Cringe

122 10 0
                                    

"Ummi, akak nak keluar sekejap malam ni. Lepas Isyak.", pinta Haura.

"Seorang ke?", soal Ummi semula.

"Dengan Kak Hanan dan adiknya.", jawab Haura jujur.

"Jangan balik lewat sangat. Harraz nanti rindu, lagipun bahaya anak dara keluar lewat malam.", pesan Ummi risau. Manakan tidak jika Haura seorang sahaja anak perempuan nya.

"Baik Ummi. Akak ingat pesan Ummi. Hehehehe tapi sepanjang akak keluar Ummi tengok-tengokkan Harraz kejap tau.", ujar Haura pula.

"Iya. Ummi tak tinggallah cucu Ummi yang sorang ni.", kata Ummi dengan membetulkan rambutnya ala ditiup angin.

Jam 2055

Haura melihat jam tangannya. Dia sudah pastikan Harraz mendapat susu yang secukupnya sebelum ditidurkan. Susu yang telah dipam, diletakkan di dalam peti sejuk jika Harraz terjaga sepanjang dia tiada. Kuat minum susu sejak membesar baby Harraz ni.

Haura menuruni anak tangga, pada masa yang sama bunyi notifikasi daripada aplikasi Whatsapp menarik perhatian Haura. Dia menekan ikon hijau tersebut dan melihat isi maklumat.

Noah adik Kak Hanan

Assalamualaikum,
saya dah sampai.

#-#-#-#-#-#

Haura menutup semula telefonnya dan menuju ke muka pintu.

"Ummi, akak keluar dulu. Harraz ada dekat atas tengah tidur. Susu akak dah letak dalam peti sejuk kalau Harraz terbangun. Assalamualaikum Ummi.", ujar Haura sambil memakai kasut sneakers pemberian Ummi.

"Waalaikumusalam, jaga diri, jangan balik lambat.", pesan Ummi buat kali terakhir. Tangan kekur dicium oleh Haura.

Kereta Honda Civic putih milik Noah, mungkin, berada dihadapan rumahnya. Kelihatan daripada cermin tingkap kereta, Noah memakai baju kemeja berwarna putih dan cermin mata hitam.

'Ada matahari ke malam ni? ', monolog dalaman Haura apabila melihat gaya Noah. Ini pertama kali dia berjumpa dengan Noah tetapi, dimana Kak Hanan?

Haura masih berdiri di luar kereta. Dia masih memikirkan sama ada mahu masuk atau tidak kerana kelibat Kak Hanan tidak kelihatan.

Tiba-tiba cermin tingkap diturunkan pada bahagian sisi penumpang.

"Awak, kenapa tak masuk? Nak saya bukakan pintu ke? Manjanya dia.", ujar Noah dengan senyuman manisnya.

Ini kalau Mawar tengok senyuman Noah mesti cair. Wajah maskulin milik Noah lebih terserlah dengan bibirnya yang jambu ditambah pula apabila dia tersenyum.

"Erm... Kak Hanan mana? Kata kakak ikut.", soal Haura tidak selesa.

"Oh, lupa saya nak bagitahu awak. Kak Hanan tak dapat ikut sebab ada hal. Jadi, kita dua je.", maklum Noah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serba salah agaknya kerana tidak memaklumkan perkara itu sejak awal.

Haura memandang sisi bahunya untuk berfikir sejenak sama ada mahu pergi atau tidak. Sudahlah naik kereta berdua, malam pula tu nanti ada yang ketiga.

"Awak, menung apa tu? Marilah masuk. Jangan risau lah, saya memang ajak awak keluar untuk kenal-kenal je. Masuk lah...", ujar Noah dengan mimik muka comel.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now