𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 19

9.9K 694 36
                                    

Berita putus tunang sampai ke telinga keluarga kedua-dua belah pihak

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

Berita putus tunang sampai ke telinga keluarga kedua-dua belah pihak.

Tengku Dayang dan Tuan Aydan tidak menyalahkan Ayeena atas keputusan yang telah dibuat. Mereka sendiri percayakan Ayeena. Mereka lebih kenal anak mereka, Aayyan yang memang ego melangit. Suka suki bontot kuali membuat keputusan membelakangkan keluarga. Tanpa sebarang perbincangan pula tu.

Sejak kejadian putus tunang itu, Tengku Dayang mogok tidak mahu bercakap langsung dengan Aayyan. Malah tengok muka pun tidak lalu. Malu muka dia apabila ada anak yang menconteng arang di muka sendiri. Agungkan sangat ego, tunduk sangat pada baran, ikutkan sangat kata hati.

Tuan Aydan pula terima sahaja dengan hati terbuka. Nak buat macam mana. Tiada jodoh.

Aariq pula banyak diamkan diri. Dilema antara kawan baik atau abang kandung. Dia tahu Ayeena tidak bersalah, tapi dalam masa yang sama Aayyan abang kandungnya. Takkan dia nak masuk campur. Semestinya hubungannya dengan kedua-duanya sekali bakal lingkup.

Keluarga pihak Ayeena, tentulah mempercayai semua gambar-gambar itu adalah fitnah. Mereka yang mendidik Ayeena daripada kecil. Masakan mereka tidak kenal perangai anak sendiri.

Encik Azeem dan Puan Diana tidak marah akan perkara yang sudah berlalu. Mereka memujuk Ayeena untuk terus lebih kuat. Mungkin tiada jodoh dengan Aayyan, mungkin ada jodoh yang terbaik menanti.

Dhani pula mendiamkan diri. Dia memang sebelum ni diam pun. Bercakap bila perlu sahaja. Dia marah pun dia diam. Dia sedih pun dia diam. Namun hatinya juga jatuh simpati dengan nasib adik kesayangannya itu. Walaubagaimanapun dia tetap mendoakan yang terbaik.

Setiap ujian itu ada hikmahnya.

Dhariz? Allahuakhbar usah ditanya. Semestinya dia mengamuk. Dia lah yang mengamuk mengalahkan dia yang putus.

Masih ingat lagi muka Dhariz apabila menerima berita itu. Pergh, macam gorilla kelaparan!

Dia tak cakap banyak, malam tu juga dia pergi cari Aayyan. Tak buat apa pun cuma sedekah penumbuk tepat di rahang kiri. Sampai biru member kena balun.

Dia dah warning sebelum jangan main-main dengan adiknya. Bila dia sudah cakap macam tu, maka dia buat betul-betul. Malam tu juga dia putuskan persahabatan dia bersama Aayyan.

Nasib baik orang awam meleraikan Dhariz menjauhi Aayyan. Kalau tidak tu, insyaAllah dah arwah budak Aayyan tu.

Ayeena? Dia masih lagi sedih. Cuma kesedihan dia tidak ditunjuk kepada sesiapa. Dia sembunyikan kesedihan dengan senyuman palsu.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Där berättelser lever. Upptäck nu