𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 57

13.7K 671 44
                                    

"Sha?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sha?"

Sebaik sahaja Aayyan menoleh ke belakang,

"Yes, I'm Sha. Your shayang. Hehe." Aariq sengih kambing.

Aayyan mengeluh.

"Ini bukan Sha. Ni shaitonnn! Grrr." Aayyan membuka langkah meninggalkan Aariq terkebil-kebil. Eh, aku cari dia macam orang gila, dia blah macam tu je?

"Woi Yan. Tunggu shayang!!" Pekiknya. Segelintir mat saleh, minah saleh melihat ke arahnya. Apa pandang-pandang, tak pernah tengok orang hensem?

Aariq berjaya mengejar langkah Aayyan. Lalu mereka beriringan keluar daripada mall.

"Kau je la yang drive. Nah kunci." Aayyan memberi kunci kereta kepada Aariq. Aariq menyambutnya tanpa banyak tanya.

Sewaktu dalam perjalanan, matanya sesekali mengerling ke arah Aayyan.

"Yan, kau kenapa? Asyik sebut nama Sha. Tahulah rindu. Nanti kita carilah."

Aayyan mengeluh berat, "Aku nampak dia tadi"

Cretttt!!!

Aayyan terhumban ke hadapan.

"Kau biar betul?!" Soal Aariq.

Aayyan mengetap rahangnya. Wajah adiknya di sebelah dicerlungnya tajam.

"Kepala bapak kau la break mengejut macam tu!!! Nak mati ke bongok?! Aku tak nak mati lagi aku nak jumpa anak bini aku dulu!!" Marahnya.

Aariq tersengih. Kening tidak gatal digaru, "Aku terkejut sangat. Hehe. Tapi betul ke kau jumpa Ayeena tadi?"

"Entahlah. Aku tak nampak muka dia. Tapi hati aku cakap tu dia. Ni dekat sini kuat rasa tu dia." Aayyan memegang dada kirinya. Dia kembali sandar pada seat.

Baru sahaja Aariq ingin memegang dada Aayyan, tangannya ditampar.

"Jangan cabul aku. Bawa kereta tu cepat, aku nak balik!" Aayyan membuang pandangan ke luar tingkap.

Aariq mendengus geram.

"Pegang sikit pun kedekut." Omelnya sendirian sebelum meneruskan pemanduannya.

Aayyan mengabaikannya. Fikiran Aayyan kini pada wanita yang dijumpainya sebentar tadi. Perlahan-lahan matanya dipejam. Dia dibuai lena mimpi indah. Sayang, is that you?

 Sayang, is that you?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now