𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15

10.7K 643 18
                                    

Cincin belah rotan di jari manis ditenung sambil diusap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cincin belah rotan di jari manis ditenung sambil diusap. Senyuman manis terukir di bibir. Semoga Allah permudahkan segala urusanku!

Di balkoni bilik, Ayeena sedang senyum sendirian sambil tenung cincin di jari bagai hendak tembus. Dhariz yang baru sahaja menapak masuk ke dalam bilik adiknya, tersenyum melihat Ayeena sepertinya bahagia dengan pertunangannya bersama Aayyan.

Baru sahaja dia hendak menegur adiknya, telefonnya bergetar.

Incoming call from Aayyan encem🔥....

Dhariz melangkah keluar, pintu bilik Ayeena ditutup rapat. Dhariz masuk ke dalam biliknya di sebelah.

Skrin telefon digesek, menjawab panggilan daripada Aayyan.

"Assalamualaikum bro!"

"Ha Waalaikumussalam. Ada apa call aku? Rindu?"

"Haah rindu tapi bukan dekat kau, adik kau." Aayyan ketawa perlahan. Dhariz mengguling biji matanya.

"Dahtu pasaipa call aku? Gi la call dia. Semak!" kata Dhariz dalam nada merajuk. Hm pai hati tak rindu titew?

Aayyan tergelak besar. "Bro, nak tanya sikit ni?"

Dhariz menjongket keningnya, "Apaan sih loh?"

"Adik kau tengah buat apa? Dah makan ke dia? Sihat ke dia? Mesti makin cantik kan? Agak-agak kau dia rindu aku tak? Dia-"

Belum sempat Aayyan menghabiskan ayatnya, "INGAT AKU NI POSMEN KARAT KA SIA*?! DAH TAU RINDU PI BAGITAU SENDIRI! HORMAT LA SIKIT ORANG SINGLE MACAM AKU NI!"

Aayyan ketawa terbahak-bahak. Dia dapat bayangkan muka Dhariz sekarang tengah tahan geram. Ala guraw je!

"Aku segan lah nak tanya sendiri. Kau kan kawan baik aku dunia akhirat. Dahlah hensem, smart, pandai, baik hati, comel. Tolong aku eh?" Seperti yang dijangka oleh Aayyan, Dhariz mesti tengah tersenyum mendengar pujian daripadanya.

Ya, tepat sekali. Betullah ramalan Aayyan.

"Ok, baby nak I tolong ape tew?"

"Tolong kirim salam dekat adik kau!"

"Kepala hotak dia la! Itu ja ?! Kirim la duit ka kapal terbang ka. Ni salam ja??" Dhariz menepuk dahinya.

"Abistu cinta dah kirim. Adik kau dah received dah pun." Aayyan terkekek-kekek ketawa. Suka eh dia?

"Whatever lah. InsyaAllah aku tolong kirimkan salam hang tu."

Thankyou babyboy! Lebiu peciu peciu!"

Terangkat hujung bibir Dhariz. Kegelian apakah ini?

"Aku nak cakap sikit dekat hang ni. Alang-alang hang call." Suara Dhariz mula serius.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now