MBT

250 12 7
                                    


"Along.", panggil Mikayla yang baru sahaja turun ke bawah untuk membasahkan tekak.

Harraz memandang wajah satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Mikayla Mawaddah.

"Ya, kenapa dik?"

"Adik nak..."

"Raz, aku rasa aku dah jumpa dekat mana."

Tidak sempat Mikayla mahu menghabiskan kata-katanya, muncul seorang lelaki yang tidak dikenali memotong bicara. Berkerut dahi Mikayla.

Kimi memandang wajah Mikayla sekejap sebelum melarikan pandangan ke arah Harraz semula. 

"Sorry kacau.", ujar Kimi lalu dia bergerak ke dapur semula.

Mikayla memandang Harraz dengan riak pelik dan mahukan penjelasan. Nasib baik dia tidak membuka tudungnya selepas habis majlis taalim secara online sebentar tadi kalau tidak, naya nyah.

"Siapa tu long?"

"Kawan along. Adik ingat tak masa along masuk hospital tahun lepas?"

Mikayla cuba mengingati semula kejadian lepas lalu mengangguk.

"Dia lah yang tolong bawa along ke hospital.", ringkas sahaja penggenalan diberi.

Mikayla mengangguk seraya membentuk huruf 'O' pada mulutnya.

"Apa nama kawan along tu?", tiba-tiba pula Mikayla berasa ingin tahu gerangan yang sudi menolong along kesayangannya.

"Hadi Hakimi call me Kimi."

Harraz dan Mikayla memandang ke arah punca suara tersebut. 

'Sejak bila mamat ni kat sini? Bukan tadi kat dapur ke? Telepot ke apa ni?', bisik hati kecil Harraz.

"Sorry lagi sekali, tapi aku nak kena gerak balik dah. Abah call cakap Izmeer tiba-tiba meragam. Nanti aku roger kau balik. Assalamualaikum. Bye Harraz.", jujur Kimi memberitahu keadaanya. Risau dua beradik itu fikir dia sengaja curi dengar perbualan mereka.

"Waalaikumussalam, jaga diri.", jawab Harraz dan menyambut salam yang mereka dua cipta. Empat jari digenggam bersama seraya ibu jari dilaga berlawanan arah. 

Kimi berlalu pergi tanpa memandang Mikayla namun langkah Kimi dihantar dengan pandangan mata Mikayla. Hurm... something.

"Adik.", tegur Harraz selepas kelibat Kimi tidak kelihatan lagi.

"Ya."

"Handsome kan kawan along.", sengaja Harraz mengusik adik perempuannya. Kening diangkat berkali-kali.

Bukan membuat cerita tetapi Hadi Hakimi juga mempunyai rupa. Walaupun tidak seperti kacukan darah mana-mana prince namun kekacakkan melayu itu terserlah.

Berbeza dengan adik lelakinya iaitu Fahmi dan Faris. Kekacakkan mereka ada sedikit kacukan Itali daripada abi. 

Mikayla malas melayan alongnya lalu melangkah naik ke bilik semula. Terbatal niat mahu membasahkan tekak. Tanpa sedar, senyuman kecil terukir dibibir nipisnya. 

"Astaghfirullahhal'aziim.... Mikayla. Berdosalah! Along ni pun satu, sengaja kan. Ish!", bebel Mikayla sambil mendaki anak tangga. Firas yang beru keluar daripada bilik terkejut dengan wajah cemberut adiknya.

'Datang bulan ke budak ni? Emo semacam je', bisik hati Firas.












'Datang bulan ke budak ni? Emo semacam je', bisik hati Firas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cover Book for MBT

-Masih Belum Terlambat-

Anak ke-2 saya. Kalau sudi silalah baca. Andai ada kesilapan mohon tegur. Macam kisah cinta ke? Saya buat kisah cinta? HAHAHA risau tak cukup Glukagon pula. 

Bookmark of MBT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bookmark of MBT

Bookmark of MBT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3D Book of MBT


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Cover book + 3D book + Bookmark for 
Masih Belum Terlambat

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now