تقدير

170 11 2
                                    


Luthfan bercadang mahu menemani Dheos manakala Mawar dengan rela hati mahu menemani sahabatnya. Malam hampir larut, ibu bapa Luthfan dan Puan Arissa telah pulang ke kediaman masing-masing.

Di bilik 1650, Mawar memerhati wajah Haura yang sedang berehat itu. Pasti kesakitan yang Haura hadapi amat pilu namun Allah tidak akan pernah menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuannya.

"Haura, aku tahu kau kuat. Harraz tengah tunggu ummi dia bangun. Kau jangan menyerah kalah. Haura....."

Mawar menggenggam jari Haura dengan lembut. Kelenjar lakrimal Mawar mula merembeskan cecair jernih.

"Aku tak suka tengok kau sakit..... Aku sedih. Aku rasa bersalah. Haura, kau kata kau nak tengok anak aku. Jadi, jangan tidur lama sangat tau. Aku tunggu kau. Laela saedah. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini."

Mawar memperkemaskan komforter pada badan Haura lalu duduk di atas kerusi malas untuk melelapkan mata. Namun, tidak sempat dia beradu kedengaran bunyi pintu bilik diketuk.

Mawar memandang daun pintu. Luthfan rupanya.

"Kenapa bang?", soal Mawar sambil menenyeh matanya. Mengantuk sangat tu.

"Haura macam mana? Ada berita baik?", ujar Luthfan seraya mengusap kepala si isteri yang sedang duduk di kerusi malas.

"Hurm..... Macam ni jelah.", jawab Mawar ringkas.

"Dheos dah sedar. Dia tengah solat.", selamba Luthfan menyatakan keadaan Dheos.

Terbeliak mata Mawar mendengar khabar tersebut. Dia terus memandang Luthfan.

"Alhamdulillah. Mawar nak tengok dia boleh?", pinta Mawar. Walaupun Dheos hanya saudara Luthfan namun dia merupakan orang yang Luthfan sayang. Siapa dan apa yang si suami suka pasti Mawar akan turut suka.

"Esok lah sayang. Dah lewat malam ni. Mata Mawar pun dah makin sepet. Sayang penat kan, tidur dulu. Esok ya.", cadang Luthfan.

Bukan dia tidak tahu kondisi si isteri yang baru sahaja kehilangan cahaya mata pertama ditambah pula sahabat sehidup-semati sedang bertarung nyawa.

"Okey bang. Mama papa dan tunang dia dah tahu ke?"

"Belum lagi. Abang cadang bagitahu esok je. Sebab dah lewat, risau diorang decide nak cakap gan Dheos pula. Tak cukup rehat Dheos nanti.", ujar Luthfan. Risau mereka menelefon Dheos.

Mawar mengangguk faham. Ada betul apa yang si suami bicarakan.

"Kalau macam tu, Mawar lelap dulu. Abang jangan tak rehat. Nanti Dheos yang jaga abang bukan abang jaga Dheos.", nasihat Mawar kepada Luthfan.

"Iya sayang ku si bunga Mawar. Lepas ni abang rehat lah. Oh! Esok pagi Mawar ikut abang ambil Harraz kat wad kanak-kanak. Doktor kata boleh keluar dah. Nanti Mawar letak Harraz sebelah Haura. Mana tahu kuasa Allah, buatkan Haura semakin kuat untuk lawan.", maklum Luthfan.

"Boleh boleh.", teruja Mawar. Bersyukur rasanya apabila mengetahui bahawa Harraz Ibad dalam keadaan yang baik.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Di bilik 1655......

Luthfan sedang mengalunkan bacaan Yaa Siin. Tiba-tiba dia terlihat mata Dheos mula mencelik sedikit demi sedikit. Lantas dia melafazkan 'Sodaqallahul 'aziim'.

"Dheos", Luthfan memanggil nama Dheos. Dengan segera dia memanggil jururawat yang berada di kaunter untuk memaklumkan keadaan Dheos yang sudah sedar.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىМесто, где живут истории. Откройте их для себя