𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 20

11.3K 672 46
                                    

2 tahun berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 tahun berlalu....

Sejak daripada peristiwa putus tunang dulu, nama Aayyan sudah tidak didengari oleh Ayeena. Aayyan telah meletakkan jawatan sebagai pensyarah dan mengambil alih syarikat Tuan Aydan. Mengikut perjanjian mereka, cukup setahun setengah Aayyan perlu mengambil alih syarikat itu.

Namun belum sampai setahun Aayyan telah membuat keputusan untuk mengambil alih. Mungkin dia mahu mengelak daripada berjumpa Ayeena. Benci sungguh seorang Aayyan kepada Ayeena.

Sesekali ada juga Ayeena terdengar kawan-kawannya bercerita tentang hubungan Aayyan dan Ariana yang makin hari makin akrab. Adakah perubahan Aayyan ini ada kaitan dengan Ariana?

Selepas peristiwa putus tunang itu juga, Ariana pindah keluar daripada rumah Ayeena. Katanya mahu belajar hidup di asrama bersama rakan-rakan. Takkanlah Ayeena nak menghalang pula kan. Tetapi hubungan Ayeena dengan Ariana juga kian renggang. Ayeena merasakan Ariana seperti menjauhkan diri.

Mungkin perasaan aku je kot!

Ayeena pula sudah move on daripada peristiwa itu. Walaupun tak sepenuhnya, dia cuba untuk bangun semula. Persahabatan dia dengan Aariq tidak pernah putus. Sampai sekarang still contact each other.

Ayeena terharu dengan sikap Aariq yang matang, dia sentiasa mempercayai dan mendoakan kebahagiaan Ayeena. See orang lain boleh percaya, tunang sendiri?

Ops, bekas tunang!

Kini Ayeena telah berjaya menamatkan degreenya. Selepas tamat pengajian dia membuka butik pakaian muslimahnya sendiri. Semua atas bantuan Ayin Dhani dan juga Ayin Dhariz. Umurnya telah melonjak ke 21 tahun. Masih bujang trang tang tang. But not available. Hehe.

Ting!

Ting!

Bunyi notifikasi menandakan mesej masuk mematikan lamunan Ayeena.

Encik Tunang🔥
Online

Assalamualaikum awak
Cuba toleh belakang sekarang

Lantas Ayeena menoleh ke belakang. Matanya melilau serata restoran itu lalu satu figura lelaki menyapa kornea matanya. Bibirnya melakar senyuman.

Lelaki itu menapak mendekatinya, "Surprise!"

Lelaki itu mengambil tempat di hadapan Ayeena. Sejambak bunga ros merah yang dipegang dari tadi diletakkan ke atas meja.

"Ish, awak ni suka buat terkejut orang tau! Kenapa balik tak bagitau langsung?" Ayeena memuncungkan mulutnya.

Pecah tawa lelaki itu melihat muka sebek milik pujaan hatinya.

"Saya rindu awak sebab tu la balik-balik terus jumpa awak. Tak sempat jumpa Mummy dengan Daddy lagi. So hargailah penat lelah saya sekarang ni hm." Lembut kata-kata yang diujar oleh lelaki itu. Ayeena tersenyum suka. Lelaki ini tidak pernah sekali pun buat dia tidak cair.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now