𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 30

12.2K 731 44
                                    

"Que sayang, kita dah sampai ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Que sayang, kita dah sampai ni." Ayeena menepuk perlahan punggung anak kecil itu.

Anrique menggumam perlahan. Pipinya yang tidak gatal digaru. Tergelak Ayeena melihat telatah si kecik itu.

"Tadi cakap nak jumpa kawan-kawan mummy. Baru ja mummy ingat nak belanja llao llao. Takpa la kalau nak tidur, kita balik je la." Ayeena sengaja mengumpan Anrique. Terus terbuka mata anaknya itu.

"Seriuslah mummy?!"

Ayeena tergelak kecil sebelum mengangguk. Rambut anak lelakinya itu dibetulkan supaya tampak kemas.

"Tapi---"

Ayeena merenung Anrique seketika untuk menunggu sambungan ayat tapi si Anrique ni.

"Daddy tak kasi makan benda macam tu. Nanti daddy marah macam mana?" Suaranya mula mengendur.

Ayeena terdiam sebelum senyuman nakal terukir di bibir.

"So, kita rahsiakanlah dari Daddy. It's gonna be a secret between us." Ayeena menjongket keningnya berkali-kali. Anrique yang muram kini berubah menjadi ceria kembali.

"Yeay, promise me mummy!"

"Yes, sayang. Now, jom turun. Habis minyak kereta mummy ni oi berejam tunggu Que bangkit."

Anrique tersengih.

Setelah itu, mereka mula berjalan masuk ke dalam mall. Tangan Anrique dipimpin erat. Mereka menuju ke Seoul Garden untuk berjumpa dengan rakan-rakan Ayeena.

Setibanya mereka di sana, Ayeena mencari kelibat rakan-rakannya. Di hujung restoran kelihatan Rose sedang membuat lambaian kasih sayang. Kaki terus diatur mendekati Rose. Anrique hanya mengikuti langkah Ayeena.

"Babe, pehal kau lambat?" Shayla memincingkan matanya memandang Ayeena yang tersengih. Anak kecil di sebelah Ayeena ditenungnya selepas itu.

"Eh, ini ke Anrique? Aw, so cute!" Rose mencubit perlahan pipi Anrique. Anrique hanya tersenyum manis.

Ayeena mengambil tempat di sebelah Elmira. Manakala Anrique di tengah-tengah mereka berdua.

"Anrique nak makan apa? Biar ibu ambilkan." Shayla menayangkan senyum manis kepada Anrique. Shayla memang suka budak-budak.

"Ibu?" serentak ketiga-tiga sahabat itu bertanya. Ibu siapa pulak dah dia ni?

"Ala, aku nak testing jadi mak-mak jugak macam Yeen. Hehe." Shayla mengangkat jari peace.

Mereka bertiga ketawakan Shayla. Anrique turut ikut ketawa.

"Ibu, panggil saya Que je. Barulah kacak bergaya."

Shayla sudah memegang dada sebelah kiri, "Wah, dia panggil aku ibu! Nanti ibu ada anak ibu kahwinkan dengan Que ya!"

Elmira menepuk dahi mendengar ayat entah apa-apa Shayla itu.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now