𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 42

11.6K 639 79
                                    

Suara ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suara ni. Aayyan? Mimpi apa ni? Kenapa suara ni macam dekat dengan aku? Aayyan datang?

Ayeena tidak mahu membuka kelopak matanya, risau akan suara itu hanyalah mainan fikirannya. Suara merdu alunan zikir. Suara milik suaminya, Aayyan. Sungguh dia rasa tenang mendengar suara itu. Ya Allah, kalau ini mimpi? Bolehkah hari-hari aku mimpi begini?

Selepas beberapa minit, suara alunan itu terhenti. Berkerut dahi Ayeena. Dia hanya mendengar bunyi pintu dikuak. Lantas dia mencelikkan matanya. Dia duduk bersila di atas katil. Dipandang ke sekeliling bilik ward itu. Tiada sesiapa.

Dia mengeluh. Aku dah agak mesti mimpi punya!

Tiba-tiba bunyi pintu dikuak menyentakkannya. Jantungnya berdegup pantas. Kepala dijengah melihat siapa yang bakal masuk itu. Haqir mengetuk pintu bilik yang dikuaknya itu.

Ayeena mengeluh. Hm bukan Aayyan!

"Assalamualaikum, boleh abang masuk?"

"Waalaikumussalam, masuklah."

Haqir berjalan mendekati katil Ayeena. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi pelawat di sisi katil. Bungkusan Mc Donald's diletakkan ke atas meja. Juga bersama ice chocolate favourite Ayeena.

Bersinar mata Ayeena.

"Wah,untuk Ayeena ka ni?" Soal Ayeena dengan nada teruja. Haqir tergelak kecil melihat reaksi gadis itu.

"Yes, for you! Hakeem cakap Ayeena mengidam Mc Donald's itu yang abang belikan. Lagipun tak manislah abang melawat dengan tangan kosong." Haqir mengusap belakang lehernya. Tubuh tegap itu disandar pada kerusi.

Ayeena mengangguk. Laju tangannya mencapai ice chocolate, "Macam mana abang tau Ayeena masuk ward?" Soal Ayeena sebelum menyisip ice chocolate. Manis hm.

"Hakeem. Dia bagitahu abang semalam masa abang pergi majlis pertunangan dia. "

Ayeena mengangguk lagi.

Sekali lagi bunyi pintu bilik itu ditolak, mereka berdua menoleh ke arah pintu. Aayyan di muka pintu bersama bungkusan Mc Donald's di tangan kanan, ice chocolate di tangan kiri. Dia terkaku melihat kehadiran Haqir di bilik itu. Baru sahaja dia keluar sebentar tadi untuk membelikan sarapan buat isterinya, dah ada malaun mengambil alih tempatnya.

"Abang!!" Jerit Ayeena dengan nada teruja. Big mac yang baru dicapai diletakkan semula ke atas meja.

Aayyan mengukirkan senyuman kepada isterinya. Kakinya diatur mendekati dua manusia itu. Hatinya sedang panas, dia tidak suka dengan kehadiran Haqir di situ. Ayeena menarik lengan Aayyan agar duduk di atas katil di sampingnya.

"Abang beli apa tu? Untuk Sha?" Ayeena sengih menampakkan gigi. Lengan Aayyan dirangkulnya. Kepala diletakkan pada bahu kekar itu. Wanginya, suami sapa ni? Rasa macam nak gomol ja!

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now