Noah

144 13 0
                                    


[Sila.mainkan.Media] 1.....2.....3..... Ok baca.

"Waalaikumusalam, saya Mawar Mawaddah Binti Zaidin. Panggil Mawar. Umur 22 tahun. Belajar di UPSI je.", ujar Mawar. Meskipun agak penat kerana baru pulang daripada U namun takdir ini amat indah untuk ditinggalkan.

'Semoga engkau terbaik buat dinni (agamaku) dan diriku. Permudahkan urusan kami Ya Rabbi.', monolog hati Mawar dengan senyuman yang tidak lekang.

Masa seakan-akan terhenti. Jantungnya yang tadi berdegup kencang, menjadi normal kembali. Kini, perutnya seakan ada rama-rama yang sedang berterbangan. Sejurus itu, senyuman yang paling kacak Luthfan ukirkan.

Apakan tidak, jika selama ini dia berdoa dalam diam agar keajaiban terjadi. Rahsia paling besar yang Luthfan simpan di dalam hidupnya kini terzahir. Sedikit pun reaksi tidak terpancar pada wajahnya dalam menzahirkan sesuatu perasaan sedangkan sejak sekolah menengah lagi dia sudah pendamkan.

'Takdir Mu amat cantik Ya Rabb. Dalam doa hamba-Mu yang penuh dosa, Engkau tunaikan dengan Ilmu dan takdir-Mu yang Azaliah. Sungguh, aku tidak pun tahu sedikit daripada rahsia-Mu', bisik pula hati Luthfan.

"Mawar? Mawar Mawaddah? Seriusly? Ya Allah... Allah... ", hampir menitis air mata Luthfan bukan kerana sedih tetapi gembira tahap nak sujud syukur. Mahu saja dia melompat, selak birai dan peluk Mawar kerana gembira yang amat sangat. Namun, dia perlu menjaga adab di rumah orang dan Mawar masih belum halal buatnya.

Maka, si kumbang menjumpai sekuntum bunga yang sudah lama dicari yakni akan melengkapkan tulang rusuk kirinya sepanjang hidup. Ibarat lagu jiwang sedang dimainkan, masing-masing memerhati bayang-bayang antara satu sama lain. Birai yang ada masih tersergam indah buat had antara bunga dan kumbang.

Berbunga sudah hati kedua-duanya......💕

Senyuman mu~
Yang indah bagaikan candu,
Ingin terus ku lihat walau dari jauh.

Sekarang aku pun sedari,
Semua hanya mimpiku,
yang berkhayalan kan bisa bersama mu~

*-*-*-*-*-*-*-*-*-**


"Hoi!", panggil Daiyan.

Agaknya lama sangat Luthfan berangan sehingga ketibaan Daiyan tidak disedari.

"Eh! Bila sampai?", soal Luthfan seraya menghulur untuk berjabat tangan.

"Lama dah tapi kena palau. Maklumlah, orang dah nak habiskan zaman bujang memang macam ni. Aku je yang sendu lagi.", ujar Daiyan dengan mukanya yang tidak pernah berubah, garang.

"Dheos, kau kena faham. Jodoh, ajal, maut, berjaya, gagal dan lain-lain Allah telah tetapkan. Walhal, lintasan hati yang dianggap remeh, juga merupakan qada' dan qadar Allah SWT.", syarah Ustaz Luthfan. Ada gelaran ustaz dah.

"Aku bukan rasa tak adil tapi nanti aku alone sebab kau tak de. Kau je sahabat aku, iya memang tak nafi kau sedara aku.", balas Daiyan dengan pandangan yang dilemparkan ke luar.

"Aku doakan kau, semoga berjaya dunia dan akhirat. Apa-apa pun, doa buat kedua orang tua penting jadi aku yakin kau juga ada hak kebahagiaan kau. Dah, jangan nak sendu sangat. Kata nak main futsal, jom lah!", ajak Luthfan dengan penuh semangat.

Berbaki masa lagi 5 bulan 2 minggu sebelum majlis akad nikah dilangsungkan maka, Luthfan isikan dengan meluangkan masa menuntut ilmu dan bersama Dheos si Singa.

Berbaki masa lagi 5 bulan 2 minggu sebelum majlis akad nikah dilangsungkan maka, Luthfan isikan dengan meluangkan masa menuntut ilmu dan bersama Dheos si Singa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now