𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18

10K 647 73
                                    

"Kita putus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kita putus."

Dua aksara itu menyapa gegendang Ayeena. Bukan sahaja tersentak dengan ayat itu, malah ada bunyi retakan. Hatinya. Sakit ya anak-anak. Kenapa tiba-tiba Aayyan berubah?
Kenapa semudah abc dia ingin melepaskan Ayeena.

Setelah sekian lama mereka tidak berkomunikasi, tidak berhubung, Ayeena mengambil keputusan untuk menyerang pejabat Aayyan.

Kita bako dia bako dia!

Dia ingin mendengar penjelasan daripada mulut Aayyan sendiri, punca sebenar hubungan mereka kian goyah.

Masa birthday Aayyan hari itu pun, hmm ish sedihnya nak ungkit pun. Aayyan cakap dia busy dengan kerja. Ayeena pergi pejabatnya, tetapi tuan badan tiada.

Sir Hadi cakap Aayyan dah ambil cuti untuk celebrate birthday. Tetapi celebrate dengan siapa? Di mana? Kenapa dia tidak tahu? Bila dia call nak tanya Aayyan, tidak pula panggilannya dijawab. Sah! Aayyan nak mengelak daripadanya. Something wrong somewhere!

Penat Ayeena bersiap beria-ria celebrate birthday dia. Birthday boy pula mengelak. Hmm. Sudahlah wish birthday dekat WhatApps pun dipalau. Dibluetick lagi. Apa salah tuan hamba hm?

Semalam Shayla dan Elmira terserempak dengan Aayyan yang lagi berduaan dengan Ariana. Mereka pulang dan bercerita kepada Ayeena. Kemesraan Aayyan dan Ariana melebihi had kesepupuan kesepapatan.

Ha tudia bahasa alien author!

Hati perempuan mana tidak terusik akan perkara sebegini. Jadi demikian kesimpulannya dia mengambil inisiatif untuk memberanikan langkah ke pejabat Aayyan pada pagi ini.

Dia sudah terlebih dahulu bertanya kepada Sir Hadi untuk tahu jadual Aayyan. Sama ada busy atau tidak. Untung aja Sir Hadi tu sporting. Dah la hesmes! Eh, Ayeena fokus!

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam pejabat Aayyan, dia ternampak Aayyan sedang berkerut membuat kerja. Merasakan dirinya diperhati, Aayyan mengangkat wajahnya melihat si gerangan.

Lantas dia tunduk semula sambung membuat kerja. Eh, dia tak teruja tengok aku yang top top meletop era ni!

"Assalamualaikum abang."

"Waalaikumussalam."

"Abang-"

Belum sempat Ayeena berkata-kata, laju menonong Aayyan mencantas.

"Buat apa datang sini? Takde keje ke? Tak keluar dengan ANGAH pulak ke hari ni?"

Kening kanan Ayeena terjungkit sedikit. Angah? What's wrong with angah?

"Apa maksud abang? Kenapa dengan angah?"

Aayyan tersenyum senget. Dasar perempuan munafik!

Aayyan menutup kertas kerja. Pen di tangan di simpan. Dia bangun dan jalan mendekati Ayeena dengan muka dingin.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now