𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 40

12.4K 696 153
                                    

Ayeena duduk di buaian di luar rumah, perutnya yang memboyot diusap perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayeena duduk di buaian di luar rumah, perutnya yang memboyot diusap perlahan. Bibirnya tidak lekang daripada senyuman. Kandungannya sekarang sudah berusia 5 bulan.

Mata dialihkan pada Anrique yang sedang bermain bola di hadapannya.

"Que sayang, hati-hati lari tu jatuh karang!" Pesannya.

"Okay mummy!" Laung Anrique. Ayeena menggeleng kepala sambil senyum.

"Ehem, Assalamualaikum." satu suara menyapa di belakangnya. Segera ditoleh kepalanya. Haqir tersenyum kepadanya. Ayeena hanya balas senyuman itu.

"Waalaikumussalam. Abang nak jumpa Mayra eh? Kejap Ayeena panggil dia." Baru sahaja Ayeena hendak bangun, Haqir memegang lengannya yang berlapikkan lengan baju itu.

"Apa abang ni?!" Ayeena melepaskan pegangan Haqir. Sungguh dia tidak suka Haqir sentuhnya begitu. Dia tidak selesa.

"Sorry, abang cuma risaukan Ayeena. Takpe abang boleh panggil Mayra sendiri." Haqir mengusap pangkal lehernya.

Ayeena membuang pandangan ke arah lain.

Tanpa disedari, Aayyan di hadapan pintu rumah tajam memerhatikan mereka. Dia keluar untuk memanggil Ayeena dan Anrique masuk, namun ternampak drama swasta di depan mata. Well, Aayyan kan biasalah otak sempit! Tak guna pula tu!

Jari jemari Ariana bermain di lengan sasa Aayyan.

"Tengok tu, suami ada dekat rumah pun still menggatal. Abang nak tahu tak masa abang keje, Abang Haqir selalu sini. Ingat nak jumpa Ariana, tapi tu ha jumpa Ayeena."

Hm, dasar batu api!

Aayyan yang mendengar itu semakin berapi. Ariana tersenyum melihat Aayyan seakan makan dengan kata-katanya.

"Abang perasan tak? Perut Ayeena besar semacam. Betul ke 5 bulan tu? Rasa macam 7 8 bulan je. Abang kahwin dengan dia tak sampai 8 bulan kan? Betul ke tu anak abang?"

Aayyan menoleh ke arah Ariana. Usia perkahwinannya dengan Ayeena baru 7 bulan. Ada betulnya juga.

"Ariana bukan apa, macam pelik je abang Haqir tu ambil berat lebih dengan Ayeena. Abang tak rasa pelik ke?"

Aayyan masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa. Namun riak wajahnya terpancar dia sedang menahan amarah. Ariana senyum kemenangan.

Sorry Ayeena, aku tak suka berkongsi.

Sorry Ayeena, aku tak suka berkongsi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now