Nady dan Nely tersenyum mengangguk setuju manakala Faryna Aireen menggeleng.

"Boleh, tuan. Nanti kitaorang hantar laporan semasa pada tuan mengenai Faryna Aireen ni hah." ujar Nady.

Tuan Zarief Khairil hanya tersenyum.

"You... I masuk Mahkota Holdings tu untuk bekerja bukan untuk main mata atau apa apa yang you tengah fikir dalam kepala you tu. Jangan risau." kata Aireen.

"I tak risau pasal you tapi I risau pasal lelaki lelaki tu. Cik tunang I ni cantik tau jadinya I risau lah kalau kalau ada lelaki lain yang hard try nak pikat you. I ni lelaki yang sangat menjaga kepunyaan I tau."

"Oh, jadi sekarang ni I kepunyaan you lah... yang you sangat jaga tu? How sweet!" kata Aireen.

"Tuan Zarief Khairil, I bukan perempuan yang jenis melayan lelaki tau. I'm more better than that so you need to put your trust on me. I'm your fiance so I will never look for other guys."

Tuan Zarief Khairil tersenyum.

"Okey, I percaya kata kata you tapi kalau ada lelaki lain yang pikat you, you kena beritahu I."

"Perlu ke? Wajib ke?" soal Aireen.

Tuan Zarief Khairil mengangguk bersungguh sungguh. "Perlu dan wajib. You kan tunang I."

"Tunang aje pun. Tak semestinya akan berkahwin." kata Aireen perlahan.

"Apa dia?" soal Tuan Zarief Khairil.

Faryna Aireen terus menggeleng.

"Nothing." jawab Aireen.

~~~

SELEPAS selesai menjamu selera makan malam, Tuan Zarief Khairil terus membayar bil makanan dan minuman tiga orang anak dara itu termasuk dirinya sekali.

"Sayang, can you stay with me for a moment? Ada perkara sikit nak cakap dengan you." kata Tuan Zarief Khairil.

"Boleh tu boleh tapi Nely dan Nady macam mana? Diorang kan datang dengan kereta I."

"Eh, tak apalah. Kitaorang boleh aje balik dengan kereta kau. Kan aku boleh drive. Nanti lepas selesai dengan semua perkara kau dan Tuan Zarief, kau suruh ajelah Tuan Zarief hantar kau balik."

Nely berkata. Nady menyokong.

"Haah. Kau tak payah risau. Janji Tuan Zarief Khairil hantar kau balik rumah dengan selamat." kata Nady.

"Hmm... okeylah. Kau orang ada kunci rumah kan?" soal Aireen.

Nely mengangguk. "Ada."

Tak lama kemudian, Nely dan Nady beredar meninggalkan Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen berdua saja di situ.

"Nak bincang pasal apa?" soal Aireen.

"About our wedding. Betul ke nak bertunang sampai you sedia untuk kita berkahwin?"

"Ya, kan itu yang I cakap pada you dan Tok Ayah dulu. Kenapa? You tak sanggup nak terima ke?"

Tuan Zarief Khairil menggeleng. "Bukan tak sanggup terima tapi you nampak macam tak percayakan I aje. You ingat I nak kahwin dengan you sebab perkara bukan bukan ke?" tanyanya lagi.

Faryna Aireen mengeluh kecil.

"Bukan macam tu... kita ni baru aje berjumpa. Baru aje nak kenal diri masing masing. Kalau kita kahwin sekarang, buatnya kita tak serasi macam mana? I tak nak memperjudikan masa depan I dengan something yang I tak sedia."

Tuan Zarief Khairil diam. Dia fikir niat aku untuk berkahwin dengan dia adalah satu perjudian?

"Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai."

"Kalau kita kahwin, you boleh ke janji dan tunjukkan pada I yang you boleh jadi suami dan ayah yang baik untuk anak anak kita nanti? Zarief, you tahu kan macam mana hubungan I dengan Datuk Kamal Effendi? Tok Ayah pun rasanya dah cerita segalanya pasal tu pada you."

"I was a child of broken family and I have an irresponsible father. Dua perkara tu yang membuatkan I teragak agak dengan diri you. I tak nak anak I hidup dalam keluarga yang berpecah belah dan I tak nak suami I jadi ayah tak bertanggungjawab."

"Tapi I bukan lelaki yang macam tu." jawab Tuan Zarief Khairil.

Faryna Aireen menggeleng. "I tak tahu tapi apa yang pasti, I sendiri tak yakin dengan hubungan kita."

"Sayang..." panggil Tuan Zarief Khairil sambil memegang tangan Faryna Aireen.

"I'm nothing like your father. Bila I dah tekad untuk jadikan you sebagai isteri I, I dah bersedia untuk hidup susah senang dengan you dan terima apa saja kebaikan dan keburukan you."

Faryna Aireen memandang wajah Tuan Zarief Khairil.

"Boleh you janji dengan I yang you takkan jadi macam dia? You takkan abaikan anak anak kita nanti." katanya.

Tuan Zarief Khairil mengangguk.

"I tak nak janji tapi I akan berusaha untuk jadi ayah yang terbaik untuk keluarga kita nanti. But with your trust."

"Sebab... bila sekali Tuan Zarief Khairil memberikan katanya, dia akan pegang dengan kata itu sampai dia mati." dengan yakin dia berkata.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now