BMX

136 13 0
                                    


Doktor Asiff selaku sahabat kepada abah Daiyan merawat anak sahabatnya yang dikhabarkan sakit. Tekanan darah diambil dan bacaan suhu melalui telinga Daiyan. Hampir 10 minit pemeriksaan kesihatan dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesilapan atau terlepas pandang ke atas Daiyan.

Puan Maryam hanya tunggu diluar sahaja. Dia membiarkan kaum Adam yang menemani anak saudaranya.

Setelah pemeriksaan selesai, Encik Ilyas membuka mulut.

"Teruk ke demam Daiyan, doktor?", soalnya.

"Alhamdulillah tak teruk mana cuma nasihat saya perbanyakkan minum air dan jaga pemakanan. Sekarang cuaca tak berapa baik dan kalau boleh pantau Daiyan sebab .... saya rasa macam ada yang kena.", kata Doktor Asiff.

"Kenapa doktor?", soal Encik Ilyas kembali.

"Saya bukan nak masuk campur urusan keluarga encik, cuma saya sebagai sahabat baik Doktor Fakhirudin. Dia ada bagitau saya serba sedikit berkaitan beberapa kejadian pelik dan masa saya dalam perjalanan ke sini, ada sebuah kereta hitam ikut daripada belakang. Mula saya husnudzon yang rumah dia kawasan sini tapi.....", Doktor Asiff memberhentikan bicara lalu bergerak ke arah beranda bilik Daiyan.

Langsir diselak sedikit.

"Kereta tu park betul-betul depan rumah ni. Saya risau jika dia perompak. Jadi, saya pinta untuk buka pagar awal-awal supaya saya boleh masuk. Nasib ada Pakai Manaf jaga kat depan pagar"

Panjang Doktor Asiff menceritakan kecurigaan yang berlaku kepadanya. Luthfi dan Luthfan melihat kereta tersebut.

"Buat kerja tak clean. BMX 3675.", ujar Luthfi. Bajet penyiasat pencen tidak bergaji. Ketajaman mata Luthfi boleh tahan.

"BMX? Macam pernah dengar lah. Tapi kat mana ya?", kata Luthfan pula setelah mendengar abangnya berkata. Jari dimainkan pada dagu.

"Apa-apa pun, jaga diri. Terutama sekali Daiyan. Kita tak tahu jarum ada di mana. Sekali cucuk padah jadinya.", putus Doktor Asiff sambil mengemas alatannya semula.

Mereka bertiga setuju dengan kata-kata Doktor Asiff. Daiyan masih lagi tidak sedarkan diri.

Mereka berempat turun ke tingkat bawah untuk menghantar Doktor Asiff ke muka pintu.

"Oh ya! Sebelum tu saya nak tanya, siapa tu?", soal Doktor Asiff dengan menunjukkan muka ke arah Haura yang sedang membasuh pinggan di dapur.

"Itu anak kawan saya. Rumah mereka terbakar beberapa minggu lepas. Jadi, saya bawa mereka duduk sini. Lagipun, anak kawan saya istimewa. Saya tak sampai hati nak biar mereka macam tu saja.", terang Puan Maryam dengan kisah yang benar.

"Ouh... Baguslah ada peneman. Risau juga saya kalau Daiyan masih duduk sorang. Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum.", pamit Doktor Asiff.

Walaupun Daiyan berumur 17 tahun tetapi semakin dia membesar semakin kuat ancaman yang bakal berlaku. Semuanya hanya menunggu masa.

"Waalaikumusalam.", balas mereka berempat.

Setelah itu mereka melakukan kerja masing-masing. Encik Ilyas mula melakukan tugasnya seperti yang dia rancang demi keselamatan anak saudaranya. Rahsia.

 Rahsia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now