𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 58

14.7K 712 74
                                    

"Sha?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sha?"

Tubuh Ayeena mengeras. Tak mungkin. Suara tu. Ayeena bingkas bangun dan membuka langkah untuk melarikan diri.

"No, sayang stop right there!" Tegas Aayyan. Kakinya laju diatur mengejar langkah Ayeena.

Air mata Ayeena kian deras membasahi pipi. Akibat tersalah langkah, Ayeena tersadung kaki. Tubuhnya rasa seakan melayang. Matanya dipejam rapat. Allahuakhbar!

Belum sempat tubuh itu menyembah tanah, terasa sepasang tangan menjalar pada pinggangnya. Menahan dia daripada tersembam jatuh ke tanah. Kelopak matanya dicelikkan, sepasang anak mata kelabu tepat menikam ke dalam anak matanya. Pandangannya redup. Dan berkaca. Deruan nafas Aayyan menyapa wajahnya dek kerana kedudukan mereka terlampau rapat. Mata Aayyan jatuh pada bibir Ayeena. Liur ditelan kesat.

Aip, Aayyan ni bukan masanya. Cepuk kang!

Ayeena segera berdiri semula melepaskan tautan Aayyan. Aayyan juga rasa agak kekok. Dia mengusap pangkal lehernya.

Aayyan memikirkan ayat yang hendak dilontarkan. Tapi dia lupa. Aduh, nak cakap apa tadi eh? Lupa la pulak?

"Sayang sihat? Dah makan?" Tanpa semena dia bertanya. Eh, betul ke tanya macam ni eh?

Ayeena mengangguk kekok. Dua bulan tidak bersemuka dengan Aayyan. Banyak perubahan dapat dilihat pada Aayyan terutamanya penampilannya. Semakin hancur. Serabai dooh.

"Sayang, please abang-"

"Pergi balik!" Ayeena memintas ayat Aayyan. Aayyan terkedu.

"Sayang please! Bagi abang cakap dulu." Aayyan separa merayu. Tangan Ayeena cuba diraihnya, namun wanita itu lebih cepat menepis.

"Abang rindu Sha! Tolong maafkan abang, sayang!"

Ayeena memalingkan wajahnya daripada terus memandang wajah suaminya itu. Wajah yang dirinduinya selama dua bulan ini. Dia takut hatinya mudah melentur. Bibir bawah dikemam menahan diri daripada menghamburkan tangisan.

"Sayang, abang perlukan sayang! Give me one more chance!"

Mendengarkan itu, tajam matanya membalas renungan mata kelabu itu.

"Berapa banyak lagi peluang Sha nak kena bagi? Satu peluang pun abang tak pernah hargai!"

Terdiam seribu bahasa Aayyan. Ayeena yang selama ini hanya lemah lembut dan pemaaf orangnya, kini sudah lain. Sedar, Yan! Kau puncanya.

"Cinta Sha untuk Abang dah mati! Lepaskan Sha!"

Air mata Aayyan bergelinang, dia tidak langsung menyeka. Dibiarkan egonya sebagai lelaki tercalar begitu sahaja. Dia merebahkan lututnya di hadapan Ayeena.

"Sayang." Luluh suaranya.

Ayeena mengigit bibir bawahnya. Sungguh hati dia kini di ambang rapuh melihat suaminya itu merayunya sambil melutut. Siapa hang Ayeena sampai orang kena melutut dekat hang?

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now