𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7

12.9K 846 71
                                    

"WHAT?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WHAT?!"

Ayeena tersentak hebat. Matanya meliar memandang wajah Aayyan untuk minta penjelasan. Sebab ni ka Abang datang sini? Sebab ni ka Abang selalu cakap pasal kahwin?

Hati perempuannya keliru dengan situasi yang menghentamnya sekarang. Kahwin di usia muda? Tak pernah langsung terdetik dalam fikiran.

Air mata ditahan daripada mengalir. Dibiarkan bertakung. Entah apa yang dirasa, gembira mungkin sebab dia memang dah mula buka hati untuk Aayyan, sedih pun ada sebab rasa macam kena buang keluarga keputusan dibuat tanpa persetujuannya. Arghh apa semua ni?!

Semua mata memandang tepat ke arah Ayeena. Tengku Dayang beralih tempat ke sebelah Ayeena.

"Bonda harap Ayeena dapat tunaikan permintaan kami semua." Tengku Dayang menyentuh kekura tangan Ayeena. Dibelainya penuh kasih sayang. Bibir mengukir senyuman manis.

Terasa sayu bertandang di hati kecil Ayeena. Dia mengangkat muka melihat muka Aayyan. Aayyan menunduk tanpa membalas pandangan Ayeena.

Ya, dia tahu pasti gadis itu sedang memandang ke arahnya. Tapi dia lebih risaukan tentang jantung dia yang hampir terlucut. Jantungnya berdegup pantas. Pelbagai persoalan bermain di mindanya,

'Ayeena akan terima aku ke? Please jangan tolak aku! Mana aku nak letak muka hensem aku ni! Kalau tolak nanti aku nak hadap muka dia macam mana? Susahnya kalau bertepuk sebelah tangan. Bonda, Aayyan nak nangis! Mesti aku kena bahan dengan Aariq si anjing ni!'

Bahu Aayyan ditepuk menghentikan lamunannya. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya memandang Aariq yang memegang bahunya.

"Kau dengar tak? Aku bakal ada kakak ipar baru!" Suara garau Aariq menyapa gegendang telinganya namun seperti tiada apa berlaku.

Otaknya sekarang tengah diproses. Jap anak-anak semua otak daddy tengah loading.....

Tidak semena satu bantal hinggap di muka ganteng Aayyan. Terus tersedar ke alam nyata.

"Hah?"

"Hang pekak ke Yan? Adik aku cakap dia setuju! Hang tak nak respond apa-apa ka?" Dhariz la si gerangan yang melempar bantal tadi. Semua mata terarah kepada Aayyan.

Ayeena tergelak kecil melihat muka blur Aayyan. Nak kahwin ke tak ni cik abang?!

"Hang ni Yan! Aku cekik kang! Hari tu bukan main cakap nak dekat adik aku ni. Ni adik aku dah setuju. Hah?! ja respond hang? Kang aku cancelkan baru tau." Dhariz dah mula bangun mendekati sahabatnya yang masih blur.

"B-biar betul ni?!"

"Aku salah dengar ke ni, Riz?"

"Bak sini aku lempang muka hang, kita tengok mimpi ka realiti!" Baru sahaja Dhariz bangun hendak melempang muka Aayyan, Aayyan terus bangun menolak Dhariz sehingga terduduk kembali di atas sofa. Kaki diatur mendekati Ayeena.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now