Bab 33 | Mengandung

5.9K 213 20
                                    

Aku meraba-raba sekeliling cuba mengecam dimana aku berada tika ini. Atas katil?

Aku buka mata perlahan-lahan, keadaan sekeliling aku tidak lagi asing di pandangan mata. Aku dalam salah satu bilik wad hospital. Aku panggung kepala ke depan dan lihat jam sudah menunjukkan pukul.... 8 malam?

Aku bangkit dari perbaringan tergesa-gesa. Terkejut bila sedar berapa lamanya aku terlantar atas katil hospital ini.

"Auchhh!" Kepala yang sakit mencengkam aku pegang.

"Eh Inaraa awak dah sedar? Jangan paksa diri, awak baru sedar so try to relax first."

Aku kembali rebahkan diri. Sakit kepala kerana tergesa-gesa bangkit dari perbaringan. Wajah doktor yang bersuara tadi aku pandang.

Doktor Zafril?

"Macam mana saya boleh ada kat sini?" Soal aku pada doktor itu.

"Awak rasa? Awak pengsan Inaraa dari pukul 11 pagi tadi dan sekarang jam sudah pun pukul 8 malam. Lena betul awak tidur." Kata doktor Zafril dengan nada mengusik.

Aku berkerut tidak suka dengan usikan lelaki itu. Dalam kepala aku sudah mencongak macam-macam tuduhan dan amarah Rayyan bila aku lama menghilang diri macam ni.

Perlahan-lahan aku bangkit dari perbaringan. Selimut melorot turun mendedahkan keadaan aku yang hanya bersleeveless.

Tersenyum kecil aku bila lihat doktor lelaki itu segera memalingkan mukanya ke kiri. Telinganya kemerah-merahan. Polosnya doktor ini. Macam tak pernah tengok pula perempuan seksi.

"Boleh tolong passkan jaket saya?"

Tanpa banyak soal doktor Zafril terus ambilkan jacket aku yang terletak atas sofa dan dihulurkannya pada aku.

"Thanks."

"Awak ingat apa nama awak? Di mana awak berada sekarang? Dan berapa tarikh hari bulan hari ini?" Tanya doktor lelaki itu. Sekadar prosedur biasa untuk menilai tahap kesihatan aku secara dasarnya.

Walaupun rimas dengan soalan bertalu-talu itu, aku jawab juga kesemua soalannya. Terangguk-angguk kepala doktor itu berpuas hati dengan jawapan yang diterima.

Aku kawal diri dari menghamburkan tawa bila doktor Zafril sendiri tidak pasti berapa tarikh hari bulan hari ini. Dikerlingnya jam tangan pada pergelangan tangan untuk memastikan jawapan aku tadi.

"So apa yang tak kena dengan saya?" Soal aku setelah selesai menyarungkan jacket pada tubuh.

Lelaki itu berdehem sebelum bersuara. "Awak keletihan yang melampau dan tekanan emosi yang tidak stabil juga menyumbang kepada awak hilang kawalan terhadap tubuh awak tiba-tiba. Atau in medical term kita cakap aliran darah tidak mencukupi ke otak. Mujur saya sempat tangkap awak, kalau tidak mungkin akan ada kesan lain yang lebih teruk pula."

Patutlah aku tidak merasa hentakan keras ketika pengsan tadi. Jadi doktor Zafril yang memanggil nama aku tadi? Dan dia yang sambut tubuh aku dari rebah? Aku jadi tertarik untuk mendengar lebih kata-kata yang dituturkan seorang doktor muda ini.

"Kesan lebih teruk? Maksud awak?"

"Boleh jadi hentakan kepala pada objek keras. Contohnya kerusi dan lantai cement. And lagi satu... kecedaraan pada kandungan awak."

Dahi aku berkerut. Tidak dapat tangkap masuk doktor ini. "Kandungan apa?"

"You're pregnant Inaraa."

Terpana aku dengan satu ayat itu. 'Aku mengandung?' Jadi betullah telahan doktor itu semalam? Spontan mata aku pandang ke arah perut aku yang kempis. Aku usap-usap perut yang sudah ada satu nyawa bercambah di situ perlahan.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now