan kecil. Berusaha dia melarikan diri daripada terus bercakap mengenai topik yang tidak disukainya. 'bila nak kahwin?'

Disebabkan topik 'bila nak kahwin' itu menyebabkan dia bergaduh dengan papanya pagi tadi. Mamanya, Puan Ariyana pula berusaha tenangkan keadaan tetapi gagal. Malah, semakin meninggi suara Tuan Daniel. Perkara pagi tadi kini berlayar semula dibenak fikirannya.

"Papa nak Rayyan kahwin. Sekarang ni Rayyan dah berumur 35 Tahun. Susah sangat ke nak tunaikan permintaan papa?"ujar Tuan Daniel. Dia bercekak pinggang. Dahinya sudah berkerut menunjukkan empat lapisan memandang ke arah Rayyan.

"Pa, I already told you. Rayyan belum nak kahwin. Rayyan belum sedia lagi. So, Nanti kalau dah ada calon, Rayyan kahwin lah."Balas Rayyan bersahaja.

"Papa dah bagi masa Rayyan. Rayyan dah janji pada papa yang Rayyan akan bawa calon isteri bila dah ada yang sesuai. But, look now. Mana janji Rayyan?"Jelas Tuan Daniel panjang lebar. Sungguh dia tidak berpuas hati. Sudah bertahun-tahun anak lelakinya itu hidup membujang walhal dia sudah semakin berumur.

"So, what pa? Memang belum ada yang sesuai. Rayyan nak buat macam mana?"Jawab Rayyan.

"Rayyan tahu tak, anak kawan papa semuanya dah kahwin. Kawan-kawan papa semua pun dah ada cucu. Yang kamu sorang lagi ni tak nak kahwin. Atau betul lah Selama ni orang cakap yang Rayyan ni gay?"Ujar Tuan Daniel.

Rayyan mengerutkan kening memandang papanya. Seteruk itukah dia di mata papanya? Dia lebih percaya apa yang orang lain kata?

"So, what kalau Rayyan gay? Papa akan berhenti paksa Rayyan kahwin?"Soal Rayyan. Kali ini nadanya sudah tidak puas hati.

"Papa tak pernah ajar Rayyan jadi macam tu! Rayyan memang dah mencabar kesabaran papa kali ni Rayyan!"Bentak Tuan Daniel. Tangan sudah naik ingin menampar wajah Rayyan tetapi ditahan oleh Puan Ariyana.

"Abang! Sudahlah!"kata Puan Ariyana. Tangan Tuan Daniel ditahan daripada menampar wajah anaknya. Walaupun Rayyan bukan anak kandungnya tetapi dia sangat menyayanginya seperti anaknya sendiri.

"Kau dengar sini Rayyan. Kalau Rayyan tak bawa calon isteri injak ke rumah ini. Papa sendiri akan bertindak. Faham!" kata Tuan Daniel berbaur amaran.

"Suka hati papa lah."kata Rayyan. Malas ingin berbasa-basi pada papanya. Dia terus melangkah keluar dari rumah banglo mewah itu.

"Boss."

Rayyan tersentak. Lamunannya terhenti serta-merta. Dia terus memandang ke arah empunya suara. kelihatan Irene sedang tersenyum nipis memandang Rayyan. Irene merupakan PA Rayyan.

"Kenapa, Irene?"Soal Rayyan Ringkas.

"Boss, ada perempuan nak jumpa. Kami dah halang dia tapi dia tak nak pergi. Katanya, dia akan buat kacau kalau boss tak nak keluar untuk berjumpa dengannya."Jelas Irene panjang lebar.

"Okay. You can go now Irene. Nanti saya akan selesaikan."Balas Rayyan.




                "Let me go! Saya nak jumpa Tuan Rayyan! Tak faham bahasa ke?"Marah Delila Alisha. Kedua pengawal itu berusaha menghalang Delila untuk masuk ke dalam.

"Cik, tolong jangan buat kacau dekat sini. Kalau tak ada apa-apa oppointment dengan boss kami, cik tak boleh masuk ke dalam bangunan ni."Jelas salah satu pengawal itu.

"Alaah.. sekejap je. Saya nak jumpa sangat dengan Tuan Rayyan. Saya janji lepas saya jumpa Tuan Rayyan, Saya akan pergi dari sini. Please.."Rayu Delila.

