Ikan Baru

124 13 2
                                    


"Haura... Haura... Bangun. Subuh jom", kejut Mawar. Memandangkan Mawar tinggal di rumah Daiyan untuk menemani Haura, maka dia cuba untuk membantu Haura apa yang mampu.

Haura mencelikkan matanya. Senyuman ikhlas dilemparkan tanda terima kasih kerana mengejutnya.

Mawar mendahului Haura untuk membersihkan diri dan mengambil wudhuk. Apabila dia keluar daripada tandas, Mawar berselisih dengan Haura dan tiba-tiba lengannya dipegang.

"Kenapa?", soal Mawar.

Mata Haura yang sepek memerhati muka Mawar. Seram sejuk pula rasanya.

"Bahagian ni tak basah. Tak sah wudhuk kalau tak kena air. Ambil wudhuk balik, aku nak tengok.", arah Haura sambil mengikat rambutnya namun dibiarkan menjadi seperti bangs agar wudhuknya sah.

"Yang mana? Side burn ke?", soal Mawar ingin kepastian. Dia memegang bahagian side burn nya.

Haura mengangguk lalu menolak Mawar semula ke bilik air. Dia mengambil seutas benang berwarna putih yang diletakkan di dalam almari bercermin.

Rambut Mawar diikat kemas lalu hujung benang diletakkan di tengah permulaan rambut tumbuh dan hujung satu lagi di bahagian helix telinga.

Rambut yang berada dibahagian bawah benang putih ditarik agar membentuk seperti bangs. Haura mengambil gunting kecil dan memotong bahagian yang ditarik supaya tidak diikat bersama.

"Haa... Bahagian ni wajib kena air sebab ianya termasuk dalam batasan muka.", hurai Haura.

"Oooo... Baru aku tahu. Maceh Haura sayang.", ucap Mawar gembira.

"Cecama. Dah ambil wudhuk cepat. Aku nak tengok.", arah Haura bagi memastikan wudhuk sahabatnya sah.

Jika seseorang suka kepada kebaikkan, maka hendaklah dia suka saudaranya yang lain membuat kebaikkan juga. Dengan itu, saling menasihati dan saling menegur satu sama lain menunjukkan kasih sayang kita terhadap mereka kerana Allah SWT.

Setelah selesai menunaikan solat Subuh, Haura mengajak Mawar untuk membaca Al-Ma'thurat. Sesudah itu, Mawar mengajak Haura duduk di atas katil sebentar.

Mawar memegang tangan Haura.

"Weyh, erm.... "

"Kenapa Mawar?"

"Aku suka tengok kau macam ni. Aku rindu Haura yang dulu. Periang, happy go lucky, sentiasa senyum. You always make my day. Aku menangis bila dapat tahu tentang kau hari tu. Isk... Isk...", luah Mawar sambil meneyeh matanya yang mula berair.

"Mawar, kalau kau menangis aku lagi teruk. Aku tak tahu salah aku kat mana. Aku takut dan trauma sampai sekarang. Jangan kata orang luar, Pak Singa UK pun aku tak nak tunjuk muka. Semangat aku hilang Mawar.", ujar Haura. Dia sudah reda dengan apa yang telah berlaku.

"Haura, jangan macam ni. Kau tak kesian kat aku ke? Dah nak masuk dua minggu kau biarkan aku sorang diri kat sekolah. Haura....." Mawar sudah tidak tahan untuk membiarkan air matanya dalam takungan.

"Janganlah nangis, nanti aku nangis. Kau cakap nak teman aku kat sini, jadi janganlah buat aku lagi down. Hm....", pujuk Haura sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin kipas.

Mawar mengesat air mata lalu tersenyum semula.

"Aku tak nangis dah tapi kau kena ikut aku untuk lihat dunia balik. Aku nak Haura Ibtisam yang aku kenal balik. Boleh?", pinta Mawar.

Haura ragu-ragu untuk menerima permintaan itu kerana dia masih trauma. Bukan senang mahu melangkah semula apabila telah tersadung dan jatuh tambahan lagi luka yang teruk.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now