Bab 23 | Perhitungan

8.4K 148 10
                                    

Rayyan yang sedang tenang memandu aku pandang dengan riak tidak puas hati.

Keluar saja dari KLCC tadi, Rayyan terus membawa aku ke sebuah restoran western bagi menikmati makan malam.

Bagi menunjukkan protes terhadap sikap Rayyan, sepanjang waktu makan aku langsung tidak bersuara dengan harapan Rayyan akan mula membuka bicara antara kami. Malah tika memesan makanan pun aku cuma menunding jari pada buku menu yang diberikan, sudah tidak peduli dicop sombong sekalipun. Namun hampa, sampai kesudah masing-masing menikmati makan malam tanpa sebarang suara. Hanya bunyi musik melatari makan malam kami.

Dan setelah hampir 10 minit kereta kembali bergerak atas jalan raya, Rayyan tetap senyap. Malah dia kelihatan tenang bagaikan langsung tiada masalah. Aku pula yang semakin sakit hati melihatnya.

Aku tak rasa aku mampu nak lakukan mogok suara dengan fikiran aku tidak berhenti-henti mengasak pelbagai persoalan dan kutukan dengan sikap aku yang terlalu mengikut rajuk diri. Sudahnya apa pun tak dapat!

Aku menghela nafas, cuba mengumpul kekuatan untuk bersuara setelah hampir sejam lamanya aku membisu.

"Ian! Sampai bila you nak buat silent treatment macam ni? Sampai bila kita nak macam ni? You tak penat ke? Kita kahwin tak sampai sebulan pun lagi tapi tempoh bergaduh kita lebih lama daripada tempoh berbaik can you even imagine how absurd is that? What kind of newlywed yang lancarkan mogok suara sampai berhari-hari macam ni?" Aku mulakan sesi bicara kami pada malam ini.

Diam. Rayyan tetap tidak bersuara.

Aku mendengus nafas kasar. Lemas dengan perangai Rayyan yang bagaikan menyesakkan dada aku. Rasanya lebih mudah jika kami bertengkar suara daripada bertengkar senyap sebegini. Aku tidak tahu apa yang bermain dalam kepala Rayyan.

"Ian! Can you please stop acting like a child and please act like your age? We're arguing and yeah that's normal but can we please argue fight bickering whatever like a real adult?? Stop with your fucking silent treatment!" Aku bersuara marah.

Tidak mampu lagi mahu bersabar dengan kereneh Rayyan yang bagaikan kebudak-budakan. Sepanjang usia pengenalan kami rasanya inilah merupakan kali pertama carutan keluar dari bibir aku. Belum pernah lagi aku semarah ini.

Nampaknya taktik aku menjadi. Rayyan mula bereaksi. Dia mendengus marah.

"Kau nak apa? Dah tak ada benda nak cakap, senyap je lah!"

"Oh tak ada benda nak cakap?? Dah yang you marahkan I sangat tu kenapa? Tadi pun kenapa you tak bagi tahu awal-awal yang kita nak pergi exhibition? Perlu ke you malukan I macam tu sekali? You tau tak betapa segannya I bila I sorang yang berpakaian luar alam? Kenapa you tak bagi tahu sebelum kita keluar rumah tadi Ian?"

Rayyan mendengus kasar. "Tak payah buat teruk lah. Soal pakaian je pun tak ada sapa nak kisah. Bukan event formal pun."

"Ian ni bukan soal formal ke tak but the facts that this is what happened when there is lack of communication among us, when clearly this can be avoided. Normal ke orang baru kahwin macam kita ni langsung tak ada komunikasi tak ada kemesraan? Come on Ian I know you're mad at me but have you realized that you've been mad at something which would never happened??" Nada aku mula meninggi.

Aku sudah tidak peduli sekalipun Rayyan mahu menurunkan aku ditepi jalan. Yang penting hati aku puas dapat meluahkan semua yang terbuku.

"You faham tak Ian yang marah you semua tu langsung tak berasas? Sebaik you angkat akad, semua dendam dan niat I tu terpadam macam tu sahaja. Malah I tekad untuk jadi isteri yang baik buat you dan I nak lupakan semua cerita lama tu. I admit it was my fault for not checking it out beforehand and melulu je tuduh you but I've also learned that itu semua tak akan terjadi kalau kita berterus-terang sebelum we're married Ian. Salah I sebab dengar cerita sebelah pihak je but..." di pertengahan kata aku menjadi sebak tiba-tiba.

Padamkan Ragu ✔️ जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें