"Betul kan ibu pernah cakap macam tu ?", soal Adelia seraya tersenyum senget. Memang Megat tidak boleh menafi lagi kerana dia sendiri dengar apa yang ibu kata tempoh hari.

Megat menghiraukan Adelia dan meneruskan langkahnya.

Adelia memerhati sahaja sehingga bayangan Megat menghilang. Dia mengeluh perlahan.
"Aku tak pernah menyesal kenal dengan kau Megat...tapi aku tak sangka Allah pertemukan kita hanya untuk menguji hidup kita semua. Aku minta maaf dan terima kasih untuk segalanya. Aku hargai setiap apa yang kau bagi dekat aku, tapi mungkin takdir pertemuan kita hanya sampai di sini...", kata Adelia dalam hati. Serba sedikit dia merasa bersalah kerana telah membuat Megat jatuh cinta dan pada akhirnya semua hanya lah sia-sia.

Adelia mendengus kasar dan kembali ke kerusi untuk menenangkan diri dan fikirannya.

Sambil sambil dia sedang beristirehat, fikirannya teringat kembali pada keluarga Zarith yang dikatakan ditimpa musibah. Baru dia teringat semula tentang Aishah.

Lantas dia mendail nombor Mizan dan berharap Mizan masih menggunakan nombor itu lagi.
Beberapa saat berlalu sebelum panggilannya dijawab.

"Hello, Kak Del ?", kedengaran suara Mizan seperti teruja kerana sudah lama tidak berhubung dengan Adelia.

"Mizan, macam mana keadaan mama ? Abang Zarith cakap mama dan papa terlibat dalam kemalangan..."

"Hm...Betul la tu. Papa dah takde kak. Tapi mama masih dalam pantauan doktor", jawab Mizan. Nadanya berubah apabila berbicara soal Aishah dan Hizlan.

"Akak minta maaf ya. Nanti abang Zarith dah sihat akak balik sana dengan abang Zarith ok ?"

"Abang sakit ke ?", soal Mizan di hujung talian.

"Abang...", Adelia sebak.

"Abang pun kemalangan Mizan...sekarang dia sedang bertarung nyawa...Doakan dia kuat ye", terketar-ketar suara Adelia. Dia menunduk dan memejam mata untuk mengalirkan air mata yang bergenang.

"Ya Allah abang ! Baiklah, akak jaga diri elok elok tau. Mizan kat sini akan sentiasa doakan abang dan akak", ujar Mizan terkejut dengan berita yang diterima.

"Ya...Mizan pun jaga mama elok elok. Tunggu akak dan abang balik ye. Usaha selagi mampu...kirim salam akak dekat mama ye", pesan Adelia sebelum mematikan panggilan.

Dia termenung seketika mengenangkan nasib hidupnya. Dugaan apakah kali ini ? Dia sudah kehilangan Megat dan adakah dia bakal kehilangan Zarith juga ? "Ya Allah Engkau kuatkan lah aku dalam menghadapi ujian hidup dari-Mu. Tabahkan hatiku ya Rabbal Alamin", tangan yang ditadah dirapatkan di seluruh wajahnya.

✰✰✰

Adelia menatap wajah Zarith yang pucat kelesuan. Sudah dua hari dia berulang-alik ke hospital dan Zarith masih tidak menunjukkan apa apa perkembangan. Adelia semakin risau jikalau apa yang difikirkan menjadi realiti.

Jauh di sudut hatinya dia tidak sanggup untuk kehilangan Zarith. Dia juga hairan sejak bila perasaan bencinya yang dahulu kian bertukar. Melihat sahaja keadaan Zarith yang terlantar itu sudah cukup membuatkan hatinya runtuh. Apatah lagi jika lelaki itu pergi meninggalkannya.

"Zarith...bangun la. Dah berapa hari kau tidur. Kau taknak ke bangun tengok aku ? Hari ni aku cantik tau. Bangun la", kata Adelia masih berupaya mengukirkan senyuman walaupun suaranya bergetar.

"Aku tahu kau kuat tapi sejak bila kau suka tidur lama lama ni ? Kau tak rindukan aku ke ? Jangan la tidur lama sangat, aku...tak kuat...", air mata Adelia mengalir deras. Dia cuba bertenang namun tidak berjaya.

Mata yang dibanjiri air mata digosok perlahan. "Zarith, aku mohon kau terus kuat tau. Jangan risau, aku selalu ada untuk kau. Teruskan berjuang weh...", makin lebat Adelia menitiskan air mata saat meninggalkan pesan buat Zarith.

Bahagian kecil katil itu sudah basah kerana tangisan Adelia. Matanya sembam dan bengkak akibat menangis setiap hari. Tubuhnya juga lemah hingga akhirnya dia tertidur di sisi Zarith.

Titt...tit.....titt.....tit......

Tudung yang elok tersarung di kepala wanita itu diusap perlahan. Dia hanya mampu melihat Adelia dengan menggerakan anak mata kerana lehernya masih lagi sukar untuk digerakkan setelah beberapa hari koma.

Sebuah senyuman terukir di wajah Zarith. Walaupun payah untuk dia bergerak, dia cuba juga mengukirkan segaris senyuman.

- B E R S A M B U N G -

Salam satu Muharram <3

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hi , i'm done for this chapter , hope you guys like it and VOTE for this chap ok . Give me support for another chap <3 .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now