"Okey... nanti I akan tengok." kata Aireen.

Haikal menggeleng.

"Oh no, I tak nak you tengok nanti. I nak you tengok dan buat sekarang."

Aireen terkejut. "What do you mean by now? Sekarang dah pukul lima dan itu bermakna waktu I untuk balik. Esok ajelah I tengok semua ni." katanya.

"Sekarang ni siapa bos? You atau I? Kalau I cakap you tengok dan buat sekarang, you ikut ajelah. Pasal balik you, nanti I akan hantar."

Aireen tersenyum sinis.

"Oh, itulah tujuannya? You suruh I stay back, buat kerja yang tak rushing ni untuk you berduaan dengan I. Lepas tu barulah you nak hantar I balik. Licik ya rancangan you ni."

Belum sempat Haikal berkata apa apa, Nely dan Nady berjalan masuk ke dalam pejabat Aireen.

"Ai, jom balik?" ajak Nely.

"O-..." belum sempat Aireen menjawab.

"Aireen takkan balik selagi kerja dia tak siap. Kau orang boleh balik dulu. Nanti I akan hantar dia balik." laju aje Haikal mencelah.

Nely dan Nady terkejut.

"Encik Haikal! Apa ni?" soal Aireen.

Haikal memandang Aireen dengan serius.

"Tak payah banyak cakap, buat kerja ni sampai siap. Kalau you berdegil nak balik juga, I akan laporkan pada HR yang you seorang pekerja yang tak amanah."

Haikal terus kembali ke pejabatnya.

Aireen diam namun dalam hatinya kian memberontak.

Oh, jadi ini caranya kau nak bermain dengan aku? Kau sengaja nak guna kuasa kau sebagai bos aku untuk aku ikut cakap kau.

Tak apa, kau belum tahu langit tu tinggi atau rendah.

You wanna play? Let's play!

"Nely... Nady, kau orang balik ajelah dulu. Balik dengan kereta aku. Nanti bila aku dah siap semua kerja ni, aku balik naik Grab aje."

"Betul ke ni? If kau nak suruh kitaorang teman kau sampai siap pun tak apa, kitaorang boleh teman."

Aireen menggeleng. "Tak payahlah. Nanti apa apa, aku akan telefon kau."

Nely dan Nady mengangguk meskipun mereka mahu pulang ke rumah bersama Aireen. Mereka tahu Aireen takkan mudah dipergunakan.

"Okey, nanti apa apa kau call aje aku atau Nady." katanya.

Aireen mengangguk.

"Okey tapi lagi satu... kalau Zarief ada telefon kau orang dan tanya pasal aku, kau orang cakap aje aku yang nak stay back. Jangan cerita apa apa pasal Haikal pada dia pulak."

"Okey." jawab Nely lagi kemudian berlalu pergi bersama Nady.

"Thanks babe." ucap Aireen.

Selepas beberapa minit, ruangan pejabat mula kosong. Hanya tinggal lampu pejabat Faryna Aireen dan pejabat Haikal saja yang terbuka. Itu pun kerana pejabat Haikal berhadapan dengan pejabat Faryna Aireen.

Sedang tekun Aireen melakukan kerjanya, Haikal masuk ke dalam pejabat tanpa izin lantas terus duduk di hadapannya. Aireen terus menarik muka.

"You ni memang tak pernah belajar adab ke? Suka hati aje main masuk pejabat I. At least, ketuk dulu." selar Aireen.

"Cuba bercakap elok elok dengan I boleh tak? Perlu ke berdingin dengan I macam ni lagi? Apa salah I pada you?" tanya Haikal.

"Salah you adalah suka salah guna kuasa. You tahu kerja ni bukannya urgent pun tapi sengaja aje nak suruh I stay back di hari pertama I bekerja di Mahkota Holdings. You kenapa?"

Haikal tersenyum sinis. "Tak ada apa. I sengaja nak spend time dengan you." jawabnya.

Aireen mengangguk. "Okey, kalau macam tu..." Aireen mula kemas barang barangnya. "I want to leave."

"Eh, you tak boleh balik! I tak bagi you balik selagi kerja tak siap." halang Haikal.

"You tak ada hak nak halang I balik sebab ini bukan di waktu kerja pun. Waktu kerja dah berakhir satu jam yang lalu."

Haikal bangun. "Okey!" katanya.

"Selesaikan kerja you dan lepas tu you boleh balik. I janji I takkan kacau you... takkan cakap perkara yang merepek lagi."

Aireen diam memandang. "Betul?"

Haikal mengangguk sambil mengangkat tangannya. "Betul."

Aireen kembali duduk di atas kerusinya lalu sambung melakukan kerjanya. Haikal hanya diam memandang.

"Ai... kenapa you tak pernah suka I?" soal Haikal tak lama kemudian.

Aireen memandang Haikal dengan serius. Haikal hairan. "It's just a simple question lagipun I tak nak buat keadaan jadi senyap sunyi. Ini bukannya perpustakaan."

"Sebab I memang anggap you tak lebih daripada seorang kawan. I tahu you suka I tapi I tak ada perasaan yang sama untuk you."

"Kalau you nak I berubah, I boleh berubah. I janji I takkan keluar dan cari perempuan lain lagi." kata Haikal.

 "You patut berubah demi Alma. Dia tu satu satunya perempuan yang patut you layan. Bukan I... bukan perempuan lain." jawab Aireen.

Dah kenapa nak berubah untuk aku? Aku tak kisah pun kalau kau tak berubah tapi lebih baik kau berubah demi tunang kau.

"Alma... asyik asyik Alma. Dekat rumah sebut nama Alma, dekat ofis pun nama Alma juga. Bosan lah asyik dengan nama dia." rungut Haikal.

"Bosan macam mana pun you dengan dia, dia tetap tunang you."

"Tapi dia juga adik you." celah Haikal.

Aireen diam.

"Kalau you dah tahu dia adik I... apa lagi you tunggu? Buatlah cara you sebagai bakal adik ipar I!"

Haikal tersenyum sinis sekali lagi.

"You tak payah tipu. You pun tak pernah anggap Alma tu sebagai adik you. You jangan ingat I tak tahu."

"So what? Bila you tahu kisah keluarga I, you ingat I akan terkejut? Eh, apa yang berlaku pada keluarga Datuk Kamal Effendi tak ada kena mengena dengan I. You nak kahwin dengan Alma ke you nak jadi menantu kesayangan Datuk Kamal Effendi ke, apa kena mengena dengan I? Sikit pun I tak kisah."

Haikal diam. Aireen memandangnya.

"Jangan beritahu Datuk Kamal Effendi apa apa pasal kita. I tak nak anak kesayangan dia datang serang I tiba tiba di pejabat ni. Entah apa malapetaka yang akan jadi bila dia datang sini tuduh I nak rampas tunang dia."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now