Bab 3 | Remuk

6.4K 219 9
                                    

12 June 2018

Wajah pengantin perempuan berseri-seri dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Wajahnya yang dirias dengan solekan yang simple memperlihatkan betapa mulusnya kulit sang perawan. Tiada sebiji jerawat pun berani menyinggah pada wajah mulus itu.

Sepersalinan busana pengantin yang berwarna putih bersih dihiasi sarat dengan batu dan renda menaikkan lagi seri sang pengantin yang tengah berbahagia di majlis kenduri yang diadakan pada sebelah malamnya di sebuah hotel yang terkemuka di kota bandaraya Kuala Lumpur.

Nurul Irdina berjalan menghampiri lelaki yang telah sah menjadi imamnya pagi tadi. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati si suami yang kelihatan sungguh rancak berborak dengan kawan-kawannya.

Kehadiran Irdina langsung tidak disedari oleh sekolompok rakan itu. Mereka masih giat mengusik pengantin lelaki.

"Bahagia la kau Ryan dah ada isteri cantik comel macam tu." Kata Iqbal.

"Yalah, kalau aku dapat bini macam tu mahu aku kurung dia 24 jam dalam rumah. Biar aku sorang yang pandang muka lawa bini aku." Sahut Nizam, yang merupakan rakan sekuliah Rayyan ketika belajar di US dulu.

Rayyan hanya tersenyum tidak membalas.

Irdina juga hanya tersenyum tersipu-sipu malu walaupun kehadirannya tidak disedari. Tidak mahu menganggu mereka berbual, perlahan Irdina menganjak pergi dari situ. Namun langkah kakinya terhenti bila terdengar suara yang sedang serius berkata-kata. Tiada lagi gurauan dan usikan seperti tadi.

"So macam mana lepas ni? Irdina dah jadi tanggungjawab kau. Kau kena tumpukan perhatian kau pada bini kau, takde lagi nak berangan dengan perempuan tu. Bini kau pun ada perasaan jangan sampai dia tahu perasaan sebenar kau. Teruk nanti padahnya kalau kau ikut sangat rasa hati kau tu." Afif mencelah dengan serius.

Irdina yang dapat merasakan jantungnya mula berdetak lebih laju daripada biasa cuba menyorokkan diri disebalik tiang. Tidak mahu kehadirannya disedari sesiapa. Irdina cuba menelinga perbualan rakan-rakan suaminya itu.

'Perempuan tu? Perasaan sebenar Ryan? Ryan ada perempuan lain ke?'

"Aku pun setuju dengan Afif. Aku tau kau separuh rela je nak kahwin dengan dia tapi apa-apa pun kau dah sah jadi suami orang. Pasal perempuan tu kau cuba la lupakan dia. Tak payah fikir pasal dia dah." Sahut Iqbal.

Rayyan meraup mukanya. Mula rasa terbeban dengan status baru dirinya yang dirasakan bagai sebiji batu besar menghempap bahunya.

"Aku cuba bro. Aku pun tak tahu kenapa susah sangat aku nak lupakan dia padahal sekali dua je aku pernah jumpa dia. Dia pun tak kenal aku langsung. Rasa macam bodoh pula." Rayyan ketawa hambar.

Menggambarkan rasa hatinya yang tengah serabut dengan kehadiran perasaan halusnya terhadap seorang gadis yang pernah ditemuinya lapan bulan lepas.

Lagi kesal bila dia lambat dapat tahu bahawa gadis itu merupakan adik Irdina dan juga merupakan puteri kedua dalam keluarga Irshad.

Nizam menepuk-nepuk bahu Rayyan.

"Aku faham. Kau kahwin ni pun sebabkan papa kau nak sangat bermenantukan keluarga Irshad tu. Nak buat macam mana, kang bantah ada yang kena cop anak tak kenang budi pula."

Irdina hanya menelinga. Sedar hakikat bahawa jodoh mereka memang ditentukan oleh orang tua mereka.

"Yela tapi anak dia bukan sorang kot?? Kenapa mesti Irdina? Papa aku tu pun dah tau aku nakkan Inaraa kenapa nak paksa jugak aku nikah dengan Dina tu. Tak faham betul aku." Luah Rayyan tidak puas hati.

Afif menampar peha Rayyan kuat.

"Syhhh cakap tu pelan-pelan sikit. Nak bagi orang lain dengar ke? Kau dah selamat bernikah pun tak guna nak merungut lagi. Reda jela bro."

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now