Tolong!

118 15 0
                                    

Mak Mah sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja. Puan Arissa pula meringankan tulang untuk membantu Mak Mah yang sudah berumur.

Sudah hampir 4 bulan mereka sekeluarga duduk menumpang di rumah Daiyan, apabila Puan Arissa mahu membayar sewa mereka menolak kerana ini ialah sedekah katanya.

Haura yang sedari tadi hanya duduk terperap di dalam bilik, selalunya dia ringan sahaja untuk bersama Mak Mah dan Puan Arissa di dapur. Puan Arissa tidak menyangkal apa-apa kerana dia tahu sejak kelas tambahan dijalankan, Haura selalu pulang lewat dan dia terpaksa mengubah jadual belajar agar sesuai dengan situasi.

Huzaifah pula semakin menjadi manjanya dengan Haura sejak kebelakangan ini. Kadang kala, bilik Haura diterjahnya walaupun kakaknya penat tapi tetap dilayan juga.

"Rissa, Mak Mah rasa boleh panggil diorang makan dah.", ujar Mak Mah.

"Kalau macam tu, Mak Mah call Daiyan. Rissa panggilkan anak-anak Rissa.", cadang Puan Arissa.

Mak Mah memgangguk lalu menggapai telefon pintarnya untuk menelefon Daiyan manakala Puan Arissa pula menelefon Haura. Huzaifah ada di ruang tamu sejak tadi lagi kerana mengikuti Umminya ke tingkat bawah.

Hampir tiga kali Puan Arissa membuat panggilan tetapi semuanya tidak berjawab. Puan Arissa fikir bahawa Haura pasti tertidur selepas solat Isyak tadi. Jadi, dia bergerak ke tingkat 2 untuk mengejutnya.

Puan Arissa memulas tombol pintu tetapi berkunci. Dia cuba mengetuk agar Haura bangun tetapi masih sama. Senyap.

"Kakak? Jom makan. Mak Mah dah siap masak. Ummi tahu akak penat tapi isi perut dulu nanti masuk angin pula. Akak?", panggil Puan Arissa tetapi tiada maklum balas. Maka, Puan Arissa fikir yang Haura penat sangat.

Apabila dia mahu melangkah pergi, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu barang yang jatuh daripada bilik anaknya.

Dia berasa hairan lalu memanggil Haura semula.
"Akak? Akak? Kenapa tu? Akak dah bangun ke?"

Perasaan Puan Arissa semakin gusar, mana tahu jika anaknya pengsan atau sebagainya. Sudah pintu berkunci.

"Mak cik, kenapa tu?" Daiyan yang baru menuruni anak tangga menyapa Puan Arissa.

"Haura ni. Tadi mak cik call tak angkat, mak cik panggil tak nyahut. Ingat dah tidur, mak cik pun nak turun tapi tiba-tiba dengar bunyi benda jatuh. Risau pula rasanya.", ujar Puan Arissa dengan reaksi risau.

Daiyan pula cuba menelefon Haura.

Deringan telefon daripada bilik Haura didengari daripada luar namun tidak berjawab.

Kini, giliran Daiyan pula memanggil Haura.

"Haura. Oh Haura. Bangunlah makan, nanti sakit Ummi kau juga susah. Haura? Bang..."

ARGH!! ERM!!

Jeritan yang datang daripada bilik Haura merupakan suara Haura. Kini, keadaan menjadi semakin tegang.

"Haura!!! Kau kenapa?! Haura!" Daiyan menaikkan suaranya seoktaf memanggil Haura. Dia pasti, ada yang tidak kena. Pintu yang bilik cuba ditendang berkali-kali.

Puan Arissa pula sudah semakin panik, dia memanggil Haura agar ada sahutan seterusnya.

TOLONG!!!!!!!

Haura menjerit daripada dalam dengan suara yang tinggi. Tidak semena, bunyi barang-barang saling berlanggar dan jatuh. Terdengar seperti pukulan dan hentakan yang kuat daripada dalam.

Perkara itu menambah panik si ibu. Daiyan cuba bertenang untuk memikirkan cara lain. Kunci pendua pula dia sendiri tidak tahu di mana kerana dia hanya duduk bilik tingkat 3.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now