𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27

12K 692 65
                                    

Ayeena merenung sebuah banglo di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayeena merenung sebuah banglo di hadapannya. Rumah siapa ni? Ni bukan rumah bonda.

"Oi, nak duduk sampai malam dekat situ ke?" lamunan Ayeena terhenti dek terdengar sergahan Aayyan yang sedang memeluk tubuh di hadapan pintu rumah itu.

Langkah kaki diatur ke arah pintu masuk ke rumah itu. Belum sempat dia menjejak kaki ke dalam rumah, Aayyan menahannya.

Dah pehal pulak?

"Beg kau ni angkat sendiri. Aku bukan bibik kau." ujar Aayyan sebelum meninggalkan Ayeena yang terkulat-kulat. Ceh, dasar suami dayus! Ada ke patut bagi bini angkat beg berat-berat ni!

Baru sahaja tangannya hendak mencapai beg itu, ada sepasang tangan merampas beg itu. Ayeena mengangkat wajah melihat si gerangan. Aariq tersengih menampakkan dimple.

"Berat ni you. I angkatkan eh. Mika, kau angkat satu lagi ni!" Mikael terus mengambil beg itu dan berjalan melangkah masuk ke dalam rumah bersama Aariq. Nasib baik ada adik ipar yang baik lagikan hensem ni.

Ayeena melenggang kangkung masuk ke dalam rumah membontoti Aariq dan Mikael. Sampai sahaja di tingkat atas, mereka terserempak dengan Aayyan.

"Kau ni Yan, tak gentleman langsung bagi bini angkat beg sendiri!" bebel Mikael. Aariq mengangguk tanda setuju. Aayyan hanya mencerlung tajam ke arah Ayeena.

"Aku suruh kau angkat kan? Apehal suruh diorang angkat? Saje nak gatal dengan adik ipar sendiri?"

Lah, dia ni dah lama tak kena smackdown eh?

"Ish, kau ni. Yeen tak suruh pun. Aku yang kesiankan dia. Dia perempuan."

"Ni beg nak letak mana?" Mikael mencelah.

"Tinggal situ. Tak payah rajin sangat. Nanti aku angkat." Aayyan menyilangkan tangan ke dada.

"Aloo, baru nak tolong Yeen kemas baju hehe." Aariq tersenyum nakal. Ayeena di sebelahnya terus mencecet lari ke belakang Aayyan. Mengrisau betul adik ipar sapa ni?

"Nak makan penumbuk ke?" Aayyan menghala penumbuk ke muka Aariq. Laju kepala Aariq menggeleng.

Tiba-tiba satu pintu dikuak, mereka semua memaling ke arah pintu itu. Ada seorang budak kecil kemetot, kanak-kanak lingkungan 3 tahun itu berlari ke arah mereka.

"Mummy!" budak itu memeluk kaki Ayeena. Terkedu Ayeena. Aku muda lagi woi. Bila aku beranak kat hang?

"La ni anak sapa pulak ni?!" Ayeena duduk melutut di hadapan budak lelaki itu.

"Anak kita." Aayyan senyum segaris sebelum menggosok rambut depan budak lelaki itu.

Kening Ayeena bertaut. Sapa beranak kat hang ni dik? Takkan Aayyan beranak? Dia lelaki tulen kot. Aku rasa dia bukan khunsa ka pa. Abih mana datangnya budak kenit ni?

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now