Sewa

154 15 2
                                    


Bip. Bip. Bip. Bip.

Degupan jantung yang normal menenangkan Puan Arissa setelah mendapat khabar berita bahawa rumah pemberian si suami hangus terbakar.

"Haura!!", jerit Puan Arissa apabila dia keluar daripada kereta. Dia melihat Haura berlari ke dalam rumah yang sedang marak apinya.

Bergegas Puan Arissa mendapatkan Haura namun terlambat kerana anaknya lebih pantas memasuki pintu rumah tersebut.

"Pak Man, tolong anak saya. Dia kat dalam tu... Ya Allah... Allah... Allah...", hampir menitis air mata Puan Arissa apabila dia melihat api semakin marak dan asap yang memekat.

Pak Man terus memasuki rumah tersebut bersama beberapa orang yang lain bagi memastikan jalan yang mereka lalui selamat.

Setelah beberapa minit, Puan Arissa terlihat Pak Man sedang menggendong Haura dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Cepat-cepat dia menuju ke arah Pak Man untuk melihat keadaan Haura. Pak Man mengatakan Haura harus dikejarkan ke hospital kerana dia telah menghidu banyak asap.

Puan Arissa menelefon pihak hospital untuk meminta bantuan. Selang beberapa minit, pihak Bomba datang memadamkan api di rumah Puan Arissa setelah salah seorang daripada warga kampung menelefon meminta bantuan.

Tidak sampai 5 minit, ambulans pula kelihatan. Haura dihantar ke hospital tanpa Puan Arissa temani kerana dia perlu menguruskan hal yang berlaku di rumahnya dahulu.

"Rissa, tasbih ni Pak Man jumpa masa selamatkan anak kamu." Pak Man menghulurkan tasbih putih bercorak garis hitam kepada Puan Arissa.

"Ini tasbih arwah suami saya.", kata Puan Arissa lalu mengambil tasbih itu.

"Pak Man rasa, Haura cuba selamatkan tasbih peninggalan arwah suami kamu sebab masa kami masuk, tasbih ni ada pada tangan dia", jelas Pakai Mana dengan muka sedih. Dia tahu betapa akrabnya hubungan Ariff dengan anak perempuannya itu.

 Dia tahu betapa akrabnya hubungan Ariff dengan anak perempuannya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Akak... Bangun sayang. Jangan tinggalkan Ummi sorang-sorang. Ummi tak kuat", bisik Puan Arissa dengan suara yang bergetar. Dia tidak hairan jika perangai Haura hampir sama dengan arwah suaminya kerana eratnya hubungan mereka sesama anak-beranak.

Haura masih tidak sedarkan diri sejak rawatan diberikan cuma keadaan Haura masih stabil setakat ini tanpa apa-apa komplikasi.

Huzaifah berada di bawah jagaan pengasuh, Mak Ita, jadi semasa kejadian Huzaifah tiada di situ. Lega Puan Arissa. Namun, Haura pula yang dirisaukan.

Knock. Knock.

Mawar meminta izin kepada Puan Arissa untuk menziarahi sahabatnya. Puan Arissa meninggalkan mereka berdua. Mawar mengambil tempat di sisi Haura dan menggenggam jari jemari halus milik Haura.

"Haura.", panggil Mawar. Air matanya sudah mula bertakung.

"Haura bangun tau. Jangan rehat lama sangat nanti ketinggalan topik-topik penting. Kalau... kau tak bangun, aku tak nak pergi sekolah.", arah Mawar tetapi hanya perabut sahaja yang mendengar segala yang dibicarakan.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now