After 6 Years

144 12 9
                                    

6 tahun berlalu...... [see.the.media]

"KAK RA! Kak Ra! Dani menangis lagi. Daniah buat. Tadi abang dah tarik Daniah tapi dia merangkak ke Dani balik.", adu seorang budak lelaki berusia 5 tahun.

Haura yang sedang sibuk memberi susu kepada Harraz Ibad menggunakan botol susu segera memanggil Najwa untuk meminta tolong.

"Daniah ni... Kasar betul dia main.", ujar Haura kepada Najwa apabila ditanya mengapa. Ibu bapa kepada adik-beradik 3D ini pula sedang berada di luar negara atas urusan keluarga katanya.

3D merujuk kepada Darwish, Daniah dan Dani. Darwish sebagai abang kepada kembar berlainan jantina, iaitu Daniah dan Dani. Daniah ialah kakak manakala Dani ialah adik.

Najwa mendukung Dani yang sedang menangis teresak-esak akibat dibuli oleh kakaknya sendiri. Sebenarnya Daniah mahu bermain tapi agak kasar cara dia main. Tidak tahu mengapa begitu caranya. Mahu kata Darwish ajar, mustahil kerana Darwish baik budaknya. Mudah jaga sejak mula-mula mengasuh dengan Haura.

"Shu... Shu... Shu... Alolololo... Kakak buat ya. Kakak main je dengan Dani. Janganlah nangis sayang. Shu... Shu... Shu...", pujuk Najwa sambil membawa diri keluar rumah supaya tidak mengganggu Harraz yang sedang lena dibuai mimpi setelah mendapat susu.

Daniah hanya memerhati adiknya dibawa pergi dan mulalah dia ganggu Darwish.

"Eee! Daniah mainlah sana. Abang nak melukis! Nanti Daniah buat rosak! Kak Ra...! Tengok Daniah ni.", masuk kali ini, sudah hampir 50 kali aduan tentang Daniah menjadi tajuk utama berita.

Pening kepala Haura dengan karenah mereka. Setelah pasti bahawa Harraz sudah nyenyak, dia bergerak menghampiri Daniah dan diangkat.

Tangan Daniah yang kecil sedang memegang warna krayon milik abangnya. Haura mengambilnya semula lalu kening Daniah bertaut dan mula memuncungkan bibirnya. Krayon milik Darwish diberi semula.

"Oo... Marah akak ya. Nakal betul budak ni.", kata Haura sambil mencuit hidung comel milik Daniah. Jam 1200 menandakan masa tidur mereka.

Hal ini kerana, Haura mahu mendidik mereka agar melazimi Qailullah, iaitu tidur sebelum masuknya waktu Zuhur. Walaupun masih kecil, tetapi orang dahulu pernah berkata 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Andai sudah menjadi buluh, pasti sukar mahu dilentur dan kemungkinan besar akan patah.

Haura mendukung Daniah dan menepuk belakangnya perlahan. Dia sudah tahu bagaimana mahu menidurkan seorang bayi bernama Daniah ini. Tidak memerlukan buaian, hanya dodoikan sambil berjalan. Matanya akan terkatup selepas 5 hingga 8 minit didodoi.

Sambil itu, Haura menjenguk Dani yang berada di dalam pegangan Najwa. Nampaknya Dani juga sudah tersenguk-senguk. Penat agaknya asyik menangis akibat dibuli oleh kakak kembar.

Haura berjalan ke arah Darwish pula. Dia meminta agar Darwish mengemas semua alatan tulis dan simpan ditempatkan. Dengan mudah, dia mengikut arahan Haura dan mula baring disebelah Harraz apabila Haura menepuk di tilam yang disediakan.

"Abang tidur tau. Nanti Zuhur akak kejut. Abang kena tunjuk contoh yang baik kepada Daniah dan Dani. Dah tidur.", ujar Haura dengan lembut.

Sebelah tangannya masih mendukung Daniah, sebelah lagi mengusap kepala Darwish dengan lembut.

Akhirnya rumah menjadi senyap kerana semuanya lena dibuai mimpi termasuk Najwa. Dia menepuk perlahan belakang Dani sehingga tertidur bersama di tilam budak asuhan.

Haura yang sedang duduk bersila di tepi Harraz dapat melihat semua anak asuhannya yang sedang tidur. Rasa sayang pada anak-anak kecil ini semakin bertambah. Senakal mereka, apabila tidur ia merupakan satu nikmat yang sangat besar.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now