𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16

9.4K 619 26
                                    

"Yeen dengan Keem balik KL esok ka?" Puan Ruziah a

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

"Yeen dengan Keem balik KL esok ka?" Puan Ruziah a.k.a opah Ayeena melabuhkan punggung di sebelah Hakeem.

"Haah opah." Lantas Hakeem baring dan meletakkan kepala di atas riba Puan Ruziah. Rambutnya diusap manja oleh Puan Ruziah. Kakinya menyepak perlahan Ayeena yang duduk di hujung kakinya. Sambil memberi senyuman jengkel, 'Opah sayang aku, hang ada?'

Ayeena yang tengah melantak karipap itu tersentak lantas mengguling mata. Kaki Hakeem ditamparnya. Sepak-sepak, kang aku kepak kaki baru tau.

"Auuuu! Opah tengok Yeen dia tampaq kaki Keem." Hakeem mencebik perlahan. Ayeena tampar kakinya sekali lagi. Ambik hang!

Puan Ruziah tergelak kecil melihat cucu-cucunya.

"Kaki tu jaga sikit Keem!" Suara garau Dhariz menyapa pendengaran mereka. Dhariz yang baru kembali dari tandas itu melabuhkan punggung di sebelah Ayeena. Kaki Hakeem ditolaknya jauh.

Ayeena senyum kemenangan, dia smirk satu kali dekat Hakeem. Werk aku ada angah!

"Aku sorang ja boleh sepak Yeen!" Dhariz ketawa kecil.

Riak wajah Ayeena berubah mendung. Tak guna punya angah! Hakeem ketawa terbahak-bahak melihat muka cemberut Ayeena.

Pak!

Pak!

Kepala Hakeem dan Dhariz diketuk. Tawa mereka terhenti. Kini Ayeena pula yang menahan tawa.

"Bagus hang dah tolong ketuk pala depa ni. Baru aku nak ketuk tadi. Ada ka patut mengusik anak dara lagu tu." Puan Ruziah geleng kepala sambil tersenyum.

Si dia mengambil tempat di hadapan Puan Ruziah. Mukanya tidak lekang daripada senyuman.

"Tu la tu opah. Dua orang tu asyik mengusik Ayeena je."

"Hang pi mana tadi? Aku keluaq dari rumah hang takda."

"Qir jawab call tadi dari KL. Hal office."

Puan Ruziah hanya mengangguk tanda faham. Lalu dia berborak pula dengan Dhariz dan Hakeem.

Qir? Ya lelaki itu Haqir. Aiman Haqir.

Haqir memandang wajah ayu milik Ayeena. Ayeena melarikan anak mata apabila bertembung dengan anak mata Haqir. Jangan Ayeena, ingat abang Aayyan sorang ja!

Haqir menyembunyikan senyuman melihat Ayeena yang seperti cacing kepanasan setiap kali mata mereka bertembung.

"Boleh tak kalau abang yang hantar Ayeena balik KL? Abang pun satu jalan nak balik sana." Haqir menghadiahkan senyuman manis. Kalau time single dulu mungkin Ayeena akan menggelupur atas tanah, tetapi kini dia tunangan orang.

Bukan setakat Ayeena sahaja yang terkejut, Hakeem yang sedang baring pun terus duduk tegak, Dhariz dan Puan Ruziah juga menghentikan perbualan. Mata semua terarah kepada seketul Haqir.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Kde žijí příběhy. Začni objevovat