𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 49

13.2K 699 52
                                    

"Nah minum dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nah minum dulu." Alyas menyuakan segelas air kosong kepada Ayeena. Ayeena menyambut huluran itu.

"Thanks." Ucap Ayeena.

Alyas memerhatikan keadaan Ayeena dari atas ke bawah. Dia masih terkejut gara-gara kejadian sebentar tadi. Sebaik sahaja dia tiba di perkarangan rumahnya, dia terus ternampak Ayeena yang sedang terduduk di atas jalan sambil menangis.

Sudahnya dia membawa Ayeena ke rumahnya untuk tenangkan diri. Risau bahaya orang kat luar sana bukan boleh percaya. Lainlah Doktor Alyas yang hensem ni.

Ayeena yang sedar akan dirinya diperhati mula menunduk. Alyas tersedar akan keterlanjurannya. Bini orang tu bangang!

"Eh, sorry sorry. Abang Yas minta maaf kalau Yeen tak selesa."

Ayeena mengangguk lemah.

"Kejap lagi Dhariz sampai ya, abang dah call dia tadi."

Sekali lagi Ayeena balas dengan anggukkan. Alyas menggaru kening kanannya. Tiba-tiba rasa janggal.

"Assalamualaikum."

Kedua-dua mereka menoleh ke arah pintu rumah Alyas yang terbuka luas. Memang Alyas buka pintu luas-luas. Nak elak fitnah jiran tetangga. Bukan setakat pintu rumah, sliding door pun dibukanya sekali.

"Waalaikumussalam." Jawab mereka.

Dhariz terus meluru masuk mendapatkan Ayeena. Adiknya itu ditarik masuk ke dalam pelukan hangatnya. Ayeena menghamburkan tangisan pada dada bidang Dhariz.

Dhariz memandang Alyas, "Hang buat apa dekat adik aku?!"

Laju kepala Alyas menggeleng.

"B-bukan aku. Aku tolong je tadi. Aku nampak adik kau menangis atas jalan sorang-sorang." Pucat lesi muka Alyas.

Dhariz memandang wajah adiknya. Dagu Ayeena dipagut dan didonggakkan memandangnya, "My angel, what's wrong hm? Tell me now who makes my babygirl sad?" Lembut sahaja tuturan Dhariz. Bibir Ayeena tersebek-sebek.

"Hiks Aayyan hiks dia tinggal hiks hiks adik."

Dhariz mengusap belakang tubuh adiknya yang terhinjut-hinjut menangis itu. Dengar sahaja nama Aayyan, hatinya auto panas. Rahangnya diketap. Bab* ni kalau sehari tak buat taik tak sah! Tunggu jap Abang Riz ajak geng jerung purple pi serang!

"Shh, don't cry sayang. Angah ada untuk adik. Nanti angah babap Aayyan ya. Now my princess, stop crying. Ikut angah balik ya!" Pujuk Dhariz.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now