Bab 15 | Terbongkar

11.4K 163 24
                                    

"Muka sembab je Naraa? Tak tidur ke semalam?"

"Hah?" Tersentak aku bila nama aku disebut mama Rayyan tika kami sedang menikmati makan tengah hari di rumah keluarga Rayyan.

Rayyan pula tersedak. Cepat-cepat dia meneguk air jus carrot yang sudah tersedia dalam gelas.

Aku ketap bibir. Wajah Rayyan aku pandang tajam. Ini semua salah Rayyan!

Seusai checked out hotel pukul 12 tengah hari tadi kami bergegas ke rumah keluarga Rayyan yang terletak di Putrajaya. Mama Rayyan yang meminta kami segera ke mari memandangkan sanak-saudara Rayyan ada yang sudah mahu pulang ke rumah mereka masing-masing yang terletak di Johor, Kelantan dan ada juga yang datang dari Sabah.

Bagi menghargai kedatangan mereka ke majlis aku malam semalam aku paksa juga Rayyan untuk segera ke rumahnya. Kalau ikutkan Rayyan pasti tika matahari sudah tegak atas kepala pun kami masih berlingkar bawah selimut!

Penangan Rayyan. Sebelum masuk waktu subuh, kami mandi sama-sama. Bila dah mandi tu dah tentu bukan sekadar mandi kan? Iyaa Rayyan menyambung tujahannya dalam tandas hingga kaki aku lembik tidak mampu lagi tegak berdiri.

Subuh aku diimamkan Rayyan buat pertama kalinya. Syahdu je hening pagi bila kami sama-sama mengangkat tangan berdoa memohon perkahwinan kami mendapat keberkatan dan memohon agar tuhan sentiasa tetapkan hati.

Usai subuh aku cepat-cepat tanggalkan kain sembahyang. Kepala yang berat tidak cukup tidur membuatkan aku kembali merebahkan tubuh atas katil. Baru sahaja mahu terlelap, Rayyan menyentuh lagi aku. Sekali lagi dia meniduriku meskipun hanya sekejap permainannya. Walaupun dia kata tidak akan kacau aku tidur, namun bila dia menghenjut biarpun hanya dari belakang mana mungkin aku boleh terlelap?

Sudahnya kami sama-sama melempiaskan nafsu yang masih membara. Aku hanya dapat lelapkan mata selama 2 jam. Jam 11 pagi Rayyan sudah mengejutkan aku untuk membersihkan diri dan check out dari hotel yang kami diami itu. Gara-gara nafsu, sarapan pagi pun kami sanggup ketepikan. Mujur saja antara kami tiada seorang pun yang punya masalah kesihatan.

"Hai Rayyan baru first day dah buli menantu mama ke?" Sindir mama Rayyan.

Aku ketap bibir kuat. Segan bila aku dan Rayyan menjadi perhatian ahli keluarga Rayyan yang lain. Masing-masing mempamerkan muka mahu mengusik. Aku hanya menunduk segan. Nasi dalam pinggan makan aku cuma kuis-kuis hujung jari.

Rayyan pula beriak selamba. Sengaja cuba cover riak mukanya yang turut sama berbahang segan.

"Sudahlah tu Yah tak payah awak nak usik budak tu. Tengok dia nak makan pun tak senang ish kamu ni la.." papa Rayyan mencelah.

Mama Rayyan cuma mencebik. "Abang lelaki apa tahu? Tengok ni hah menantu mama awal-awal dah kena buli. Mata dia sembab je tak cukup tidur. Ian... jaga kamu jangan sampai mama tak bagi kamu bawa balik menantu mama ni." Gertak mama pada Rayyan.

Rayyan berkerut tidak suka. "Naraa ni wife Ian la ma. Ada pulak macam tu..."

Mama cuma menjeling anak lelakinya. "Nah makan banyak sikit. Naraa dah lah kurus nanti makin kecil pula menantu mama dibuat dek Ian ni." Kata mama lalu dia tambahkan lagi lauk ayam percik ke dalam pinggan aku.

Aku hanya tersenyum kelat dengan layanan baik mama. Muka aku makin berbahang malu. Mama ni sengaja nak usik aku atau nak bela aku sebenarnya?

"Eh tu macam ada nyamuk gigit je kat leher Naraa ke kena buatan orang?" Soal kakak Rayyan pula.

Aku yang tengah keseganan dengan gelabah cuba menarik rambut panjangku menutupi leher. Tanpa sedar perbuatan aku diperhati semua orang di meja makan itu.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now