Puan Aria

128 12 0
                                    

Pokok tidak akan bergoyang tanpa angin,
Manusia tidak akan goyah tanpa musibah,
Mengajar erti bangkit ialah angin dan....
Jatuh akan kalah jika berubah.

Haura membaca bait kata yang disalin daripada akaun Instagram seorang kenalannya. Kata-kata itu umpama melengkapkan cerita hidupnya yang tidak seperti orang lain.

Hidup tanpa baba di sisi.

Hidup menumpang selesa orang.

Hidup bersama anak syurga.

Jika bukan cabaran yang datang mengajar kita erti pengalaman, pasti kemewahan dan kesenangan yang akan menyelimuti tubuh.

"Haura.", sapa Mawar.

Haura mengalihkan pandangan ke arah meja Mawar.

"Rehat jom pergi Koop (koperasi).", ajak Mawar. Haura akur dan menyambung semula menulis kerja yang Cikgu Rosnane berikan.

Setelah tiba waktu rehat, mereka berdua menuju ke  koperasi sekolah seperti yang Mawar katakan.

"Akak, Mawar nak.... Cadbury satu. Big one.", pinta Mawar lalu menghulurkan not duit RM1.50.

"Aik. Jarang kau makan coklat pagi-pagi. Ubah selera ka?", ujar Haura pelik.

"Bukan lah. Aku beli untuk tengah hari nanti, kan kita dah start kelas tambahan. Jadi, inilah ubatnya.", terang Mawar.

"Ouh.... haah aku lupa kita ada kelas tambahan. Aku lupa cakap dengan Ummi aku balik lewat. Teman aku call jap." Lantas Haura melangkah ke telefon awam yang pihak sekolah sediakan.

Selesai memaklumkan kepada Puan Arissa, mereka bergerak semula ke kelas. Perjalanan ke kelas perlu melalui bangunan pelajar tingkatan 5. Tiba-tiba....

"Mawar!"

Mawar cuba mencari pemilik suara yang memanggilnya.

"Atas! Atas!"

Mawar mendongak kepalanya seraya terukir 1001 kemanisan pada senyumannya.

Lelaki itu membuat isyarat 'sebentar' supaya Mawar menunggunya di tingkat bawah. Laju dia berlari menuruni anak tangga.

"Hari ni form 4 dah start kelas tambahan kan? Cikgu Nazifah suruh kau dengan seorang lagi pergi kat meja cikgu untuk ambil bahan.", ujar Luthfan.

Mawar hanya tersenyum sahaja tanpa membalas apa yang Luthfan katakan. Hero jejaka depan mata, gunung berapi meletus belum tentu sedar.

Haura yang berada disebelah Mawar menyiku pinggang Mawar agar keluar daripada khayalan.

Tersentak Mawar lalu,
   "Ar... erm... haa.. okok. Baik, terima kasih maklumkan." Tergagap-gagap Mawar membalas arahan Luthfan.

Luthfan merasa hairan namun dibiarkan sahaja dan dia meminta untuk pamitkan diri ke kantin terlebih dahulu kerana Daiyan menunggunya di sana. Mahu kena baham dengan Daiyan jika tidak tepati masa.

"Aduh!", jerit Mawar sedikit kuat apabila bahunya dicubit oleh ketam tidak berhabitat.

"Lain kali, ushar anak teruna orang lagi. Tak berkelip mata pandang si Luthfan tu. Berdosa tahu tak.", nasihat Haura.

Mawar mengusap bahunya yang terasa pedih.

"Bukan salah aku, salah dia sebab handsome sangat.", jawab Mawar sebagai alasan. Dah baling batu sembunyi tangan. Tunding pula orang lain.

"Aku tengok biasa je.", nafi Haura.

"Kau lain citarasa, aku lain. Walaupun aku cemburu bila dapat tahu sahabat aku duduk serumah dengan saudara Luthfan tu, tapi aku tahu sahabat Haura ku tidak akan merampas bakal suami ku. Ye dok?", madah si Mawar dengan mukanya yang sengaja dibuat-buat.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now