Bab 25 | Honeymoon

14.2K 133 6
                                    

P/S: Bak tajuk yang tertera, akan ada mature content tapi tak ada lah extreme seperti sebelum ni, so yeah read at your own risk ✌


Seperti yang dirancang, hari Jumaat kini tiba dan seawal jam 8 pagi aku telah sampi ke Kuala Besut, Terengganu. Dari KL ke sini, kami menaiki kapal terbang dan untuk ke jeti Kuala Besut pula, kami lebih senang menaiki teksi.

"Sayang you okay?"

Aku mendongak memandang ke arah Rayyan yang kelihatan cukup menggoda dengan baju sleeveless dan disarungkan pula Hawaiian shirt pada luarannya. Dipadankan pula dengan seluar jeans tiga suku dan rayban terletak elok atas hidungnya.

"Hmm I'm fine."

Aku yang tadinya mabuk laut kini sudah kembali stabil bila bot yang kami naiki sudah tiba di sebuah Pulau Perhentian Kecil.

Kali pertama menaiki bot yang secara open tanpa diberikan sebarang tali pinggang yang mengikat kami pada kerusi memang membuatkan aku agak terawang-awang. Tubuh aku bagaikan melayang-layang dilambung ombak bila pengendali bot membawa dengan cukup laju. Perjalanan yang anggaran dalam 45 minit hanya mengambil masa selama 30 minit untuk kami sampai ke pulau ini.

Mujur saja ada Rayyan yang setia melingkari tangannya pada pinggang aku, tak ada lah gerun sangat aku dibiarkan terkapai-kapai sendirian.

"Sayang kita check in dulu. Kalau you nak tidur, you boleh tidur dulu. Kalau-"

"I'm fine lah B. Datang jauh-jauh takkan nak tidur je. Teruskan lah dengan aktiviti yang you dah plan tu." Tangkas aku pantas.

Tahu sangat dengan sikap Rayyan yang terlebih prihatin itu. Pasti disangkanya aku masih mabuk laut dan tidak mampu untuk berdiri lebih lama. Itu yang tangannya tidak lepas langsung dari memeluk bahu aku.

Lagipun Rayyan sudah susah-payah menyiapkan itinerary kami sepanjang berada di sini takkan lah sebabkan mabuk laut aku yang tak seberapa itu Rayyan terus nak tundakan aktiviti yang sudah dirancangnya. Malah sejurus kaki aku melangkah melalui pasir-pasir halus ini spontan rasa tenang dan nyaman hadir dalam diri. Sudah lama aku tidak berjalan di pantai.

Usai mendapatkan kunci bilik dari kaunter receptionist Alunan Resort, kami segera melangkah menuju ke bilik. Dari tempahan bilik hingga aturan perjalan kami, semuanya diuruskan oleh Rayyan sendiri. Tugas aku cuma menyiapkan pakaian kami dan bawa tubuh aku ke sini.

"Sayang come."

Rayyan yang elok terlentang atas katil menggamit aku untuk turut sama berbaring. Tubuh aku yang agak kepenatan membuatkan aku cepat saja menyambut huluran tangannya dan aku rebah dalam pelukan Rayyan.

Ubun-ubun kepala aku dikucup lama. "Kalau ikutkan plan you tu mesti sekarang ni tak sempat buat apa, you yang tertidur dulu." Kata Rayyan dengan nada mengusik.

Aku menjeling saja bila diri terasa bagaikan disindir.

Pada awalnya aku mensyorkan untuk menaiki bas dari Kuala Lumpur ke sini kerana sudah lama aku teringin merasa menaiki bas dalam jarak perjalanan yang jauh. Tapi Rayyan pula enggan, katanya perjalanan yang lama ditambah pula dengan tempat duduk yang tidak selesa akan membuatkan pinggang dia lenguh.

'Ahh macam lah bas sekarang ni tak ada seat yang luas dan lebar. Saja lah tu berbagai alasan dia bagi sedangkan dia memang tak sudi nak naik bas!' Omel aku dalam hati.

Sedang aku terkebil-kebil memerhati pantai yang terbentang luas, lamunan aku terganggu bila sepasang tangan mula merayap dalam baju aku. Malah tangan itu semakin nakal cuba menanggalkan bra aku.

Cepat-cepat aku tarik tangan Rayyan keluar dari dalam baju aku. "B... kata nak keluar hiking? Nak tengok kincir angin? Kalau siang sangat nanti terik pula matahari, jom lah keluar..." aku bangkit dari pembaringan. Tangan Rayyan aku tarik-tarik agar dia bangkit.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now