"You are the best." puji Aireen.

Setelah selesai menukar busana itu di bilik persalinan, Faryna Aireen kembali ke arah Tuan Zarief Khairil yang menunggu.

"How's everything?" soal Tuan Zarief Khairil.

Aireen tersenyum mengangguk. "Good. Baju baju yang Del buat mana pernah mengecewakan."

Tuan Zarief Khairil mengangguk setuju.

"The best fashion designer and tailor in town."

Adelia tersenyum bangga.

"Alhamdulillah. Thanks kau orang sebab sudi buat baju dengan aku. Ai... kalau kau nak tahu Tuan Zarief Khairil ni selalu jadi best buyer koleksi fesyen butik aku di Fashion Week tau."

Aireen memandang Tuan Zarief Khairil dengan wajah tidak percaya. "Oh ya ke?" soalnya.

Tuan Zarief Khairil terus tersenyum macho. "Kenapa tak percaya ke?"

"Banyak sangat perkara pasal you yang I tak tahu ni. Haih... curiga betul lah dengan you ni." jawab Aireen.

Tuan Zarief Khairil terkejut. Alamak! Tak pasal cik tunang jadi curiga.

"Kenapa pulak nak curiga? Ni kan proses kita kenal antara satu sama lain. Okey apa kalau you tahu perkara baru tentang I setiap hari. Nanti bila dah kahwin, senang."

Aireen memandang Adelia dengan tersenyum senget. "Kau tengok... macam macam jawapan dia ada."

"Tunang siapa? Tunang Faryna Aireen juga." dengan selamba Adelia menjawab.

Tuan Zarief Khairil terus ketawa kecil.

"Haih... kalau dah semua kawan kawan I jadi team you macam ni lah gayanya." keluh Aireen.

~~~

"KALAU ikutkan hati aku ni memang malas betul aku nak pergi majlis papa aku tu tapi dah Tuan Zarief Khairil pun ada di sana sekali, terpaksalah aku pergi." seloroh Aireen pada Nely dan Nady.

Selepas saja makan tengah hari serta mengambil busana di butik Lavender Concept, Tuan Zarief Khairil terus menghantar Faryna Aireen pulang ke rumah.

Kereta pulak Nely dan Nady yang pakai dahulu.

"Oh, habis tu tuan tahu tak pasal kau dan Haikal?" soal Nely.

Aireen mengangguk.

"Tahu. Aku dah beritahu dia dan dia pun nampak macam faham."

"Baguslah kalau kau dah beritahu sekurang kurangnya andai berlaku apa apa antara kau dan Haikal, tuan dah tahu yang mana benar dan yang mana salah." jawab Nady pulak.

Aireen bersetuju.

"So kiranya sekarang ni... bila kau dah beritahu semuanya pada tuan, kau dah jatuh cinta pada dia kan?"

Aireen diam memandang Nely dan Nady. Lama dia memandang lantas Nely dan Nady tersengih sinis.

"Hmm... diam maknanya dah jatuh cinta lah tu." teka mereka.

"Obvious sangat ke?" soal Aireen janggal.

Nely dan Nady berpandangan sesama sendiri.

"Kitaorang kenal kau sejak sekolah lagi, Aireen. Kau tu kalau dah mula jatuh cinta, senang sangat nampak."

"Kau kan degil, keras kepala. Dalam dunia, ni kau akan dengar cakap Tok Ayah dan Kak Elly aje tapi sejak Tuan Zarief Khairil masuk dalam hidup kau, dia menjadi orang ketiga yang kau akan dengar cakap. Kau dengar cakap dia tanpa bantahan pun."

"Dia suruh kau pergi majlis tu, kau ikut. Dia suruh kau pakai baju baju yang dia dah beli untuk kau, kau ikut. Sedangkan kitaorang tahu kau memang payah nak dengar cakap orang lain selain Tok Ayah dan Kak Elly jadi bila dengan mudahnya kau ikut cakap Tuan Zarief Khairil, kitaorang dah tahu kau memang dah jatuh cinta dengan dia."

Nely dan Nady tersenyum selepas berkata itu semua. Faryna Aireen mungkin boleh menipu semua orang namun tidak mereka berdua.

Apa saja yang berlaku pada Faryna Aireen, mereka tahu dan mereka simpan dengan baik.

"Tapi... kalau betul kau dah jatuh cinta pada dia, baguslah. Dia pun dah jadi tunang kau and just waiting for the akad nikah aje."

"Okey, ya memang aku dah jatuh cinta pada tunang aku Tuan Zarief Khairil tu tapi untuk mengadakan akad nikah masih aku perlukan masa. Mungkin aku perlu yakinkan lagi hati aku untuk terima dia sebagai suami."

Aireen berkata. Memang dia sudah mencintai Tuan Zarief Khairil namun dia masih perlu masa untuk dia yakin yang cintanya itu sememangnya khas untuk Tuan Zarief Khairil.

Tidak mahulah sekiranya rasa cinta yang dia rasa saat ini sekadar sementara.

"It's your choice, Ai. Kitaorang sebagai sahabat hanya ikut aje yang mana terbaik untuk kau. Jodoh tetap ada di tangan tuhan. Kalau betul kau untuk dia dan dia untuk kau... takkan ada masalah di kemudian hari."

Nely dan Nady memberikan sokongan dan pesan.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now