Wajah Lima puluh sen ditayangkan oleh Delila. berusaha meminta simpati dari pengawal itu. Sejak minggu lalu lagi dia ingin berjumpa dengan Rayyan tetapi di tahan. Kali ini dia tidak boleh berputus asa.

"Lepaskan dia."Arah Rayyan. Rayyan sudah menapak menghampiri Delila. Melebar senyuman Delila memandang susuk Rayyan itu. Tidak menyangka dia dapat memandang wajah tampan itu sekali lagi.

"Baik boss."kata pengawal itu dan beredar dari situ meninggalkan Rayyan dan gadis itu.

Delila tersenyum-senyum memandang wajah Rayyan. Ingin sahaja dia melekat pada Rayyan. Eh, jangan gatal sangat Delila dia tu bukan suami kau.

"Kenapa nak jumpa aku?"Soal Rayyan, dingin. Moodnya tidak berapa baik mungkin disebabkan bergaduh dengan papanya pagi tadi.

"Saya nak kembalikan kot awak."Kata Delila. Kaca mata bulat miliknya diperbetulkan sambil tertunduk-tunduk malu. Beg kertas berisi Kot Rayyan dihulur.

"Okay. You can go now."kata Rayyan ringkas. Beg kertas itu sudah bertukar tangan. Rayyan ingin terus pergi dari situ tetapi langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang tanpa segan silu oleh Delila. Berani sungguh gadis itu.

"Eh.. kejap. Saya nak berterima kasih pada awak. Boleh tak awak keluar makan dengan saya? Sebagai tanda terima kasih saya pada awak."tutur Delila.

Rayyan memandang gadis itu atas bawah. Gadis itu memakai baju t-shirt, menggunakan seluar jeans biru, rambut diikat tocang dua dan memakai kaca mata bulat. Rayyan tersenyum sinis memandang gadis itu.

Wajahnya kemudian didekatkan pada wajah Delila. Berdegup kencang jantungnya tatkala iris mata coklat Rayyan memandangnya terlalu dekat.

Glup!

Delila menelan seteguk air liur. Cepat-cepat dia memejam matanya. Fikiran Delila sudah menerawang jauh memikirkan keindahan bibir Rayyan yang merah natural itu menyapa bibirnya. Alaah.. takkan tak tahu scene ni? Seperti dalam drama-drama Korea? hero akan mencium bibir heroin. Senyuman mula terbit pada bibir Delila. Dapat dia rasa nafas menderu Rayyan yang terlalu dekat pada wajahnya.

"Kampungan."

Spontan  kedua kelopak mata Delila terbuka luas. Dia memandang Rayyan yang sudah tergelak kecil.

"Apa awak cakap?"Soal Delila. Dia sedikit terkilan dengan perkataan itu.

"Bukan je hodoh tapi lembab ya kau ni."kata Rayyan. Dia menggelengkan kepalanya.

Sakit hati Delila mendengar ayat yang meniti dibibir Tuan Rayyan itu tetapi, dia tetap sabar. Benarlah kata orang cinta itu boleh membutakan seseorang. Itu Delila yang cakap. Bukan penulis cerita ini. penulis cerita ini tidak buta. Haha okay sambung.

"Saya tak kisah awak cakap apa pun. Harap awak tak lupa apa yang saya cakap pada awak malam kejadian tu. Saya cintakan awak Tuan Rayyan. Hanya awak sorang."Kata Delila bersungguh-sungguh.

"Kau nak duit kan? Kalau nak duit, cakap. Tak payah nak berdrama sangat kat sini. Mungkin kalau aku nak badan kau pun kau bagi je sebab aku ada duit. Main jauh-jauh budak. Aku tak sebodoh itu."Sinis Rayyan. Sempat dia memandang gadis itu atas bawah. Kemudian, kaki terus diatur meninggalkan gadis itu sendiri.

"Saya tak semurah itu Tuan Rayyan! Saya tak nak duit awak. Saya cintakan awak!"Jerit Delila.

Tapi Rayyan hanya memekakkan telinga. Langkahnya tetap tidak berhenti untuk meninggalkan gadis itu.

Oh My Tuan Rayyan! [Completed] ©Where stories live. Discover now