Baba

298 16 0
                                    

Walaupun hidup Haura tidak seperti yang dilihat namun, baginya cukup Ummi sebagai pengarang jantung kebahagiaan. Setelah setahun Baba pergi meninggalkan mereka tiga beranak, Puan Arissa perlu mengerah segala kudrat demi menjaga dua orang anaknya.

Puan Arissa yang sedang menguli doh di dapur dipandang oleh Haura dengan pandangan sayu. Sudah lama dia ingin menyampaikan hasrat ini dan bertekad mahu berbincang dengan Umminya kali ini. Haura berjalan ke arah Ummi sambil membawa secawan air teh suam yang dibuat semasa berada di dapur kering.

"Ummi.", Haura menghulurkan cawan itu dan bersila di tepi Puan Arissa.

"Terima kasih kakak.", balas Puan Arissa dengan sekuntum senyuman manis lalu menyambut huluran cawan itu.

"Sama-sama Ummi.... akak nak cakap sikit boleh?", pinta Haura.

Puan Arissa yang sedang sibuk menguli kini memberhentikan tindakannya dan memandang anak daranya yang sudah semakin matanv. Senyuman manis masih terukir pada muka Puan Arissa.

"Kakak nak cakap apa?", soal Ummi.

"Sebenarnya akak nak cakap.... Kalau akak ambil tempahan kuih daripada cikgu-cikgu akak, ummi marah tak?", nyata Haura dengan pandangannya ke lantai.

Puan Arissa tersenyum dengan kata-kata Haura.
"Kenapa Ummi nak marah kalau akak nak tolong Ummi?"

Haura yang tadinya memandang lantai kini mengangkat wajah dan tersenyum ke arah Umminya.

"Akak takut menyusahkan Ummi. Tempahan yang Ummi dapat kat tempat kerja Ummi pun dah cukup banyak, nanti kalau Ummi penat macam mana? Akak tak nak Ummi sakit. Akak ada Ummi je.", kata Haura tanpa sedar matanya mula berkaca.

Puan Arissa lantas bangun untuk membersihkan tangannya dan memegang bahu Haura. Puan Arissa tahu betapa akrab hubungan suaminya dengan Haura. Dalam keadaan Puan Arissa sedang sakit kerana melahirkan Huzaifah, umur Haura pada ketika itu ialah setahun. Maka, hampir 24 jam Haura melekat dengan arwah babanya tambahan lagi Huzaifah harus diberikan keutamaan pada waktu itu kerana kelahirannya yang pra-matang.

"Akak rindukan baba... ummi.. baba selamatkan di alam sana.", kata Haura dengan nada sayu walapun dia tahu bahawa jawapan yang sama bakal Ummi berikan.

"Kalau akak rindu baba.... akak banyakkan berdoa untuk baba, akak jaga diri akak sebagai perempuan, akak jadi anak yang solehah dan hamba yang bertaqwa. Ummi pun rindu baba tapi Allah SWT lagi sayang baba, baba orang yang baik. Kita doakan untuk baba sama-sama.", jawab Puan Arissa sambil mengusap kepala Haura supaya dia lebih tenang.

Haura memeluk Ummi untuk melepaskan segala kerinduan walaupun sudah setahun pemergian baba dalam keluarga mereka. Setelah Haura tenang, baru dia melepaskan pelukan dan tersenyum kembali.

"Ummi, esok akak ambil tempahan daripada cikgu-cikgu akak tau. Akak nak tolong Ummi. Akak janji, lepas akak siapkan semua kerja sekolah, akak tolong Ummi buat kuih.", janji Haura kepada Umminya sambil menghulurkan jari kelingking sebagai ikatan janji. Puan Arissa menyahut ikatan janji itu. Pinky promise.

"In syaa-Allah", kata mereka serentak.

Malam itu menjadi saksi akan kesedihan dan kepiluan yang dalam bagi diri Haura walapun luarannya nampak seperti seorang yang kuat. Jika senyumannya mampu mengembirakan orang, maka akan dia terus tersenyum demi Allah SWT.

Haura Ibtisam memberi makna senyuman wanita yang berkulit putih.


Haura Ibtisam memberi makna senyuman wanita yang berkulit putih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now