𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 33

11.6K 645 66
                                    

Ayeena duduk di atas bangku yang tersedia di tepi kolam

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

Ayeena duduk di atas bangku yang tersedia di tepi kolam. Langit malam yang indah di pandang. Memori bersama Aayyan bertandang di ingatan. Gaduh macam mana sekali pun, tengok-tengok berjodoh!

Satu keluhan dilepaskan. Tiba-tiba wajah Henry menyapa ingatannya. Hm, awak dekat mana? Awak tak sayang saya?

Sejujurnya dia memang bahagia dengan Aayyan sekarang cuma entah mengapa dia masih curious tentang Henry. Setiap kali dia menyuarakan soal ini kepada Aayyan. Lelaki itu seolah mahu berdalih. Something fishy!

Awak. Kalaulah awak boleh dengar saya, saya nak bagitau saya rindu awak. Air di tubir mata ditahannya. Kenapa awak buat saya macam ni Henry? Ayeena diam sejenak. AllahuAkhbar, kenapa aku fikir pasai laki lain? Astagfirullah, aku dah ada suami.

Ayeena menggeleng perlahan. Air mata cuba ditahan daripada mengalir.

Tanpa disedarinya, dia diperhatikan oleh si dia di sebalik sliding door tingkat atas jiran sebelah. Air mata lelaki itu terus mengalir tanpa henti. Dada kirinya dipegang. Sakit.

Saya rindu awak, babygirl!

Ya, si dia itu adalah Tengku Henry Mukhlis. Dia telah berada di rumah Doktor Alyas Hanif sejak sebulan yang lalu. Actually, dah lebih sebulan. Ulang alik ke France itu hanyalah sekadar alasan. Dia sering berkunjung ke rumah Alyas untuk mendapatkan rawatan bagi penyakitnya.

Kanser hati stage 4. Hanya ahli keluarganya dan Alyas sahaja yang mengetahui akan itu. Ayeena turut tidak tahu akan perkara itu. Henry yang ingin merahsiakannya daripada pengetahuan Ayeena. Dia tidak mahu melihat Ayeena sedih. Tambahan dia tahu bahawa dia hanya ada masa lebih kurang sebulan sahaja untuk hidup. Allahuakhbar.

Sebenarnya, dia juga baru tahu tentang perihal kesihatannya selepas dua minggu bertunang dengan Ayeena. Kalau dia tahu terlebih awal, pasti dia tidak akan meminang Ayeena. Dia tidak sanggup berpisah dengan gadis kesayangannya itu.

Walaupun dia sakit, dia cuba pelbagai alternatif untuk melawan penyakitnya itu. Itu semua kerana dia mahu terus hidup bersama Ayeena. Ayeena adalah sumber penguatnya untuk terus kuat mencari jalan penyelesaian.

Namun, semua usahanya hancur lebur apabila penyakitnya disahkan telah mencapai stage 4. Allahuakhbar! Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya tika itu, sudahlah dua hari sebelum tarikh pernikahannya dengan Ayeena. Rasa dada seperti dihempap batu besar.

Air matanya tidak henti mengalir hari demi hari. Setelah berfikir masak-masak, dia meminta ibu bapanya untuk membatalkan pernikahan itu. Namun, ditentang keras oleh mummynya kerana keluarga Ayeena bakal mendapat malu. Untuk menyelesaikan masalah ini, dia meminta pertolongan daripada Aayyan. Dia minta Aayyan menggantikan tempatnya. Dia merayu, melutut. Dia campak egonya demi kebahagiaan Ayeena.

Dia tahu sepupunya itu masih sayangkan Ayeena. Sekiranya dia tidak dapat bersama Ayeena, sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh menjaga Ayeena dengan baik.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα