Bab 2

31K 1.3K 15
                                    

Empat bulan kemudian...

SUNGGUH dia tak boleh percaya dengan apa yang berlaku sekarang ini. Baru saja tak sampai satu hari dia menjejakkan kaki di bumi Malaysia ini, dia sudah dikejutkan dengan rancangan Tok Ayah yang lebih gila berbanding memaksa dirinya pulang ke Malaysia.

"Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" kata Aireen sambil tersenyum janggal dan memandang wajah Tuan Ibrahim dan Elly.

Usai saja dia melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Tuan Ibrahim, Faryna Aireen terkejut dan tergamam apabila melihat pentas pelamin yang tersergam indah direka dan dipenuhi dengan bunga bunga putih sebagai tema dan latar belakang.

"Tok Ayah tak bergurau pun. Ada nampak muka Tok Ayah macam tengah bergurau dengan Ai ke sekarang ni?" soal Tuan Ibrahim.

Aireen menggeleng.

"Janganlah macam ni Tok Ayah. Ai baru aje balik dari Cardiff tak sampai satu hari pun lagi, Tok Ayah nak buat kejutan macam ni. Tak kelakar langsung tahu tak?"

"Kak Elly!" panggil Aireen.

Namun Elly hanya menjungkit bahu tanda tak tahu.

"Kak Elly tak tahu okey? Akak cuma ikut arahan Tok Ayah aje. Ai kena bincang sendiri dengan dia."

"Nak bincang apa kalau dah jadi macam ni? Halah..." keluh Aireen.

Tuan Ibrahim tanpa sebarang kata hanya berlalu pergi ke tepi kolam renang manakala Aireen mengejarnya dan meninggalkan Elly yang hanya memandang bisu.

"Tok Ayah ni kan suka buat sesuatu perkara tak beritahu Ai dulu. Patutlah Tok Ayah kasi Ai empat bulan untuk balik ke sini rupanya Tok Ayah dah rancang nak tunangkan dengan siapa entah."

"Tuan Zarief Khairil." jawab Tuan Ibrahim.

"Hah?" Aireen terpinga.

"Tuan Zarief Khairil?"

Tuan Ibrahim mengangguk.

"Ya. Tuan Zarief Khairil bin Tuan Abdul Zahir is your future husband's name."

"Hah!?" jerit Aireen. Kemudian dia terus mengeluh.

"Dah siapa pulak Tuan Zarief Khairil ni? Macam mana Tok Ayah boleh kenal dan berkenan untuk jadikan dia sebagai bakal suami Ai?"

Tuan Ibrahim rimas.

"Eh, kenapa banyak sangat soalan yang keluar dari mulut kamu ni? Kamu tak reti penat ke? Baik kamu naik atas masuk ke dalam bilik tidur kamu dan berehat. Pagi esok kamu akan jadi tunang Tuan Zarief Khairil."

"Ai tak nak jadi tunang sesiapa pun lah Tok Ayah." rungut Aireen.

"Faryna Aireen binti Kamal Effendi." panggil Tuan Ibrahim dengan serius.

Aireen terus mengeluh diam. Apabila nama penuhnya sudah disebut, dia tahu Tuan Ibrahim sudah malas melayan kata katanya.

"Yalah..." akur Aireen kemudian berlalu pergi ke tingkat atas.

~~~

"JANGANLAH macam ni Ai... Ai tahu kan Tok Ayah buat semua ni demi kebaikan diri Ai? Kak Elly berani cakap yang Tuan Zarief Khairil tu baik dan budiman orangnya. Bertuah jugalah kalau Ai jadi isteri dia."

Elly cuba memujuk. Sebagai sepupu yang sudah rapat dengan Faryna Aireen sejak kecil, Elly sudah boleh mengagak bahawa Aireen akan jadi begini namun apa yang dia boleh lakukan? Ini semua atas arahan Tok Ayah mereka. Mahu atau tidak mahu, mereka harus setuju kerana orang tua itu telah bersusah payah membesarkan mereka berdua.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now