Bab 18 | Realiti

9.7K 129 9
                                    

Usai bersarapan pagi dan mengemas meja apa yang patut, aku menyertai Rayyan menonton filem aksi english yang terpapar pada skrin televisyen.

Rayyan segera melingkar lengan pada bahu aku bila aku duduk menempel disisinya. Pandangannya langsung tidak beralih dari kaca televisyen.

"Tak bangun lagi Syira?" Soal Rayyan.

Aku menggeleng kepala. "Belum lagi... mengantuk sangat nampaknya dia. B lah malam-malam ajak budak tu main congkak la main dam lah main chess la mananya tak mengantuk dia!"

"Semalam sayang juga yang suruh I spend time dengan Syira. Ni I dah buat you merungut pulak?"

Aku tampar peha Rayyan. Geram bila Rayyan sengaja buat-buat tidak faham apa yang aku cuba maksudkan semalam.

"You ni... agak-agak lah nak spend time pun. Masa orang nak tidur jangan lah kacau. Tengok membuta lah budak tu nanti. Kang mama you tahu bising pulak dia." Aku meluah rasa tidak puas hati.

Sepulangnya kami dari makan malam semalam, kira-kira pukul 11 malam kami baru tiba di rumah. Insyirah yang ternampak pelbagai jenis mainan yang bersusun di satu sudut ruang tamu terus mendesak Rayyan untuk turut bermain sama.

Aku pula hanya turut sama sertai permainan mereka sesudah menyalin pakaian. Namun mata aku tidak dapat bertahan lama. Sedang rancak Rayyan bermain dengan Insyirah, aku meminta diri untuk masuk tidur dulu. Mujur saja Insyirah tidak memaksa untuk aku terus bermain.

Sedar-sedar saja subuh pagi tadi, Insyirah sudah elok terlentok dengan pakaian tidurnya. Pasti Rayyan yang menguruskan Insyirah. Sedikit pun tidur aku langsung tidak terkutik semalam. Insyirah yang sedang lena disebelah aku dengan kakinya elok naik atas tubuh aku juga langsung aku tidak sedar.

"Bila nak kemas-kemas beg? Jangan nanti you nak suruh I buat sorang-sorang pula.." aku bertanya kepada Rayyan.

Kami akan berangkat ke Macau esok, pagi hari Jumaat dengan tiket kapal terbang yang akan berlepas pada pukul 8 pagi. Rayyan sudah siapkan semua kerja dia yang tertunggak di sini jadi cuma tinggal bagasi pakaian kami yang masih belum berkemas.

"Ala nanti petang pun boleh.. malam pun ada masa lagi." Kata Rayyan dengan matanya langsung tidak berganjak dari skrin televisyen.

"Kalau boleh yang penting kita kemas awal-awal malam nanti tak ada lah kalut sangat... you nak drive pergi airport ke nanti?"

"Hm... I call teksi je kot. Tak rasa nak drive biar kereta park sana."

"Good! Pukul berapa nak gerak?" Aku menyoal lagi.

"6 pagi." Jawab Rayyan.

Nampaknya aku perlu masuk tidur awal malam ini. Aku juga perlu segera siapkan Insyirah dan menghantar dia ke rumah keluarga Rayyan lebih awal. Kalau lewat-lewat nanti risau pula Insyirah buat perangai nak ikut kami ke sana.

Baru aku mahu bangun nak mengemas apa yang patut, Rayyan menarik tangan aku lantas aku kembali terduduk rapat disisinya.

"B... I nak berkemas ni. Nanti rushing kita juga yang kalut." Ujar aku. Namun pelukan Rayyan pada bahu aku tidak aku cuba leraikan.

"Awal lagi... nanti I tolong kemaskan, sayang jangan lah risau."

Aku menghela nafas. Tidak boleh tenang selagi ada benda yang belum selesai. Lelaki memang macam ini ke? Kami hendak pergi ke Macau bukan dua tiga hari tetapi 12 hari!
Banyak benda yang nak difikirkan dan dibawa sama. Nanti ada apa yang tertinggal takkan nak patah balik ke sini?

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now