Terasa

188 13 6
                                    

Haura termenung memikirkan sesuatu yang mungkin akan terjadi atau mungkin juga tidak. Sedang Huzaifah asyik bermain di taman permainan, Haura hanya memerhati sahaja gelagat adik istimewanya.

Dia tahu bahawa Huzaifah akan membesar namun tumbesaran adiknya bukanlah seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Haura dan Huzaifah kelak akan menjadi dewasa dan Umminya akan mula beruban. Tiada upaya lagi untuk Ummi menjaga adiknya kerana itu Allah SWT mengirimkan Haura di dalam keluarga ini. Ini bermakna, Haura perlu berada dekat dengan keluarganya dan jangan sesekali meninggalkan mereka.


"Ummi perlukan aku, Huzaifah perlukan aku. Aku perlukan Allah SWT. Aku tak boleh lemah. Aku tak boleh sedih. Ibtisam.... Senyumlah... isk... isk... isk..."

Haura mengesat air mata yang cuba mengalir pada pipinya, meskipun dalamanya sedang meronta untuk menjadi seperti remaja lain yang bebas daripada memikirkan masalah sepertinya.

Melihat Huzaifah yang sedang bergembira membuatkan Haura mampu untuk menzahirkan senyuman walaupun keadaan menyukarkannya.

"Akak!".

Jeritan Huzaifah mematikan lamunan Haura dan pantas ke arah adiknya.

"Akak!akak! erm!kak..erm!!"

Haura berlari ke arah punca suara dan mendapatkan adiknya. Pergelutan antara Haura dan seorang lelaki berpakaian serba gelap menjadi tarikan orang awam. Adiknya yang berada di tengah-tengah mula menunjukkan reaksi luar kawalan.

"Lepaskan adik aku!", bentak Haura dengan nada suara yang tinggi.

Orang awam yang lalu lalang hanya melihat saja kejadian tersebut kerana Huzaifah merupakan budak istimewa dan bagi mereka tiada guna.

Lelaki bertopeng tersebut tidak mahu melepaskan Huzaifah tetapi Haura tidak mengalah, dia memijak kaki lelaki tersebut dan menolok sehingga jatuh. Akhirnya lelaki tersebut berlari meninggalkan mereka itu namun...

"Adik! Adik! Akak ada ni!", Haura mengoncang badan adiknya yang tiba-tiba mengeras dan menampar (smack) bibirnya sendiri secara berulang kali. Mata Huzaifah juga memandang ke atas. Haura mula risau dan mula menjerit untuk meminta tolong.

"Tolong! Tolong! Tolong! Ya Allah... Kau selamatkanlah adik ku Ya Allah...", teresak-esak Haura menangis kerana dia tidak mampu menolong adiknya yang sedang mengalami sawan 'petit mal'.

Dengan izin Allah SWT, hadir seorang perempuan yang kebetulan sedang melalui kawsan tersebut. Dia memberhentikan kereta dan menolong Haura mengangkat adiknya yang terbaring.

Tidak dia kisah siapapun yang datang membantu, yang penting adiknya dapat diselamatkan. Hanya itu yang Haura inginkan.

Haura duduk di bahagian belakang sambil meriba kepala adiknya dan semakin laju air matanya menuruni lalu menitis di atas muka Huzaifah.


Haura duduk di bahagian belakang sambil meriba kepala adiknya dan semakin laju air matanya menuruni lalu menitis di atas muka Huzaifah

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىDonde viven las historias. Descúbrelo ahora