Ops!

226 15 4
                                    

"Kau siapa?", soal Daiyan.

"Tolong aku... ", kata perempuan itu namun kata-katanya tidak dapat dihabiskan lalu dengan serta-merta dia rebah ke lantai.

Daiyan yang kehairanan mula mendekati perempuan berambut panjang tersebut. Wajahnya hampir tertutup kerana rambut itu.

Tiba-tiba, seorang lelaki tua menegurnya lalu berkata,
"Jangan tolong perempuan itu. Sungguh dia telah mengotori dirinya dengan maksiat dan boleh jadi kau akan ditarik bersama", kata lelaki tua itu.

"Jika begitu, ada bagus aku menolongnya supaya dia dapat berubah", jawab Daiyan.

Lelaki tua itu pergi ke arah perempuan yang rebah tersebut dan memaksa perempuan itu menunjukkan wajahnya. Daiyan yang melihat tindakan lelaki tua itu cuba untuk meleraikannya namun, dirinya ditolak dan terjatuh ke lantai.

"Sekarang, kau perhatikan muka yang jijik ini. Benarkah kau mahu menolongnya?", soal lelaki tua itu dengan nada memerli.

Daiyan tergamam dan terkejut apabila melihat wajah wanita tersebut, lantas air matanya mengalir dengan deras. Dia cuba untuk membantu wanita tersebut namun, semakin dia menghampiri, semakin jauh langkahnya. Suara tawa daripada lelaki tadi mula bergema dan amat bingit sekali serta wajahnya mula menjadi hodoh.

"Diam! Diam! Kau jangan ganggu aku untuk tolong dia. Abang akan tolong...."



"Allahhu akbar! Huh ...huh... huh... huh.... Ya Allah. Mimpi yang sama lagi.". Daiyan terbangun daripada tidur setelah mimpi yang sama sering berlayar dalam tidurnya. Dia meraup wajahnya dan melihat jam di tangan yang baru menunjukkan Jam 0315.

"Awal lagi, sempat aku solat dulu."

Daiyan bangun daripada katilnya dan menutup penyaman udara. Suhu pada waktu itu sudah cukup sejuk baginya.

Selesai solat, Daiyan duduk di tikar sejadah dan mula memikirkan setiap babak dalam mimpinya yang acap kali berulang. Terbit beberapa soalan yang dia sendiri tidak mampu untuk menjawabnya dan yang pasti,

Siapakah perempuan itu?

Daiyan tidak mampu untuk mengingati wajahnya tetapi dia membahasakan dirinya sebagai 'abang' di dalam mimpi tersebut. Dia anak tunggal, mustahil adiknya.

"Kenapa dia minta tolong aku? Kenapa aku menangis bila tengok muka dia? Siapa orang tua tu? Hish!!! Pelik-pelik betul mimpi ni. Baik aku ulang kaji lagi bagus."

Buku latihan Kimia Tingkatan 5 diambil daripada para-para yang ditempah khas buat Daiyan supaya lebih selesa untuk belajar. Para-para itu penuh dengan buku-buku pelajaran yang sering digunakan olehnya.

Suasana bilik Daiyan dihiasi dengan alunan bacaan Al-Quran dan berlatar belakangkan bunyi Raindrops. Ketenangan tersebut mampu mendamaikan segala masalah yang menimpa  dirinya buat sementara waktu serta fokus Daiyan perlu kepada Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Memandangkan hari tersebut ialah hari minggu, maka Daiyan bercadang untuk keluar bersama Luthfan ke pusat membeli belah. Jangan salah anggap pula, Daiyan ke sana untuk pergi ke kedai buku kegemarannya sahaja.








"Jap jap. Lagi... 5 minit aku sampai. Tadi ada kemalangan, itu yang beratur sikit tu.", kata Luthfan dalam panggilan telefon.

"Aku tunggu kat tempat biasa. Dah sampai call aku.", jawab Daiyan.

Dia mematikan panggilan dan memerhati persekitarannya yang penuh dengan orang. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatiannya dan berhasrat untuk ke sana.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now