Bab 44 | Rayyan

7.6K 255 21
                                    

Dengan kepala yang masih terasa pening-pening lalat, Rayyan gagahkan juga untuk bangun berdiri. Hatinya terluka bila dia hanya mampu memandang wanita yang dicintainya melangkah pergi dari sini dengan perasaan kecewa dan tangisan berlinangan di pipi.

Dia tidak mampu nak menghalang langkah wanita itu. Keadaan dirinya yang dijatuhkan sebagai pesalah membuatkan dia terkelu tanpa kata. Bimbang kalau kata-katanya nanti bakal diputar-belitkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Dengan kepala yang masih tidak dapat berfikir dengan baik, baginya adalah lebih baik untuk dia berdiam diri daripada berkata-kata.

"I want to do a check up on myself and I beg you.." Rayyan berpaling pada Eliza. "To do the same." Hampir setengah jam berdiam diri, Rayyan bersuara pada manusia yang ada dalam bilik hotel itu.

Eliza yang mendengar kata-kata Rayyan itu terus bangkit berdiri. "No! I tak nak! You dah sedap-sedap sentuh I lepas tu nak tuduh I cuma reka cerita semua ni ke?? Ian you memang melampau!"

Seorang pegawai datang mendekat, cuba menenangkan situasi. "Bawa bertenang cik, semuanya boleh diselesaikan dengan baik."

"Nak selesaikan secara baik macam mana lagi?? Ian you kena bertanggungjawab atas apa yang you buat pada I!" Jerit Eliza lantang. Sudah tidak peduli dengan keadaan dirinya yang masih belum bertutup pada bahagian depan tubuhnya.

"Yes I will. Only after I've been proven guilty. I stand by my words Liza." Tegas aku.

Dengan kata-kata itu aku terus kutip wallet dan kunci kereta pada meja lampu. Rasa berbahang kalau lebih lama lagi dia berada di bawah satu bumbung dengan Eliza.

"Encik, encik tak boleh pergi macam tu saja selagi masalah ini belum selesai." Halang seorang pegawai yang bertugas bila Rayyan mula berura-ura nak pergi dari bilik hotel itu.

Rayyan mendengus marah. "Nak duduk je sini sampai bila?? Masalah boleh selesai ke kalau terkebil-kebil saja macam orang bodoh?"

Marah betul Rayyan bila langkahnya dihalang. Lagi berang bila mengingatkan betapa tegarnya manusia-manusia ini menelefon isterinya yang sedang bawa perut. Masih terbayang-bayang ditubir matanya riak wajah Inaraa yang kecewa tadi.

Tidak sabar dia mahu segera pulang dan peluk sayang rindu isterinya. Dia yakin dia tidak bersalah, dia mahu jelaskan perkara sebenarnya pada isterinya itu.

"Listen, I'm certain that I'm not guilty. I didn't do anything wrong. So aku nak buktikan semuanya ni cuma perangkap! Tu, baik kau confiscate telefon perempuan tu cek mesej phone call or anything. Cek dalam beg dia poket dia ke apa yang dia dah letak dalam minuman aku tadi. Kalau perlu, paksa dia buat urine test and check is there any sperm in her vagina. Kau nak cari kondom ke apa kau buatlah! Tapi aku tak nak duduk je macam orang bodoh kat sini."

Baru saja pegawai tadi mahu menghalang lagi langkah Rayyan, papa mencelah. Dia tidak mahu pegawai-pegawai itu terlalu mendesak anaknya. Dia tahu Rayyan tidka bersalah dalam hal ini.

"It's okay. You may contact our lawyer on this issue..."

Rayyan tidak terus pulang. Dia terus memandu ke hospital swasta berdekatan untuk request for immediate testing. Dia nak buktikan adanya kandungan dadah dalam dirinya yang dimasukkan tanpa sedar.

Dia begitu yakin ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Seingatnya, dia cuma keluar untuk berjumpa dengan Eliza atas urusan kerja di cafe Starbucks berhampiran kondonya tapi tiba-tiba pula Eliza minta tukar lokasi. Dia mengajak Rayyan untuk berjumpa di cafe hotel di tengah bandar raya KL. Tidak mahu membuang masa bertengkar dengan perempuan itu, Rayyan akur saja tanpa sebarang syak wasangka.

Tetapi tidak sangka pula perempuan itu begitu licik. Tidak sangka Eliza begitu tergamak mengkhianati hubungan persahabatan mereka hanya kerana tidak puas hati dengan Rayyan yang menolak cintanya buat sekian kalinya.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now