Berita Hangat

127 11 2
                                    


"Uauauauaua!!!! Uauaua!!!!", Harraz sudah mula menuturkan kata-kata yang tidak Haura fahami tetapi ini menunjukkan suatu perkembangan yang baik bagi seorang bayi.

Suara Harraz sungguh kuat kerana gembira umminya melayan. Baru dapat mulut kan.

"Allah.", Haura menyebut kalimah suci itu dengan makhraj yang betul. Gerakan bibir dan lidah memainkan peranan yang penting supaya Harraz dapat tangkap apa yang cuba disampaikan.

"Ikut Ummi. Allah. Allah. Allah.", sungguh perlahan penyampaian Haura. Bayi baru belajar haruslah diajar dengan perkara yang baik.

"Elelelelele.... Comellnya dia. Nak sebut apa tu? Eh dia senyum pula! Ummi suruh sebut, dia senyum. Allah... Hahahahah! Comelnya anak ummi ni!", geli hati Haura melihat reaksi Harraz yang sedang berusaha menuturkan kalimah yang sama seperti dirinya.

"Akak, ummi nak cakap sikit boleh?", celah Puan Arissa selepas menjadi pemerhati setia antara anak dan cucunya.

Haura segera memberi perhatian kepada Puan Arissa sebagai tanda hormat akan pengarang jantung yang ingin bercakap dengannya.

"Ummi ingat nak kenalkan akak dengan anak kawan Ummi. Akak sudi tak?", soal Puan Arissa. Dia sudah maklum yang Haura sudah tidak berminat untuk ambil tahu selepas kejadian Noah tetapi hal ini demi masa hadapannya.

"Tengoklah dulu Ummi. Akak bukan nak bantah tapi.... Akak risau. Akak sekarang kena fikir jauh.", rendah sahaja nadanya seperti tidak mahu berharap kepada sesuatu yang tidak pasti.

"Ummi bukan apa, Ummi fikirkan diri ummi yang bila-bila masa je akan pergi. Kalau ummi dapat tengok akak dijaga oleh seseorang yang ummi percaya, tak lah ummi risau sangat. Huzaifah lagi. Cucu ummi ni pun perlukan kasih seorang ayah. Akak tak kesian ke dekat anak akak?", ujar ummi dengan nada lembut seraya mengusap ubun-ubun Harraz.

Haura memandang Ummi dan tidak semena air matanya jatuh. Perasaan yang menyucuk sanubari terasa seperti tajam sekali. Dia tidak sanggup merasai kehilangan lagi.

"Ummi..... jangan cakap macam tu. Akak ada Ummi je... ", sedih Haura. Dia memegang tangan milik Puan Arissa dengan erat.

"Sebab akak ada Ummi je lah, akak kena benarkan seseorang hadir untuk ganti tempat Ummi.", ujar Puan Arissa. Air matanya turut jatuh melihat tangisan Haura yang jarang sekali dizahirkan dihadapannya.

Haura segera menggeleng.
"Tak ada sesiapa boleh ganti ummi dan baba."

"Akak, cucu ummi macam mana? Akak sanggup ke lihat dia membesar tak seperti anak-anak lain yang ada mak ayah.", lanjut Puan Arissa berbicara. Dia tahu bahawa Harraz juga penting dalam hidup Haura.

Haura memandang pula Harraz yang sedang memandang dirinya. Seolah memahami situasi dan perasaan si Ummi, dia berdiam sahaja.

"Ummi jangan tinggalkan akak. Nanti akak dengan adik sedih....", sayu sahaja nada Haura. Masa berdetik dengan perlahan seakan menghayati kepiluan.

Puan Arissa tidak mampu menahan sedihnya lalu memeluk Haura dengan memberikan ruang buat Harraz yang berada dalam dukungan Haura.

Puan Arissa tidak mampu menahan sedihnya lalu memeluk Haura dengan memberikan ruang buat Harraz yang berada dalam dukungan Haura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now