Bab 28 | Kecewa

6.2K 154 7
                                    

"Hi pengantin baru, baru nampak muka?"

Suara dari arah tangga membuatkan kepala aku tertoleh ke kanan. Mencari gerangan orang yang menyapa dari jauh. Rafiqi!

"Baru nampak muka apanya... dah banyak kali aku ke sini, kau tu je yang merayap tak pernah nak lekat kat rumah." Jawab Rayyan tajam. Tidak berapa gemar dengan sapaan adik lelakinya itu yang kedengaran agak biadap itu.

"Mama mama baju Ira cantik tak?" tanya Insyirah tiba-tiba. Serta-merta mengalihkan perhatian aku semula pada si comel ini.

"Cantik sangat sayang... Syira kan cantik, pakai baju apa pun mesti nampak cantik je anak mama sorang ni." Jawab aku dengan nada ceria. Rambutnya yang semakin panjang aku belai, cuba mengambil hati si comel ini.

Insyirah kelihatan teruja memperagakan baju baru yang aku belikan untuknya di Terengganu tempoh hari. Tidak menyempat dia mahu pakai dan memperagakan pada kami semua.

Sebaik habis waktu pejabat tadi, aku mengajak Rayyan terus singgah di rumah keluarganya untuk hantar sedikit buah tangan dari Terengganu. Insyirah juga sudah lama aku tidak jumpa jadi aku ambil kesempatan ini untuk singgah terus ke rumah keluarga Rayyan sedangkan boleh saja Rayyan sampaikan buah tangan kami pada papa yang bekerja bawah satu bumbung dengan dia.

Rafiqi hanya buat tidak endah dengan perlian abangnya. Selamba dia menghempaskan punggung atas sofa berangkai satu dan remote tv ditekannya bagi menghidupkan televisyen yang tadinya gelap.

"Sempat pergi Pasar Payang ke? Rindu betul mama lama dah tak pergi sana." Kata mama yang sedang membelek kain batik pemberian aku tadi.

Aku toleh pandang ke arah mama. "Sempat pergi. Kain batik tu Naraa beli kat Pasar Payang tu lah. Nasib Naraa baik tau ma, sampai-sampai je satu bungkus plastik besar baru sampai. Itu yang jadi rambang mata mana yang cantik Naraa ambil terus." Jawab aku sambil membantu Insyirah menanggalkan baju barunya sebelum digantikan dengan satu lagi baju baru.

"Nanti nak kena ajak papa kamu bawak mama ke sana lah. Tak puas tengok saja dari sini."

Komen daripada mama Rayyan membuatkan aku tersenyum cuma. Berharap agar satu hari nanti mama akan sampai lagi ke sana.

"Eh mama nak pergi naik dulu nak bersiap-siap, balik nanti papa tu kalau tengok mama ni tak bersiap lagi bising lah orang tua tu." Mama Rayyan terus bangkit dari duduk dan kain batik pemberian aku tadi dibawanya sama naik ke atas.

Mama Rayyan sudah berjanji dengan papa untuk temankan dia hadiri majlis aqiqah dan cukur jambul cucu salah seorang kenalan mereka yang diadakan selepas maghrib nanti.

"Seronok ke Naraa dapat pergi honeymoon?" Tanya Rafiqi tiba-tiba.

Dalam keengganan untuk menjawab soalan Rafiqi itu, aku cuba juga lembutkan lidah untuk menjawab. Tidak mahu Rayyan curiga dan perasan dengan kedinginan aku terhadap adiknya yang lelaki itu.

"Nama pun honeymoon mana tak seronoknya..."

Rafiqi ketawa lepas. Bagaikan lawak sungguh kata-kata aku tadi.

"Iyelah seronok sampai berbekas-bekas korang ni ya. Betul-betul honeymoon korang ni." Sindir Rafiqi dalam sisa tawanya.

Spontan kepala aku menoleh ke kanan. Memandang ke arah Rayyan yang sudah meleraikan dua butang baju kemeja yang teratas.

Panas muka aku rasakan bila terpandang saja kesan lebam pada leher Rayyan. Sungguh jelas kesan lebam kebiruan memandangkan Rayyan berkulit cerah.

Aku tidak risaukan diri aku kerana awal-awal lagi aku sudah ke pejabat dengan sehelai blouse turtle neck tinggi. Bagi menyorokkan kesan yang ditinggalkan Rayyan pada leher.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now