WWP

939 28 6
                                    

"Sejuk je hari ni kan. Kalau tiap-tiap hari macam ni, aku rasa buku pun aku tak kenal dah. Hahahahah.", kata Mawar kepada Haura.

"Ada saja akal kau. Tapi kalau tak sejuk pun, kau tetap tak kenal buku kan?", balas Haura dengan sindiran.

"Kurang ajar betul sahabat aku sorang ni. Nasib sahabat kalau tak apalah nasib kau kan. Eeeeeeee.", jelling Mawar kepada Haura sambil mencubit lengan tidak berisi milik kawannya.

Haura cuba mengelak daripada terkena cubitan berbisa Mawar tetapi lain pula terjadi apabila kakinya yang sedang galak berundur terlanggar seseorang yang sedang melalui jalan tersebut.

"Aduh!"

Kedengaran suara garau seorang lelaki mengaduh kesakitan. Haura yang telah tersilap langkah mula cuak kerana orang yang dilanggar ialah lelaki dan Mawar pula sudah angkat kaki meninggalkannya kerana mahu lepas tangan atas apa yang telah terjadi barangkali.

Perlahan-lahan Haura mengalihkan pandangan kebelakang dan jantungnya yang normal mula berdetak laju.

'Relax lah Haura. Asal jantung aku derhaka sangat ni!!!!'. Bisik hati kecilnya.

Tag nama pada tudung Haura dipandang sekilas oleh lelaki tersebut dan pandangan helang mula terpancar. Bersiap sedialah wahai Sang Gadis.

"Haura Ibtisam. Nice name but unfortunatly, behaves like a kid. Lain kali kalau nak main, jangan datang sekolah. Faham! Elok sekolah menengah aku hantar ke sekolah rendah balik. Tak pun tadika. Bagi faham sikit nawaitu ke sekolah.", bentak si lelaki dengan nada yang agak kuat. Pandangan mata yang tajam masih dihala kepada Haura yang sedang tertunduk.

'Eh eh mamat ni. Suka hati dia je panggil aku kid. Kalau betul aku ni kanak-kanak ribena, ummi tak hantar aku ke sekolah menengah lah. Dia sapa nak hantarkan aku', ngomel Haura di dalam hati kerana panas telinga dengan sikap Pak Singa UK.

"Oi!! Kau pelajar PPKI ke? Labang."

Imaginasi membayangkan asap berkepul keluar daripada telinga Haura dan gunung berapi meletus daripada atas kepalanya. Tarik nafas dan hembus supaya tidak meletus.

"Kita minta maaf ya sebab tadi nak selamatkan diri tapi tak perasan pula ada orang lalu kat belakang. Maaf ya.", pinta Haura dengan muka bersalah walapun hati sedang bergelora rasa geram.

"Ouh... Ada suara rupanya. Ingat bisu. By the way, kau pelajar baru ke? Tak pernah tengok pun.", soal Pak Singa UK kepada Haura.

"Haah", jawab Haura.

"Ooo, patutlah. Ni nak tan.."

KRING!!!!!

"Haa! Loceng dah bunyi. Maknanya rehat dah habis. Kita masuk kelas dulu.", kata Haura seraya melangkah laju meninggalkan pelajar lelaki tersebut.

"Eh! Aku tak habis cakap lagi. Nanti-nanti jelah aku tanya"



Langkah Haura laju menuju ke kelas yang berada di tingkat 4 hujung sekolah. Hampir 5 minit masa yang diambil untuk menuju ke kelas daripada kantin sekolah. Sedia maklum bahawa bangunan untuk pelajar tingkatan 4 merupakan bangunan lama, kerana itu ianya berada di hujung sekolah berdekatan dengan hutan belakang sekolah.

Selalunya , pelajar yang pulang lewat akan menggunakan tangga kedua kerana takut dengan kisah-kisah yang telah menjadi buah mulut para pelajar termasuk guru.

Setibanya dikelas, Haura bergegas ke meja Mawar untuk menuntut sesuatu.

"Eh! Dah sampai dah akak cantik kita ni. Macam mana? Seronok tak dating dengan Pak Singa UK? Hahahahahahaha!", pecah tawa Mawar apabila melihat tanda-tanda yang sahabatnya sedang menahan geram.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now