Unik

179 15 1
                                    


Setelah seminggu Huzaifah diwad, doktor membenarkannya untuk pulang. Sepanjang perjalanan balik, Puan Arissa hanya berdiam sahaja manakala Huzaifah sedang asyik bermain lego kepunyaannya.

Haura duduk disamping adiknya hanya memerhati Ummi daripada cermin pantulan belakang. Walaupun di dalam hatinya masih tersisa rasa akan kepedihan luka namun, sebagai anak yang solehah dia hanya memendam.

Dalam tempoh Huzaifah diwad, Ummi tidak bercakap dengan Haura langsung melainkan Haura yang menegur terlebih dahulu. Setiap kali mereka bersua pasti Haura akan ungkapkan maaf tetapi Puan Arissa tidak memberikan sebarang reaksi.

Setelah pulang daripada sekolah, dia perlu bersiap ke hospital untuk menjaga Huzaifah. Kerja sekolah perlu dibawa sekali. Selesai daripada melawat Huzaifah, belah malamnya, dia menolong Ummi membuat kuih seperti yang dijanjikan.

Hela nafas berat dilepaskan,
pandangan dilemparkan keluar tingkap untuk menikmati segala keindahan. Mungkin dia saja merasakan Ummi seolah berat sebelah namun secara aslinya, Ummi mahukan yang terbaik buat anak-anaknya.

'Bersyukur rasanya sebab aku masih boleh melihat segala nikmat. Baru satu Allah tarik. Kuat ya Ibtisam.', monolog Haura.

Akhirnya, kereta Proton Saga Puan Arissa memasuki garaj rumah mereka.

"Huzaifah, jom sayang. Ummi ada buat ais krim kegemaran adik. Nak tak?", soal Ummi sambil mengalihkan pandangan ke belakang.

Huzaifah mengangguk dengan pantas apabila terdengar perkataan 'ais krim'. Hantu ais krim Huzaifah ni.

"Ummi buat sedap. Baik adik cepat-cepat ambil sebelum kakak habiskan.", usik Haura dengan mimik muka jahat.

"Eeee!!! Kakak jahat. Ummi adik nak..", merajuk Huzaifah dengan kata-kata Haura. Ummi terhibur dengan gelagat anak-anaknya seraya membawa Huzaifah ke dalam rumah.

Senyuman yang sudah lama hilang kini kembali. Betapa rindunya Haura melihat senyuman Puan Arissa setelah sekian lama.

"Ummi dah tersenyum. Rindu dengan senyuman tu. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah"

Haura mengangkat beg kepunyaan Huzaifah dan menyusun barang-barang yang dibawa ke hospital masuk almari semula. Sedang dia mengeluarkan barang milik Huzaifah, Haura ternampak sesuatu yang agak pelik.

"Siapa punya robot figura ni? Nampak macam mahal. Mustahil adik punya.", ragu Haura sambil membelek robot figura tersebut. Dia bercadang ingin bertanya kepada Ummi.

Tahap mahal robot figura itu hampir membolehkan Haura dan ibunya membeli sebuah katil baharu.
.
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now