Bab 48 | Berdamai

10.1K 221 6
                                    

"B... menungkan apa?" Aku peluk tubuh Rayyan dari belakang. Dia kelihatan begitu asyik termenung sendiri di balkoni kondo.

Rayyan diam, tidak menjawab. Pasti ada sesuatu yang menganggu fikirannya kalau dia berdiam lama macam ni.

Aku lepaskan pelukan dan bersandar pada palang balkoni. Aku pandang Rayyan yang matanya jauh memandang ke hadapan. Entah apa yang menganggu fikirannya malam-malam macam ni.

"B.... you fikirkan mama ke?"

Rayyan menghela nafas panjang. Tubuh aku ditarik ke dalam pelukannya. Erat. Aku dapat rasa keresahan yang melanda dirinya.

Sudah dua hari kami kembali pulang ke Kuala Lumpur. Aku telah berhenti kerja dan buat masa ini hanya duduk di rumah menunggu masa untuk bersalin.

"Dah dua hari kita balik ni... you tak nak jenguk mama ke?" Tanya aku pada Rayyan.

Hairan. Dia yang beria ajak aku balik ke Kuala Lumpur kerana risaukan mamanya tapi bila dah sampai ke KL, tak pula dia nak jenguk mamanya.

"Entahlah sayang..."

"Kenapa??" Aku desak Rayyan lagi. Aku tidak mahu dia simpan masalahnya sendirian lagi. Apa gunanya aku di sini kalau aku langsung tak boleh nak ringankan beban dia?

Rayyan mengeluh. "I tak boleh la nak jumpa mama. Rasa nak marah je. Fiqi yang dah buat teruk macam tu mama nak bela lagi? Kesian wife I ni kena pinggirkan mama.." Rayyan kucup kepala aku lama.

Dia masih rasa bersalah atas apa yang berlaku. Sedikit-sebanyak dia turut menyumbang kepada persepsi negatif mama terhadap isterinya. Layanan dia sendiri tak berapa nak elok depan keluarganya dulu.

Aku mendongak cuba selami perasaan Rayyan. Aku usap dada Rayyan. "B.... mama you cuma defensive sebab Fiqi tu anak dia kan? That's normal. Bagi lah mama you masa untuk terima semua ni... bukan senang untuk dia terima kenyataan yang anak yang dia kandung selama ini sanggup buat semua tu kan?"

"Kesian lah mama you, B.... Fiqi dah masuk lokap, you pula jauhkan diri daripada mama. You tak kesian ke?"

Rayyan pusingkan tubuh aku dan dia peluk aku dari belakang. Tak mahu aku baca ke dalam matanya yang sedang berbicara jujur tentang perasaannya.

Tak kira macam mana sekalipun Rayyan mengelak, aku tahu dia masih sayangkan keluarganya. Cuma hal Rafiqi ini membuatkan dia seperti hilang pertimbangan akal sekejap.

"Hmm tengoklah dulu macam mana.." Gumam Rayyan.

Bahu aku rasa agak lenguh bila Rayyang sangkutkan dagunya di situ. Tapi tak pula aku nak tolak, bimbang terasa pula orang tua ni nanti.

"Sayang..."

"Hm?"

"Macam mana you boleh hadap parents you yang dah bertahun tak hiraukan you? Sedangkan I, tak sampai sebulan diam pun I dah rasa teruk." Luah Rayyan.

Aku lepaskan ketawa kecil. Aku letak tangan pada lengan Rayyan yang sedang melingkari tubuh aku.

"Siapa kata I tak rasa teruk? Hari-hari I berdoa ayah mama boleh terima yang anak dia ni tak terbentuk macam yang dia inginkan. Hari-hari mesti I rasa down, useless, hopeless and sedih bila kenangkan how they treat me. Sedih tau bila rasa macam anak terbuang ni, apa yang buat mesti ada je tak betul pada mata dia orang. Memang Naraa ni keras sikit kan? Lain yang ayah suruh buat lain yang I buat."

Rayyan kucup tepi kepala aku lama. Tiada suara dia keluarkan, dia cuma mahu mendengar isterinya meluah perasaan berkenaan keluarganya. Selama ini isterinya suka pendam sendiri dan sedih sendiri.

Padamkan Ragu ✔️ حيث تعيش القصص. اكتشف الآن